MK (mangsa keadaan) ialah kawan aku yang kini dipenjarakan akibat daripada kerja bodoh yang dilakukan oleh KS (kawan setan) iaitu kawan nya sendiri.
Episod hitam MK bermula 2 tahun sebelum dia dipenjarakan dimana dia ditahan di imigresen S. Mase tu MK nak masuk negara S untuk jalan jalan setelah beberapa tahun tak jejak ke negara S. Malangnya MK ditahan 1 hari dalam penjara dan disoal sisasat Kes memalsukan dokumen tuntutan insurans warga S disana.
Polis meminta dia diikat jamin dan tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga kes diselesaikan di Mahkamah. Nasib MK baik kerana ade kenalan di negara S dan menjamin MK dan ajak tinggal bersamanya sampai kesnya selesai. Hampir 2 tahun MK turun naik mahkamah di negara S selagi mahkamah tiada bukti mengatakan MK tidak bersalah dan MK tidak mahu mengaku salah.
Korang mesti tertanya kenapa MK tak nak mengaku salah atas apa yang die tak buat. Silapnya hanya kecil. Beberapa tahun sebelum MK ditahan di Imigresen S, KS meminta tolong MK untuk pinjam kereta MK masuk ke negara S sekejap sahaja kerana ade hal. MK bagi tanpa banyak soal.
Beberapa jam selepas itu, KS telefon MK bagitahu yang keretanya kemalangan dengan kereta warga S dinegara S. KS minta MK datang ke negara S segera untuk buat repot polis. Sepatutnya lah KS yang buat repot polis kerana dia yang pandu bukannya MK.
MK dikambing hitamkan oleh KS. Jangan main2 dengan undang-undang negara S ye. Undang2 mereka ketat. Disebabkan MK fikir ‘oh itu kereta dia, jadi die la kene repot…’ (itu silap die kerana terlalu percayakan KS).
Nak dipendekkan cerita sebenarnya KS dan warga S yang kemalangan itu telah berkomplot untuk adakan kemalangan itu dan seterusnya warga S boleh tuntut insurans dengan amaun yang besar. Tapi, pihak insurans disana tidak berpuas hati atas tuntutan tu, dan dorang pun buka kes, maka MK yang membuat repot dijadikan sasaran untuk disoal siasat.
Warga S tu tak pasti mereka ada soal siasat atau tak. KS pulak melarikan diri dan masih hidup bersenang lenang atas penderitaan hidup orang lain. Tapi MK ditahan setelah beberapa tahun kes kemalangan tu kerana mukanya telah wanted di sistem Imigresen S.
Kalau lah MK tak masuk negara S sampai bila2 setelah kes itu, dia takkan ditahan dan dipenjarakan, tapi semua yang berlaku ada hikmah, MK tak tau pon dirinya wanted akibat dari buat repot polis yang salah.
Hampir 2 tahun turun naik mahkamah, MK akhirnya redha dan tawakal untuk mengaku salah supaya dia dapat bebas dan mulakan hidup baru setelah hukuman penjara berakhir nanti. Sepanjang MK di negara orang, aku sifatkan MK seperti bayi yang baru dilahirkan, banyak perubahan yang dia lakukan dalam hidup dia dan aku anggap die suci dari segala dosa. Solat wajib ke sunat tak pernah tinggal…
Hikmah atas ujian Allah untukNya supaya kembali kejalanNya. Dan dia minta kami doakan dia supaya hal2 dia dipermudahkan didalam nanti dan anggap dia pergi belajar mencari ilmu kehidupan sebenar…Ya Allah kau Permudahkanlah.
Kami tak akan pernah anggap kau pesalah atau bekas banduan nanti, sebab yang tahu je tahu kisah sebenar, yang tak tahu hanya tahu mengutuk akan dapat dosa atas fitnah yang dosanya lebih teruk dari membunuh.
Aku ceritakan kisah dia untuk korang jadikan pengajaran supaya tak terjerat di negara orang. Bayangkan hampir 2 tahun berpisah daripada keluarga, duduk di rumah orang lain, nasib kawan dia baik nak jamin dan duduk sama2 1 rumah.
Lepas itu dipenjarakan pulak, sanggup dipenjarakan sebab taknak kesnya berlarutan lagi. Tolong, jangan terlalu baik dan percayakan sangat orang2 yang belum tentu tak susahkan hidup kite. Dan korang jangan nilai undang2 negara lain selain negara kita ye. Undang2 tetap undang2 ok.
Wahai KS perosak kehidupan orang, kalau kau bace ni mohon bertaubat lah ye. Walau kes ni berapa tahun lamanya, jangan ingat negara S akan lepaskan kes ni. Kau senang2 kat luar, kawan aku jadi mangsa. Aku pasti MK da maafkan kau, sebab dia sebaik baik manusia tak macam kau manusia bertopengkan syaitan!
– NoorArianaSafiya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit