Dilema Untuk Punyai Anak

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Aku namakan diriku sebagai Bunga Jenjarum. Aku dan suami sudah berkahwin hampir 4 tahun.

Kami belum punya anak. Tak pernah lekat sepanjang perkahwinan kami.

Namun kami belum jumpa pakar dan belum buat sebarang rawatan moden. Cuma ada lah kami jumpa bidan2 kampung macam tu je.

Tapi mak aku bising2 suruh kami pergi jumpa pakar. Umur dah nak masuk 35 tahun bila lagi nak beranak. Kang dah tua baru nak beranak macam2 pula masalah nanti. Itu kata mak aku.

Tapi jauh di sudut hati aku dilema. Dilema untuk punya anak atau tidak.

Aku dan suami dua2 kakitangan kerajaan jawatan biasa je. Taraf diploma. Tapi kami dah kerja lama.

Kadang aku terfikir ada anak ni ok ke untuk kami, dengan ekonomi yang teruk sekarang ni, dengan aku yang tinggal kat rumah flat kat kuala lumpur, macamana nak besarkan anak.

Aku juga tengok dan baca kisah2 ibu yang besarkan anak2. Stress, murung, penat, burn out, macam2 ujian.

Baca lah dalam page KRTF tu, kebanyakannya kisah2 orang yang punya anak. Kadang aku terfikir, ada anak ni tak bahagia ke. Aku jadi tak ada hati nak ada anak.

Ada yang tersepit dengan kos sara hidup yang tinggi. Ada yang bergaduh berpanjangan dengan pasangan sebab isu taknak jaga anak sama2. Kadang aku jadi takut untuk punya anak.

Tapi mak aku suruh pegi buat rawatan, tapi aku macam tak ada hati. Tapi aku takut nak bagitahu mak aku yang aku tak mahu ada anak lagi atau belum bersedia. Nanti mak aku akan marah.

Suami aku, dia kata belum rezeki la tu… Kita honeymoon dulu. Suami aku macam tu ja dia. Kadang aku rasa seronok hidup macam ni je.

Suami aku tak pernah menekan pasal anak. Kami pun gembira setakat ni. Jalani kehidupan rumah tangga macam biasa, nafkah semua ok.

Cuti2 pergi jalan2. Ceruk mana dalam negara semua kami dah pergi. Pantang cuti mesti pegi jalan2.

Kadang aku terfikir, salah ke kalau kita memilih untuk hidup begini saja?

Aku tak kata ada anak tak membahagiakan, tapi bagi aku, aku bahagia hidup begini tanpa anak. Tapi orang lain mungkin bahagia dengan punya anak2. Situasi tak sama.

Dan mak dan kakak aku pula tak habis2 nasihatkan aku untuk punya anak. Katanya umur aku bukan muda lagi untuk berfoya2.

Aku bukan nak kata anak tu menyusahkan, cuma point aku di sini, andai kita sudah bahagia dengan hidup kita setakat ni (masa hadapan tu tak tahu la kan), adakah jadi satu kesalahan kalau kita memilih untuk hidup begini je.

Secara jujur aku cakap sepanjang perkahwinan kami ni aku rasa seronok dan sangat bahagia. Kadang aku fikir kenapa dari dulu aku tak kahwin?

Kalau dulu masa zaman bujang, aku tak ada peluang untuk pergi makan angin. Duit pun tak ada.

Tapi sejak berkahwin aku banyak peluang pergi merata dalam negara je sebab suami aku jenis suka makan angin.

Sabah Sarawak Labuan segenap ceruk kami dah jejak. Luar negara je belum. Thailand pon belum sampai lagi tapi aku ada impian nak makan angin ke luar negara juga.

Jadi…

Kadang aku terfikir adakah salah kalau kita bahagia hidup begini. Kenapa orang2 sekeliling tak pernah nak faham. Mak dan kakak2 aku terlalu menekan tentang kepentingan untuk punya anak.

Aku tahu anak2 nanti akan bagi kesenangan pada kita pada usia tua. Aku tahu tu. Aku pun fikir benda ni semua.

Tapi untuk masa sekarang aku bahagia hidup begini. Entahlah. Aku nak meluah je sebenarnya.

Sebab nak meluah pada orang yang kita kenal, mereka tak akan faham. Sebab isu anak sangat sensitif. Jadi aku memilih platfom muka buku ni untuk meluah dan sila lah pembaca bagi komen.

Terima kasih.

– Bunga Jenjarum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tak salah pun sbb semua org ada cara tersendiri rasa bahagia.. kalau kita ikut org pun nnti yg merasa kesan tu kita, diorang yg duk suruh tu tak merasa😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *