Diskriminasi

Hai semua,

Terima kasih kepada IIUM Confession kalau luahan aku disiarkan.

Cuma nak luahkan perasaan dekat sini. Jujur, aku rasa tengah sedih sangat-sangat. Kecewa. Hampa. Rasa tak adil. Semua orang tahu kan rasanya kalau didiskriminasi. Dinilai hanya di sudut luaran je tapi dalaman tak diambil kira pun.

Dah nak masuk 2018, tinggal dalam masa dua bulan tapi pemikiran masih jauh ketinggalan. Feminism ni kalau cerita semua takkan habis. Jadi, nak pendekkan cerita, feminism selalunya berkait dengan perempuan. Namun, aku nak fokuskan dekat golongan lelaki. Nak lagi tepat golongan lelaki yang berperwatakan lembut.

Baru-baru ni, aku ada datang untuk satu sesi temuduga untuk jawatan shipping executive. Lepas dah habis temuduga ni, interviewer ni cakap “saya tak rasa awak sesuai dengan kerja ni, kerja ni ganas. Awak boleh handle ke?” Tidak dinafikan memang suara dan perwatakan aku ni lembut, tapi terus dinilai tak boleh buat kerja disebabkan faktor kerja yang agak ganas. Biar betul? Terasa betul aku.

Interviewer tu siap mention lagi “saya takut awak nangis je. Awak kena deal dengan driver lori tau”. Nak je aku bagi reaksi mata ke atas tangan ke bahu. Aku buat cool. Kena tabah. Dalam hati, hampir nak menyumpah.

Berdasarkan pengamatan aku, aku redha kalau tak dapat pun kerja tu. Banyak lagi kerja lain. Kena usaha je.

Sebelum aku masuk university, aku pernah try mohon kerja dekat Singapore through agen sebab takde kenalan or kabel. Jadi cleaner je. Ingatkan nak kumpul duit dulu. Masa telephone interview dengan agen, interviewer ni cakap “awak datang singapore nak kerja ke nak melacur. Nanti dah masuk Singapore, jangan pakai seksi-seksi.” Terus aku down bercampur perasaan marah. Hanya disebabkan suara yang lembut terus kena aim pelacur. Ni lah salah satu momen yang aku ingat sampai bila-bila. Tak adil sangat.

Dari segi persahabatan pula, tak ramai nak berkawan dengan aku. Dulu masa zaman sekolah, aku ada ramai kawan perempuan sebab senang nak masuk. Kawan lelaki tu ada tapi sikitlah, boleh dikatakan kawan lelaki yang perwatakan hampir sama dengan aku. Tahun demi tahun aku terfikir, kalau aku kawan lama-lama dengan golongan perempuan ni, aku makin terpengaruh dengan cara diorang. Tambah-tambah lagi kawan lelaki aku tu nak ke arah menyerupai kaum sebaliknya. Aku jauhkan diri sedikit demi sedikit. Nak berubahlah kononnya. Nak jadi lelaki.

Sebagai solusi, aku cuba dekatkan diri dengan lelaki semasa di universiti. Nak buat bestfriend. Tak ramai nak berkawan. Dipandang serong lagi ada. Kadang-kadang dituduh kunyit. Hmm. Aku pernah berkawan dengan seorang lelaki. Lelaki yang memang lelaki. Aku namakan A je la. Senang korang nak faham. Kawan si A ni maybe jealous. Entah apa yang dihasutnya dekat si A ni aku tak tau sampaikan hubungan kami sebagai kawan tu terputus. Kalau nampak kami berdua je, kawan si A ni siap perli benda-benda tak sepatutnya.

Aku tak pernah pula berpakaian macam perempuan. Dosa. Tapi tu la, tak faham la aku kenapa diorang nak jauhkan diri. Tak selesa kot. Mungkin jugak sebab karma, yelah aku kan jauhkan diri daripada kawan-kawan zaman sekolah dulu. Padahal aku tak pulaukan diorang. Kalau nak berborak silakan. Yang bestnya, aku dilabel sombong.
Hasilnya sampai sekarang tak ramai kawan. Kawan tu pun setakat tegur je dan demi kepentingan tertentu. Aku takde bestfriend nak luahkan masalah. IIUM Confession ni la jadi mangsa. Aku jadi semakin antisosial.

Kalau percintaan, aku memang zero. Target nak kahwin sebelum umur 30, bayang-bayang calon pun takde. Bukan tak nak cari, tapi nak berkawan dengan perempuan susah sekarang. Aku dah develop rasa negativity dalam diri aku ni dan aku tak rasa aku boleh bahagiakan pasangan.
Mostly layanan yang aku dapat tak berbaloi dengan cara aku. Aku tak pernah nak berkasar dengan stranger. Aku selalu experience suara dan perbuatan aku ni diajuk dekat tempat public. Aku selalu dimalukan.

Antara momen yang aku paling ingat masa latihan driving license. Aku dapat cikgu yang bajet-bajet gangster. Selalu marah-marah aku. Tengking aku. Aku tak faham apa yang dia ajar sebab aku memang tak pernah drive. Of courselah, dia samakan cara pemanduan aku dengan golongan perempuan. Aku boleh terima lagi tapi tak perlu canangkan cerita dekat cikgu-cikgu driving school. Aku still boleh dengar cikgu-cikgu ni kutuk aku masa aku drive naik bukit walaupun tingkap kereta tertutup rapat. Diorang ketawa tak berhenti siap berair mata. Kalau dengan orang lain, layanan cikgu aku baik sangat. Susah sangat ke nak layan aku ni baik-baik? Aku bertanya pun nak marah. Nampak tak ikhlas nak mengajar.
Payahlah nak berubah, puaskan hati semua. Perwatakan dan suara aku ni sudah semulajadi. Aku bukan buat-buat. Nak fit in dengan semua orang lagi la susah. Tak semua boleh terima. Rasa hipokrit adalah, bajet nak tunjuk macho sampai kesudah rasa macam berlakon dalam drama watak lead actor. Penat tau tak?

Jadi diri sendiri lagi bagus.

Kalau tak keberatan, nak minta jasa baik semua, tolong bagi pandangan, cadangan ataupun panduan macam mana nak deal dengan masalah aku.

Doakan juga aku kuat untuk masa mendatang.

Terima kasih.

– Terasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit