Salam. Hai aku perempuan. Aku tengahdilema. Aku dah jumpa kerja di kl. Tapi aku rasa bersalah nak bagitahu mak sebab mak tinggal sorang. Actually mak cakap kalau nak kerja mintak la dekat company sepupu and konfem dapat.sepupu aku pon selalu ckp nak mintak tlg pape cakap je. Tapi aku kalau boleh taknak, aku nak rasa dapat keje sendiri, and tak suka kerja situ sebab ramai sangat saudara.
Aku pulak jenis tak takot pon pergi tempat orang, even aku sorang and tak pernah kenal tempat tu. Redah je la. Rasanya mak aku lepas je sebab memang biasa mak aku lepas je gi mana2, tapi tu lah . Duk rumah saje pon xboleh jugak. 3 bulan kot cuti.
Ni pulak bulan puasa, so nanti kesian mak kena bukak pose dan sahur sorang2. Just weekend je la adik balik pon sebab dia belajar kat asrama universiti tapi dekat je. Tapi aku nak kerja.
Pendapat korang? Please help me.
– girl
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Mak itu sorg je . hargai dia sementara dia ada sebab doa mak ni salah satu doa yg berkat kat dunia ni . Tak perlu rasanya pergi kl sebab nak kerja padahal kat tmpt sendiri dah ada peluang . Bahagia kan ibumu nescaya berkat hidupmu . Wallahua’lam
tanya mak.. “makk, nak ikot tak g kl? adik kalau boleh nak kerja sana.. sbb ada rezeki kat sana, adik dpt kerja sana mak…lagipun x lama mak, 2 bulan lebih jeeee (tolak cuti siap2, x de la dengar mcm lama sgt) .” hehe
kata mak dok sorang kan kat umah? ce try tnya. kalau mak nak ikot– proceed lah.
tapi kalo x.. kena teman mak tu.. jgn biar sensorang.
mak : nak nak..
Hehe kalau pandai pujuk.. mak cair je. Ahaks :D
tak bgtau hang tinggal kat mana.. susah nak bg cadangan. kalau keje kl, dok selangor ok aje. kalau keje kl dok nilai pun okeyh jugak. kalau keje kl, dok tanjung malim ok bereh aje.
Ajak mak duk skali kt KL
Ko krja je area rumah ko tu dik. Yg dekat2 dgn rumah. X yah minta kt tmpt sepupu..minta la kt tmpt lain. KL ni semua ada dik..mak ayah je xde jual kt KL ni. Hakak ni pun tgh cri kerja area negeri sendiri. Nk blik kg dah. Mak ayah dh tua. Sian. Jaga mak tu..kerja kt area ko. X smestinya ikut kelulusan ko..bisnes pun boleh klau minat.
Ajak mak dok sekali kat umah sewa… settle… hehehehh amacam? Cari lah yg sewa bilij… sewa satu bilik dok berdua dengan mak… sbb pernah kenal ade org tu dia bapak dia x sanggup tingai bapak dia sorang2 kat kg dia buat gitu.. lg payah sbb dia perempuan.. kalau sewa rumah mesti housemate xmo.. sis kire ok ler ngan mak…