Disebalik Kawan Yang Mewah

Hai warga IIUM Confession sekalian. Nama aku Azam. Ini sedikit cebisan cerita aku pada zaman bujang 3 tahun lalu.

Aku berhijrah dari kampung untuk bekerja dibandar bersama kawan sekampung 4 orang.

Kami memasang hasrat untuk mengubah nasib hidup kami yang sekadar menjadi beban keluarga selepas habis sekolah.

Alhamdulillah kami mendapat kerja di sebuah kilang dan kami happy bekerja disitu.

Selepas 5 bulan kami berpakat untuk beli motor sebab kami tiada kenderaan, sebelum ni pergi kerja menaiki van pekerja.

Disini kisahnya bermula. Setelah 5 bulan kami bekerja, kami berjaya membeli motosikal cash, hanya seorang dari kawan kami membeli kereta.

Dia beli kereta tidak membuat kami terkejut, yang membuat kami terkejut dia beli kereta Honda FD.

Kami mempunyai average gaji yang sama iaitu RM2200. Kamu semua boleh bayangkan kerja 5 bulan tapi dah beli honda FD?

Kami ok sahaja sebab itu keputusan dia. Tapi, sejak dia pakai kereta tu dia banyak menyusahkan kami. Bayar sewa rumah liat, duit dobi tak bayar, wifi jarang bayar, coway apatah lagi.

Apabila kami plan nak pergi bercuti atau healing dia akan bagi alasan takda duit and tumpang moto kami.

Kereta dia hanya dijadikan hiasan dan untuk pancing awek malam minggu. Sampai satu masa aku nampak dia tak breakfast, lunch hanya makan roti, malam nasi bujang.

Aku try tanya dia berapa bulanan kereta tu. TERMENUNG JAUH aku tengok bulanan kereta dia. Memang budak ni dah lost financial dah.

Kereta Honda FD tu model 2009, deposit 5k bulanan RM1350, interest rate dia 8.5%.

Korang bayangkan gaji RM2200 – RM1350 untuk kereta – RM400 untuk rumah, dia hanya ada balance RM450 gaji dia untuk hidup.

Macam mana nk bagi duit dekat mak kat kampung? Makan minum dia? Aku faham itu minat orang, tapi financial planning kene bijak. Kerja lah 2 tahun dulu baru boleh beli kereta.

Kami pernah merasa tumpang kereta dia beberapa kali sahaja sebab kereta tak servis and roadtax selalu tak renew.

Tapi bila malam minggu ade je awek yang dia bawak jalan naik Honda FD tu.

Aku tak faham apa tujuan dia hidup. Adakah hanya untuk impress orang sekeliling?

Selepas 3 tahun aku dah ada simpanan dan berkahwin. Aku dah jarang berjumpa dia sebab sibuk dengan family.

Tapi aku selalu doakan kawan aku ni dipermudah segala urusan dia.

Nasihat aku untuk kawan-kawan, enjoy dulu setahun dua alam pekerjaan.

Pergi makan makanan yang sedap, bercuti dengan kawan-kawan, belanja mak ayah, nikmati hidup tanpa ada apa-apa hutang.

Bila dah terjebak hutang kau akan tangguh banyak benda.

Sekian terima kasih..

– Azam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. beli kereta biasa yang baru atau terpakai pun dah memadai. daripada nak jadi hamba kereta dan terpaksa ikat perut. Perempuan tak kisah pun lelaki pakai kereta apa. Janji kewangan stabil, dapat makan sempurna, dapat jalan jalan bercuti

  2. betul shakap.. pengurusan kewangan tu sangatlah penting ye. Bab hutang pulak, pikir la panjang-panjang kalau bab hutang kereta ke ape sekali pun, kalau tak mampu lagi jangan la berani nak berhutang nak2 baru kerja ni guna la motor dulu. nanti terseksa nak survive. Tu bujang lagi dah terseksa sampai menyusahkan diri, nanti nak kahwin nak simpan duit untuk kawen dll nak bayar komitmen lepas kahwin, memang perit mat. Kena pikir panjang.

    Bab tayang kereta nak pikat awek pulak masa ni je yang manisnye. Tak matang la kalau macam tu dik oii rela ” asal bergaya orang tengok padahal simpanan pun takdak” ni kalau GF tau duit pun takde lagi la maluu.. sepatutnye kalau betul2 nak beli kereta, beli la yang harga rendah sikit macam axia ke, myvi atau bezza yang mane mampu la.. ni sebagai cadangan la jangan la sampai gaji baru rm2.2k tapi taste tinggi kalah gaji rm5k sebulan. Bukan apa.. kalau pakai kereta biasa pun tetap sampai je ke destinasi(bagi golongan B40). Kalau yang bergaji mahal tu takpe lah nak pakai kereta mahal pun.. sebab mampu.

    zaman sekarang ni serba mahal dah.. kalau tak pandai berjimat/urus duit kejap je habis.. apa2 pun fikir dulu sebelum buat sesuatu. fikir dulu keperluan atau kehendak? biarlah kita utamakan keperluan dulu.. tanya soalan tu pada diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *