Tajuk je dah boleh teka aku berada dalam keadaan tersepit. Bukan antara mak dengan bapak, tetapi antara keluarga aku dengan suami. Berkahwin atas pilihan sendiri kadang-kadang buat aku rasa aku salah pilih suami. Kadang-kadang la.
Masalah ni selalu timbul balik kampung. Tak kira la masa raya ke masa cuti ke. Aku jenis malas nak bergaduh tapi aku simpan, nak luah takut bergaduh. Suami aku kerja sendiri. So aku yang ada majikan ni aku la selalunya bermasalah untuk bercuti. Raya kali ni dapat cuti 6 hari. Dari hari Selasa sampai la Ahad. Rumah family aku dengan family suami bukannya jauh pun. Setengah jam je sampai la. Sampai je kampung, terus balik rumah family dia. Okay, takpe la. Sampai rumah family dia kul 4 pagi hingga la jam 6 petang dia diam je takde bunyi pun nak jengah family aku. Aku pun cakap dengan anak aku nanti kita pergi rumah atuk (abah aku). So anak aku ni memang bila dah cakap dengan dia akan tuntut. So dekat nak buka puasa baru sampai rumah family aku. Adik adik aku yang lelaki je ada kat rumah. Yang perempuan turn beraya rumah suami.
Mak tak siap apa pun lagi untuk raya esok. Kalau aku tak jengah, sorang-sorang la mak kat dapur masak rendang ketupat untuk raya. Nak nak harap adik adik aku yg lelaki memang mimpi la. Dorang lagi suka menganga depan tv layan citer korea. Malam raya pun tengok citer korea. Okay, bukan nak citer pasal adik adik aku pun.
Malam tu, lepas tolong mak aku masak, tak sempat pon siap rendang ayam mak aku, suami aku dah ajak balik rumah family dia. Okay, fine. Aku diam je, malas nak cakap banyak, nanti gaduh malam-malam raya.
Pagi raya lepas sembahyang raya, rumah family dia dah kena serbu, sampai tengahari tak sempat ke mana-mana pun. Hati aku ni tak tahu nak cakap macam mana. Tak minta ampun lagi dengan mak dan abah ni.
Dalam kul 4 lebih baru la sampai rumah family aku. Tu pun dalam kete, adik beradik dia dah call tanya ada kat mana, lepas ni nak g mana, nak pergi beraya rumah sape dulu.
Duk rumah family aku ada la 2 jam, dah gelisah dah dia. Cakap nak pergi rumah saudara mara sebab pagi tadi tak sempat lagi ke mana-mana. Hati aku sayu hanya Tuhan je yang tahu. Tapi sang suami tak nampak dan buat tak tahu. Aku ikutkan je la sebab tak nak bergaduh di hari raya.
Raya pertama tidur rumah family dia, Raya kedua pun. Raya kedua lagi la, tak jejak langsung rumah family aku. Boleh bayang tak apa yang aku rasa. Korang rasa apa yang mak abah aku rasa.
Raya ketiga, aku bagitahu suami aku, malam ni nak tidur rumah family aku. Betul dah aku bagitahu kehendak aku, tapi lurus tak lurusnya suami aku atau pun dia sebenarnya banyak akal, aku jejak kat rumah family aku kul 10 malam. Beria2 pergi rumah terbuka merata-rata. Tapi rumah family aku, boleh kira dengan jari bape jam je sempat duduk bersembang dengan adik beradik dan mak abah aku. Tu pun, sebab aku dah mengamuk dalam kereta. Selalu aku je jaga hati dia tapi dia tak pernah jaga hati dan perasaan aku.
Pastu dia pulan nak sentap dengan aku langsung tak bercakap dengan aku. Lantak la, bukan nak buka aib suami cuma nak luahkan rasa hati je sebab tak tahu nak citer kat sape. Adik adik aku kompem takkan paham dan akan salahkan aku.
Aku paham sindiran adik adik aku. Raya ni all about family. Kita berkumpul dan beraya bersama. Bukannya kita kira bape banyak openhouse yang kita dah pergi.
Serius, tahun depan kalau dapat cuti raya, aku sanggup kena keje dari tersepit macam ni.
– Aku Yang Tersepit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Itu la risikonya berkahwin sis.. sbb sis bukan kahwin suami ajr tapi kahwin dgn keluarga dia.
btw. minta ampun dan maaf bukan afdal. pagi raye aje, bila2 masa pun boleh
takpe sis.. syurga menunggu kia jika jika ikut jer krhendak suami..
mak n ayah sure dah lama faham tu, sbb diaorg lagi lama kawin dr sis
Sepatutnya suami yg baik ialah suami yg ada ehsan pada isteri dan mertua dan jaga perasaan mereka. Jgn selfish sangat fikirkan hati sendiri saja. Bukan sis ni saja kawin dgn keluarga suami dia, dia pun kena faham dia kawin dgn keluarga isterinya jugak. Buat camni, nanti bila anak2 pompuan dah besar ikut je ckp laki tak nak balik rumah sendiri dah baru tau apa perasaannya.
Rafi’ Fahmi
Lepas ni tetapkanlah giliran.
Mohd Ikmal patut la ad rules yg tiap tahun satu tempat aje. Tu kes tempat jejauh boley la. Yg dekat mcm die nih. Haaa mcm mane. Kohkoh.
Lai Ly jaga2
Hahaha. Noted ?
Sy masa mula2 kenal n kahwin, jarak dgn umah mertua lebih kurang sejam. Tp sejak beberapa tahun lps, pindah rumah dan dah jd 5 minit je jaraknya..tp husband sy sgt memahami psl sy mmg kena tlg mak masak dan kat rumah belah dia ramai perempuan so issue masak x jd hal. Jd tido dan unpack beg semua mmg kat umah sy, tp kami make sure g lepak lama2 jugak kat umah hubby. Nasihat saya..perkahwinan ni plg penting adalah komunikasi. kita xleh simpan je apa yg kita rasa kerana niat xnak lawan suami..berbincang sis, bkn melawan. Ckp elok2 luahkan isi hati tanpa emosi..sy doakan yg terbaik utk sis n suami.
Xperlu nk pertikai sbb tu hak suami sbb bila dh kawin istri mesti ikut suami….klu xblh nk ikut lbh baik xyah kawin n ddk sorang…hati pn xskit kn…!
Merry Stuck
Sis, macam kami ade tetapkan giliran..dan rules
..setiap kali raya mesti pegi dua belah sides. Kalau thn ni 3 hari pertama raya belah suami 3 hari.seterusnya belah saya plak. Dengan syarat masing2 kene make sure cuti tu smp 6 hari utk cover both sides. Sepjg side msg2 bolehla visit sebyk mana rumah yg nak..
Huhu. Senasib kita. Sabarrrrrrr dlm hati. Sbenanye berasapppp.
Amboi2..buat confession gak ke ?
Hahahh aku layannnnn sume