Assalamualaikum sis or brother..please la approve aku punye confess…aku perlukan kate2 dan semangat..untuk upkan aku balik..
1st aku ni budak biasa je…bukan sape2 pun…aku ada kawan…yang mana kawan laki aku sekarang ajak kawen…tapi yang sedihnye dia ada bini..dan bini dia pun suruh aku kawen dengan kawan aku tu…means aku ni bini no 2 la..boleh la sape2 share dengan aku dengan penerimaan bini k2 oleh org2..sekarang pun aku pun tak berani nak bagitahu family aku pasal hal ni…serious aku sangat stress..please help me :'(
– Not my true name
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Kalau taknak tolak lah. Ada masalah lain ke?
Kalo sy kat tmpt awak… smestinya sy tolak.. kita xtahu isi hati wife dia & xkan mlukai hati sesama wanita…
Alam rumahtangga bukan perkara yang mudah macam yang disangka. Keputusan semua di tangan kau. Kalau rasa tak boleh, tolak. Kalau rasa mampu nak hidup rumahtangga secara bermadu, dipersilakan. Kalau boleh, fikir betul-betul sebelum ambil keputusan. Kenapa dia nak ambil kau jadi bini dan kenapa bini dia boleh setuju?
First, saudari kena faham atas sebab apa dia ajak berkahwin? Sebab tidak berjaya memperoleh zuriat dari isteri pertama kah?
Second, kita kena faham hakikat sebenar mengapa poligami disyariatkan. Poligami hanya rukhsah kepada mana2 masalah rumahtangga.
Third, bila dh namanya berpoligami, kena faham yg jalan hidup takkan sama dgn hidup monogami. Jadi kena expect less. Pengorbanan yang diperlukan bukan sedikit.
Saya suggest saudari beli buku Sebarkan Cintamu karya Fatimah Syarha, buku yang membincangkan isu poligami dengan sangat terperinci. Semoga dipermudahkan Allah.
Sy pernah trjumpa keadaan ni..dimana kwn baiknye sndri suggest husband die kawen dgn kwn die tu..suggestion tu mungkin (sy x pasti reason) sbb kwn tu dh 30+ msa tu..mmg pelik msa 1st time dgr, automatik pikiran kite dh pk yg x baik..tp alhamdulliah, dh lbh 10 thn die brmadu dgn kwn baik die tu..xde mslh lgsg..suami pon adil..
So awk tnye diri sndri la, apa agknye reason kwn bek tu suggest mcm tu..pling pnting perasaan awk, awk sanggup x?
Kalau nak try barang 2nd hand, kawinlah.
Hahaha jahat,
Nabi s.a.w. pun polygamy. Kamu nak cakap tentang siapa sebenarnya?
The world doesn’t revolve around just one person.
Kawen jew x dak mslh…
Aik…nak kawen kawen..xnk kawen xyah trime..ape pulak dipikir ape org ckp..aiyakkkk….dah kalau laki tu mmpu n adil ko rse,kawen je la…niat kerana Allah..bukan kerana kisah org2 nk pndg cmne..xpenting sumer tu….
Ada kisah poligami yg baik..ada yg tak baik..brgntung pd si suami..
So, cek dli suami tu…cukup syarat tak (agamanya, hartanya dan lain2)..dan nak decide tu bincang elok dengan parent…sbbnya mreka ahli dlam bab rumahtngga ni dan in case jodoh sis tu banyak dugaan..parent akn kuatkan..tapi kalau keputusan sis buat sorang tanpa rujuk parent..takut2 satu masa nanti apa yg parent cakap akan down kan sis..
“Tu la, dulu nak sangat kawin dengan dia, mak kata jangan”
fikir pasal benda ni pon ko dah stress
Xyahlaaaaa.
https://www.youtube.com/watch?v=oXdsMtwH3BA Melihat poligami dari sudut yang berbeza. Tonton dan dengar pandangan Sheikh Khalid Yassin dari USA mengenai poligami. Moga dapat memberikan ketukan minda, buat mereka yang mahu berfikir, Insyaallah.
Masalah utama awak ni sebab awak suka kawan tu kan?