dinding menjadi mangsa

Dindinglah yang menjadi mangsa buat aku melepaskan tekananku ini. Sering sekali saya menangis di dalam tandas sambil menumbuk dinding yang kerasnya tidak terperi. Kadang kadang terdetik juga di mindaku tidakkah mereka mengerti bahawa nobody is perfect.

Ya aku tahu percakapanku tidaklah selancar kalian dan aku tahu sikap aku yang sering low confident masa presentation jadi bahan ketawa kalian. Tapi itu bukan menjadi alasan kau nak pulaukan aku dalam kelas. Fine aku tahu aku ni loner tapi please become my friend.

Dinding yang tidak berdosa sering menjadi mangsa buat aku. Aku puas bila aku dapat menumbuk dinding di tandas walaupun masih ada lagi tekananku yang bersisa selepas menumbuk dinding itu.

Please help me to solve my problem. kadang kadang rasa nak bunuh diri pun ada bila selalu jadi bahan ketawa dan selalu menjadi dipulau oleh rakan.

– hasnu bahri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Adik sila dptkan nasihat doktor ye. Risau depression makin teruk sebab kamu meluahkan dgn cara fizikal, bkn verbally. U need to talk to someone.

    Suicide thought tu kemungkinan boleh menguasai diri awk. Sgt berharap awk segera dptkan khidmat rawatan.

    Utk sikap tumbuk dinding tu boleh jadi addict bila setiap kali awk rasa tertekan. Not good for your health physically and mentally.

    Mengadu pada Allah dlm doa2 mu dik. Doakan juga utk classmate supaya mereka menerima awk seadanya. Istighfar setiap Kali rasa nak berboxing.

    Boleh juga dptkan khidmat kaunseling di tmpt awk bljr. Kalau kt sini, awk mgkn boleh meluah utk lbh rasa kurang beban, tp org takkan faham dan keep blaming atau kecam.

    Moga Allah sentiasa pelihara :)

  2. Ya Allah ..tolong lah, klu ada kwn2 bros n sis yg mcm ni,pls jgn pulaukn mereka.. kpd confessor tlg jgn ambik tindakan yg merugikan.. semoga situasi ni akan cpt berakhir.. be strong sis/bro

  3. Sapa kata anda bersendirian? Bersendirian lebih baik daripada bergaul dgn org yg ketawakan kelemahan kita..mereka Lupe kite ciptaan Allah, jika mereka kutuk Dan ketawakan anda,mereka mengetawakn ciptaan Allah..Ade kifarahnya nnt..Allah bersama anda, baca surah akhir2 al-quran..setiap keburukan akan dibalas begitu juga kebaikan..lebih baik x de kwn mcmtu, maksudnya Allah melindungi kita supaya x bergaul dgn org mcmtu..when god is protecting you, who is gonna be your enemy?bykkan zikir Dan baca terjemahan al-quran.. Menjawab segala persoalan hidup..sekejap je dugaan itu, lepas ni x jumpe da dieorg..be strong and never give up

  4. sy drpd sekolah lg dipulau awk.. sekolah rendah, sekolah menengah sampai lh dah masuk u baru sy ada kawan.. sy tertekan dr kecik lg, tp sy pujuk diri, sy ada keluarga, asal keluarga sy bersama sy, sy xapa, sy kena buli kena mrh semua sy cerita kt mereka..tp tu masa sy sklh rendah.. naik sklh menengah, apa org cakap, sy xhiraukan.. buat je apa yg kita rsa terbaik.. awk terus usaha dan habiskan hidup di u tu tanpa hiraukan mereka.. masa sklh, sy buat xlayan apa mereka kata dan sering sy menjadi antara yg terbaik bila dpt keputusan exam pdhal sy dipandang rendah org sekeliling, selalu org xpercaya dgn hasil yg sy dpt..sy bkn bdk target, bkn kawan2 je pulau, cikgu pon xsuka, sy xpandai Bi sampai cikgu tu xsuka sy.. tp sy ada Allah.. pagi2 sy bgn berdoa bercerita menangis pd Dia.. tahajud Dhuha jgn tinggal.. maaf bkn nak riak, tp bila kita buat, lambat atau cepat Allah akan tlg.. alhamdulillah result Spm sy bagus.. sampai skrg, susah mcm mana pon, walau bagaimana pon sy skrg, try jgk usahakan utk bgn tahajud.. dhuha pon jgn tggl.. awk, hidup jgn pedulikan mereka.. awk masuk u bukan kerana mereka. awk nk berjaya bkn jga kerana mereka.. kalau tertekan, cpt2 cari Allah. mengadu kt Dia.. ingat ada yg mengharap kpd kejayaan awk.. awk buktikan pd mereka awk boleh.. org yg hebat present xsemestinya dia hebat dalam hidupnya.. selamat berjaya awk.. sy doakan.. insyaAllah

  5. Buat derk ja kt org2 mcm tu.. Sebab apa? Sebab mmg x berbaloi kita nak kan perhatian dorang. If they don’t need you, then you’re 1000 or million times don’t need them. It’s just not worth it at all. Live for and because of Allah, don’t live because of people. Someone or a group of people somewhere in this world will really appreciate yourself. You just have to find them.

  6. buat tak tahu je. jgn difikirkan sgt. awak boleh hidup je tanpa org lain di sisi. kalau mmg betul takde kawan, bercakap je ngan diri sendiri. cerita kat diri sendiri. tp jgn sampai jd pelik sudah.. hihi..

  7. Sejadah kan ada…”tumbuk” sejadah dgn dahi.insyaAllah tgk la keajaiban yg timbul.Allah xpernah tolak doa2 hambanya….akan diperkenankan tepat pd wktu.

  8. Allahu…i feel you bro..memang sakit bila dipulaukan, diperli, jadi bahan.
    Tapi, jangan jadi “bodoh” bro..anggap lah itu satu cabaran utk berjaya..
    Bila diorg ketawakan kau, kau ignore and senyum sambil cakap kat diri sendiri, “Allah ada, aku ada Allah..Allah sayang aku..”

    Insyaa Allah bro, Allah bantu…

  9. What they say won’t kill you.. What doesn’t kill you makes you stronger! Be more confident of yourself.. Org nk kata apa pun, biaq pi! Hang buat je apa yg patut dibuat!
    Don’t be a loner, be a lone wolf! A lone wolf doesn’t need a pack to hunt.. A lone wolf is far more dangerous.. If they don’t respect you, then they should fear you!
    Remember: Suicide doesn’t solve anything!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *