Dilema nak ikut cakap mak ayah ke apa yang pakar kewangan nasihat?

Assalamualaikum. Ramadhan kareem.

Aku perempuan. 22 tahun. Lepasan degree dan fresh grad yang baru bekerja tak sampai setahun sebelum satu bencana menimpa aku.

Nak jadi cerita, aku ni dari zaman belajar memang bawak motor aku. So aku pergi kerja, meeting kat company client,site visit semua aku banyak pergi dengan motor. Boleh kata dalam area KL/Selangor dah banyak tempat aku redah dengan motor aku tu. Jem tak jem, highway, jalan kampung semua aku dah rendah.

Aku pon suka dengar dan baca tips tips pasal pengurusan kewangan . Target aku, aku nak kumpul simpanan untuk beli hartanah inshaaAllah. Aku dah menyimpan lebih kurang RM 15k buat masa sekarang.

Hutang yang aku ada cuma pinjaman ptptn alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi culas bayar n aku try amalkan untuk bayar lebih dari sepatutnya. Aku pon target untuk lunaskan hutang aku tu dalam masa 5 tahun.

Dalam fikiran aku memang takda lansung and tergerak hati nak beli kereta. Lagipon aku lagi selesa gerak dengan motor. Jimat banyak lepas tolak segala yang wajib (bil, sewa, pinjaman, duit mak ayah, simpanan n etc).

Tapi sekarang aku dalam dilema. Baru baru ni aku terlibat dengan kemalangan. Motor aku dilanggar lari oleh sebuah kereta. Ambil masa beberapa bulan untuk aku sembuh dari efek kemalangan tu.

So, mak ayah aku dah bagitau aku dibanned dari bawak motor sebab takut pisang berbuah dua kali. And dorang minta aku untuk beli kereta sendiri. Katanya aku dah berkemampuan. Lagipon aku perempuan. Kereta kecik pon takpa asalkan jangan naik motor.

Aku alhamdulillah lepas eksiden takda trauma apa. Aku bagitau aku boleh lagi bawak motor. Aku explain dekat mak ayah aku apa yang aku baca. Apa yang pakar pakar kewangan nasihat tentang Fresh grad tak elok beli kereta awal awal ni. Buat simpanan semua. kalau tak susah nak beli hartanah semua.

Lepastu mak ayah aku cakap. Nak dengar cakap dorang ke, nak dengar cakap mak ayah. Mak ayah aku cakap dorang lagi mementingkan keselematan aku. Dorang nasihatkan aku untuk beli kereta.

Aku dalam dilema. Patut ke aku teruskan dengan perancangan aku. Atau patuh dengan mak ayah aku.

Aku dah memang dah takda transport. Satu satunya motor yang aku ada tu pon ayah aku nak jual.

Aku dah takda transpot nak pergi mana-mana. Aku boleh je nak pergi naik lrt semua. Tapi still kalau nak beli barang dapur atau ada benda urgent yang nak pergi mana mana. Aku still perlukan transport aku sendiri. Susah kot nak hidup kat kl kalau takda transport sendiri.

Hemmmmmm. So apa pendapat korang. Aku dilema sekarang ni.

– #sayacumanaktanya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

62 Comments

  1. Apa yg aku faham, bukan x payah beli kereta. Dorg maksudkan jgm beli kereta mahal2. Kalau dh ada kereta, pakai je dlu walaupn buruk. Jgn beli kereta baru. Since parents ko dh suruh pakai kereta, beli je kereta 2nd. Dorg risau keselamatam anak dia je..

  2. xyah dok dengar la pakar kewangan tu. mcm bodoh je penat2 keje lg nk susahkan diri pulak nak naik moto untuk distance jauh2.

    pakai ja keta tp jngn la ambil yg bayar bulan2 lebih 600, cari yg bulan2 500 dh ok..

  3. Pikir msk2 ikot kata hati sndr. Xpyh pedulu kata2 org. Idup anda dilalui oleh diri anda sndr dan setiap kptsn hanya effect diri anda.

  4. Dengar cakap ibu ayah lebih berkat dr pkar kewangan. Redha Allah tletak pde mak ayah, bkn pkr kewangan. Silap hri buln nak saving sgt, tgok2 rugi lagi adelah. Semua yg berlaku atas kehendak Allah. Kau ikot ckp mak ayah sb nk keberkatan, in shaa Allah berkat lah duit kau tu. Berbuah2 timbun2 lg. Tgok la tak percaya

  5. Better beli je keta kecik dulu..keta dah jadi keperluan bukan lagi kehendak terutama utk pmpuan.
    Kalau naik motor then accident teruk, nanti rumah ke mana, nyawa ke mana..apa pun x dapat.

  6. bukan takleh beli kereta awal2.. tp belilah kereta sekadar menampung keperluan.. bukan beli kereta yg menanggung hutang.. mana2 nasihat pun, jgn la dok dgr and amik membuta tuli.. kena faham konsep jugak and bergantung kpd keadaan individu tu sendiri.. satu jenis cara can’t and won’t suit everyone.. lain org lain matlamat, lain situasi, lain keperluan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *