Terima kasih admin sudi publish cerita Ayu.
Kelmarin, Ayu pergi interview untuk jawatan assistant manager untuk sebuah kedai serbaneka yang tak asing dan sedang berkembang biak bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia. Ramai suka kedai serbaneka ni. Termasuklah Ayu. Sebab banyak barang-barang keperluan harga dia jauh beza kalau nak compare kedai-kedai lain. Jadi tak heran lah setiap bulan 4-5 outlet baru dibukak di seluruh tanah air. Dapat pulak panggilan interview kat sini, excited la jugak Ayu pon.
Sebelum interview, ada la jugak Ayu google serba sikit pasal satu isu ni. Tapi, ahhh. Kalau tak pergi sendiri, tak tau kan. Baik tanya direct. Seperti yang Ayu saspek, soalan ni terpacul dari mulut interviewer.
“kalau dapat store yang jual beer, boleh consider tak?”
Laju ja Ayu jawab:
“tak” hahahaha
“tapi, andai kata saya diterima bekerja, sebagai orang yang berkuasa di outlet tu boleh kan saya asingkan kaunter untuk makanan/minuman yang non-halal? Biar cashier non-muslim yang uruskan”
Tapi interviewer cakap, diorang memang tak ada ambil cashier non-muslim. Mostly melayu, muslim. Laaa, hat ni Ayu baru tau. Ya ka takdak pekerja non-muslim? Hmm, takpala hat tu. Di penghujung sesi, Ayu beranikan diri tanya, ada kan outlet yang tak jual beer?
Interviewer cakap ya, memang ada. Tapi hanya beberapa outlet sahaja. Sangat sedikit outlet yang tak jual beer. Outlet ni biasanya di kawasan yang majoriti penduduk muslim.
Sebenarnya ada lagi satu soalan nak tanya, tapi macam tak berani dah. Takut interviewer terkecik hati pulak sebab dia non-muslim. hehehe Habis interview, Ayu tanya beberapa member yang dah pun bekerja kat kedai serbaneka macamni. Sebenarnya atas kuasa siapa nak jual taknak jual beer kat kedai ni?
Jawapan depa: HQ & penduduk area outlet tu.
So, nampak tak? kita ada kuasa. Tapi kita tak tau saluran dan kat siapa kita nak suarakan hak. Ramaiiii kesian tengok adik-adik lepas SPM, fresh graduate dan sebagainya yang terpaksa handle makanan/minuman yang non-halal dalam kerja dia. Tapi boleh kesian macamtu ja? Ada cara dia. Tapi kita ja yang tak tau.
Ada orang kata,
“ala… macam takdak tempat lain nak mintak kerja. Cari la kerja yang tak payah handle benda-benda haram ni.”
Memang betui. Kalau boleh elak, sebolehnya elak. Tapi kena beringat, hang tak berada di tempat depa, so senang laa hang cakap macamtu. Sebab hakikatnya kedai-kedai macamni la yang mudah nak apply masuk kerja sementara nak tunggu panggilan U, sementara nak tunggu dapat job yang betui.
Ada orang kata pulak,
“berbalik pada niat. bukan kita minum pun beer tu. Kita kerja ja”
Niat tak pernah menghalalkan cara. Titik. Kalau cashier non-muslim, tak jadi masalah. Tapi masa briefing tentang job ni, Ayu difahamkan sales incentive dikira daripada keuntungan jualan kedai setiap bulan. Haaa, kan ke beer tu terkira sekali? Melainkan ada buat kira-kira, tolak siap-siap untung jual makanan/minuman yang non-halal ni. Setel la kot kalau buat ni. Tapi bagi muslim yang bekerja sebagai cashier?
Soal hukum, Ayu bukan orang yang arif dan ada tauliah nak cakap. Boleh refer fatwa daripada Mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum dan sebagainya kat sini:
Nak buat kesimpulan kat sini… jadi tak reti nak buat kesimpulan pulak Ayu rasa.
1. Kalau Ayu tak dapat kerja ni. Takdak hal. Buat tambah pengalaman interview & improve confidence level. Tapi, ramai kengkawan Ayu dok kerja kedai serbaneka macamni. Tak boleh laaa nak suruh depa berhenti la la tu, siapa nak bayaq duit kereta, duit sewa rumah dan sebagainya selagi tak dapat kerja lain. Kan?
2. Andai kata Ayu dapat kerja ni, bila tau kena posting kat mana, mungkin boleh fight tugeda-geda dengan penduduk setempat. Hantaq petisyen ka apa tu tak tau la cemana kena pikir lain.
atau
Macam Ayu kata tadi asing kaunter. biar non-muslim setelkan makanan/minuman non-halal macam kat pasaraya besaq hat lain tu. Tapi kalau dah takdak cashier non-muslim, hmmmm kena pikir cara lain pulak la.
3. Sesuai benarrr laa kan isu ni berbangkit time parlimen baru bubar. Kalau ada yang berkuasa baca, atau yang boleh panjangkan isu ni kepada yang berkuasa mohon buat apa yang patut. Nak haramkan terus mustahil la kan. Negara kita ni berbilang kaum dan agama. Jadi jalan yang ada mungkin boleh usul untuk gubal undang-undang makanan/minuman non-halal TERMASUK ROKOK dijual di kedai berasingan dengan barangan keperluan. Biar yang bekerja kat situ cuma non-muslim dari A-Z. Jangan ada muslim yang terlibat langsung.
Bukan sengaja nak sentuh hal sensitif ni. Ayu jugak tak nak nafikan hak non-muslim beli produk sedemikian. Ayu ramai ja kawan non-muslim yang minum, takda hal. Member muslim yang minum tak pernah jumpa lagi la. Kalau ada, memang buat hal la. Saling hormat menghormati.
Cuma rasa terpanggil nak tulis ni sebab Ayu ditakdirkan berada kat sini dan ramaaaai member-member Ayu yang Ayu sayang cari rezki kat sini. Kalau dengar ceramah usraz azhar idrus, even kalau lori arak tayar dia pancit datang bengkel muslim, mekanik yang baiki & owner bengkel yg dapat keuntungan dari lori arak tu pun tergolong dalam golongan yang dilaknat. Dilaknat ni makna kata hidupnya jauh dari rahmat Allah.
Kot hampa yang baca tulisan Ayu ni ada pengalaman atau tau saluran yang betui, ada cadangan, komen ja kat bawah ni noh. Komen biar murni. Jangan nak maki sana sini. Kena ingat, ramai sedara seagama kita cari rezeki kat tempat macamni.
Ni bukan benda remeh. Soal cari rezeki ni jadi darah daging kita, anak cucu kita. Dan setiap orang kita ni esok-esok akan ditanya di mahkamah apa usaha kita, kena ingat. Tiap inci badan kita jadi saksi pada haritu kecuali lidah.
Kat dunia boleh ‘kencing’ laaa. Kat sana, pakat terkencing, terkucil semua ada.
– Ayu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit