Dilema Seorang Kakak

Aku kat sini ingin meluahkan rasa yang amat dalam yang teramat dalam.

Aku ada 5 orang adik beradik, aku adalah anak ke 4 yang ke 2 paling last. Bawah aku adalah adik aku.

Kehidupan kami sebelum semua berkahwin adalah seperti adik beradik yang lain.

Tapi aku dapat rasa yang aku tak kan boleh rapat dengan adik aku yang last sekali.

Setelah aku berkahwin, aku keluar dari rumah mak kerana ingin berdikari.

Dan sampai lah masa adik aku berkahwin.

Sebagai kakak, macam2 persiapan aku bantu, maklumlah, siapa tak happy bila adik kita nak mendirikan rumahtangga.

Adik aku yang tinggal bersama mak dan abah.

Sebagai anak dia sepatutnya tau apa tanggungjawab dia yang tinggal bersama mak abah.

Duit api air, keperluan, dan apa2 saja akan menjadi tanggungjawab dia.

Bukan aku tak nak tolong. Aku cuma ingin menasihati, menegur, dan aku tak minta dia buat lebih2.

Hanya meminta bayar bil elektrik secara berkongsi adik beradik 5 orang. Aku kesiankan mak yang terpaksa menggadai.

Aku kesiankn abah yang dah tak kuat macam dulu.

Allah, berlinang air mata bila mengenangkan mak abah. Aku cuba untuk slow talk.

Memandangkan kaklong, abang, kakak aku yang ke 3 tak pernah nak bersuara. Aku memberanikan diri bersuara melalui whatsapp group.

Aku meminta kami 5 beradik membuat pembayaran bersama untuk membantu mak abah.

Tapi, salah tafsiran aku. Adik aku melawan kata2 ku dan berkata tak perlu nak kata semua tu, dia tau uruskan sendiri.

Salah ke seorang kakak hanya bersuara untuk menegur seorang adik sendiri.

Aku hanya cakap dalam grup whatsapp yang hanya ada adik beradik yang lain. Salah ke aku.

Dengan tak aku sangka setelah kejadian tu yang sangat menyedihkan hati aku, adik dan isterinya langsung tak ingin menegur aku lagi.

Aku teringat saat dia kemalangan, aku sedaya upaya cuba membantu dan bersusah payah tenangkan isterinya. Apa yang aku buat mereka tak kan nampak.

Aku ni siapa, tak layak untuk menegur sesiapa.

Aku sekarang sedar diri, aku tak kan ganggu hidup adik aku lagi sampai bila2.

Bila saat mak abah aku dah tak ada, mungkin aku tak kan ke rumah tu lagi.

Walaupun banyak kenangan aku dengan mak abah kat rumah tu.

Biarlah semuanya dalam ingatan aku. Terima kasih banyak2 adik.

Itu lah teguran dan nasihat terakhir dari kakakmu ini. Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah.

– CT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *