Assalamualaikum. Aku Taufik(bukan nama sebenar). Aku Seorang lelaki yang berasal dari kampung di sebuah negeri di pantai timur. Sudah lama sebenarnya aku ingin luahkan isi hati ni. Tapi aku xtahu dimana tempat yang terbaik. Tadi sambil aku berfacebook, tiba keluar ruangan ni. Maka aku pun usya dan banyak cerita yang berkisahkan kehidupan disini. Jadi aku ambik inisiatif utk berkongsi disini jika admin izinkan. Jazakallah.
Berbalik kepada kisah aku. Aku seorang lelaki yang berusia lewat 20-an. Aku anak sulung dalam keluarga dari 5 adik beradik. Aku dibesarkan dalam suasana kampung dan sederhana. Ayah dan ibu aku cuma kerja biasa biasa dan kerja kampung. Didikan yang diberi cukup baik dari segi ilmu agama dan ilmu dunia. Aku x salahkan mereka aku jadi begini.
Straight to the point, aku seorang yang telah terlibat dengan dunia songsang, iaitu gay. Aku terlibat secara langsung dan secara serius sejak tahun 2010, selepas aku sambung pengajian di peringkat universiti di ibu kota. Aku mula kenal apa itu dunia gay yang sebenar. Sebelum ni aku cuma ade perasaan meminati kaum sejenis, tidak lagi berani untuk terjebak sejauh ini. Tapi, selepas aku di Universiti, aku terdedah lagi luas dalam dunia songsang ni.
Sebenarnya naluri ni dah ade dalam diri aku sejak aku sekolah menengah lagi. Tapi tidak secara terdedah. Semasa di universiti, sumber dan kemudahan internet ade, jadi aku mulai kenal ape itu term-term yang golongan ini sebut, buat dan gunakan. Website dan Aplikasi-aplikasi yang berkaitan dunia ni boleh di download di Google Play. Gejala dunia gay ni sebenarnya amat merisaukan dan tersebar dengan pesat dalam masyarakat kite skrg. Sepanjang aku terlibat dgn serius dalam dunia ni, sepanjang lebih kurang 6 tahun, macam macam jenis aku jumpe dan lihat.
Serius, masyarakat kite diluarsana dah parah. Cuba bayangkan, aku cuma nk berkongsi pengalaman aku. Aku dikurniakan Allah dgn rupa paras yang boleh dikatakan cukup Ensem dan tidak lembut. Memang org sekeliling aku xkan perasan yang aku ni gay. Ia dipanggil Straight Act dlm dunia gay atapun nama glamer People Like Us(PLU).
Bayangkan, Kalau aku pergi mana program ataupun tempat baru,mesti akan ade golongan perempuan mudah mesra dgn aku dan jika berurusan dlm jngka masa yang lame org cakap comfirm boleh jatuh hati. Sebab aku ni jenis peramah dan mudah mesra dengan org yang baru kenal. Mase kt uni dulu, ramai juga la yang meluahkan perasaan kat aku, tapi syg, aku terpaksa tolak. Sebab nya, aku dah kapel dgn seorang perempuan ni sejak dari sekolah menengah lagi. Bayangkan. Aku jenis yang setia dgn perempuan. Tapi itulah masalah aku. Aku terjebak dgn dunia songsang ni.
Kembali ke cerita tadi, korang percaya tak, ramai golongan suami di malaysia ni terjebak dan ketagih dengan lelaki? Faham x, LELAKI. Bak kata harian metro dulu, Maduku seorang lelaki. Yes. Aku setuju dengan tajuk tu. Ramai sangat golongan yang berstatus suami orang ni ade affair dengan lelaki( Termasuk aku). Aku baru kahwin 6 bulan yang lepas. Berapa ramai yang dah aku korbankan sepanjang penglibatan aku dalam dunia yang x bermoral ni. Melebihi 2000 orang dan LEBIH. Faham x, lebih. Bertapa ramai gile kaum lelaki ni yang terjebak dengan dunia PLU ni. Dimana mana tempat wujud, melalui aplikasi @ melalui pandangan mata dan perwatakkan. Hanya golongan gay kenal gay. Melalui perhiasan di tubuh seorang lelaki pun kite boleh ditect samada dia tu gay @ x. Contoh, subang telinga, gelang kaki, gelangan tangan dan pakaian.
INSAF? Aku sebenarnya lame dah nk Taubat dan nak cuci tangan dalam dunia ni. Tapi, tiap kali aku menyesal, semayang taubat, nk jauhkan diri, tiba datang plk dugaan. Kadang lelaki yang kachak, body tegap, muka ensem, baik dan cukup pakej. Hancur semua penyesalan aku. Aku jenis yang x suka lelaki lembut. Aku fokus kepada lelaki yang dilihat sebagai seorang lelaki. Yer. Lelaki Straight Act. Mcm aku. Aku pun x pasti sampai bila aku akan terlibat. Jauh disudut hati aku, aku nak sangat kembali ke jalan yang diredhai Allah. Jalan yang lurus. Doakan aku yer. Moga aku kuat.
Tapi, dulu, aku terlibat tersangat kritikal dlm dunia gay ni. Seks bebas tanpa kondom. Ia sangat berisiko. Yer, sangat berisiko utk HIV merebak. Tapi, tahun lepas, Allah tegur aku dengan satu teguran. Allah tgk aku semakin jauh. Dia tegur aku dgn penyakit Sifillis. Yer, penyakit kelamin. Tapi penyakit ni boleh diubati. Alhamdulillah Allah x terus bagi aku HIV atas Kebebasan Seks yang aku amalkan. Bila nafsu menguasai diri, otak jadi terencat seketika.
Tapi ni dulu, mase aku tengah lalai dan kusyuk. Sebelum aku berkahwin. Aku bersyukur sangat sangat. Kalau tak, terus gelap masa depan aku. Syukur aku dpt peluang kedua melalui teguran Allah ni. Sekarang, walaupun aku dah berkahwin, tapi naluri utk melihat lelaki yang segak dan kachak tu masih ade. Kadang aku mengaku, aku masih lagi terlibat, tapi tidak seaktif dulu dan mengamalkan seks yang selamat.
Aku tahu, ramai akan cakap aku bodoh dan seangkatan dengannya. Tapi satu je aku nak cakap, kau x duduk dalam situasi aku dan kami, dan kau xkan pernah akan rasa. TAPI, ramai lelaki yang sebelumnya x terlibat dlm dunia gay, setelah dinodai oleh lelaki, xkira secara paksa, ataupun tidak sengaja, ia akan ketagih. Yer, KETAGIH dan akan mencari lelaki juga selepas tu walaupun dah ade isteri. Kepuasan yang dia dapat tak sama. Ini dari pengalam aku sendiri.
Ramai kawan yang aku kenal terlibat dalam kancah ni, pada mulanya bukan sukarela. Ade yang dipaksa, ade yang terjebak disekolah oleh senior, ade yang kerana duit, ade yang kerana sekadar ingin mencuba. Banyak sebab yang mendorong seorang lelaki terlibat dgn dunia ni. Ade juga kerana kecewa dengan seorang wanita.
Sebenarnya aku nak dedahkan lebih lanjut, tapi aku xtahu dimana yang sesuai, sesiapa yang nak terbitkan kisah berkaitan ni, boleh la contact aku melalui email [email protected]. doakan aku guys moga aku dapat berubah kejalan yang diredhai Allah. Sebenarnya aku rindu aku yang dulu, yang dekat dengan Allah. Dengan dgn Rasullulah. Aku pun tgh cari kekuatan ni.aku mohon, doakan aku. Moga Allah berikan sebenar benar hidayah utk aku bertaubat sebelum ajal datang menjemput. In Sya Allah. amin.
– Hamba berdosa
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Ferhat Shahanom Aliy Aizat
kau ke
Haiqal Shofi (bkn nama sebenar) harap kau cepat insaf sebelum terlambat.
kau dh sedap bantai aku,pastu kau suruh aku insaf. hmm
Shah Affendy
1) Sentiasa dekatkan diri dengan Allah
2) Al-quran adalah sebaik2 sahabat dan panduan hdp utk kita umat manusia y sentiasa alpa dan leka ni
3) Sentiasa istiqamah dan percayalah mati bukanlah di dlm perancangan kita. Rancanglah sebaik2nya kematian anda.
Rais Chinmi
Arepp Sohimi
Ahmad Haniff
Muhammad Fazli
Muhammad Alif Abd Aziz
Amir Asyraf
Nadiah Majid Fatin Khirunisa Zahier Arbi Nur Ribhan Rosdi
Motif kak hhha
Nape tag aq? Hahaha btw Nur Ribhan Rosdi dh ok operate ari tu?
Taufik Alwi Peaq Abdullah wak ane se dop au nih..jeng gu Zainudin Aziz Nazrul Zakwan Hakimi Harun Lukman Mohd Hakimi Koy MatDaud
Topek mne hok penoh ngaji uia ni? Wat snyp gitu
Berat la.. insaf2 la..
Semoga terus istiqamah untuk berubah. Selalu buat solat taubat bro. harap bro kuat hadapi cabaran. Sye ada ramai geng” yg gay. Nampak kepayahan yg diorang hadapi masa na berubah. Kadang” sampai ada yg nak bunuh diri. Syg diri,syg keluarga bro. Jgn sebabkan sikap kita, kita hancurkan perasaan org lain.
Kesian kt bini. Hmmm