Disuruh Resign Secara Tidak Langsung

Umur aku dah 45 tahun. Aku mula bekerja makan gaji lepas aku grad 1997. Setelah13 resume aku hantar dan yang ke 14 itu yang melekat pada satu company. Kerja dalam insuran broker,walhal aku tak faham langsung pasal insuran ni. Apa benda broker tu pun aku tak faham. So aku mula kerja sebagai Claim executive. Bunyinya macam best, tapi masa tu, tapi memang aku belum faham sepenuhnya apa kerja yang aku buat.

Aku bertahan selama 3 tahun, setelah company aku kerja itu diambil alih oleh company lain, kami semua apply kerja kat company2 yang lain. Sebab parent company diisytihar bankrupt. So aku cari kerja lain dan dpr kerja di syarikat insuran dgn jawatan yang sama. Dari situ sehingga kini dah 20 tahun aku kerja di bidang yamg sama. Sudah2 ,3 company alu lompat. Tapi aku heran Ku still lagi tak master dalam kerja aku. Mungkin aku ni bodoh kot . Atau aku ni ada disleksia sebab sangat susah untuk aku faham. Tapi , aku ini oramgnya sentiasa berusaha, walau aku memang menghadapi kesukaran nak fahamkan sesuatu perkara tentang kerja aku. Bahasa2 polisi kadang confuse. Tapi macam alu cakap tadi alu sentiasa berusaha bertanya danbuat research pasal wordi ng2 tu. Dan semakin umur aku naik..aku menjadi tidak selaju dahulu. Tapi bukan aku lembab, Dan point2 ini dijadikan sebagai peluru2 oleh immediate boss aku untuk tembak aku sepuas2nya. Baru2 ini majikan aku ome to one dengan aku , dia bgtahu beberapa point yang aku sekarang telah membuat kesalahan2 yang berat.

Aku rasa dlm 4 kesalahan tu yang satu itu betul. Tapi ikutkan sop aku tak salah. Cumanya komplen itu datang dari agent yang mcm harem. So boss aku kata dia bagi aku masa sebulan buat kerja dengan zero defect. Dia sendiri buat salah, nak suruh zero defect. Kalau tidak dia akan ambil tindakan. Fuhh.. Eii kalau aku ni tak ade iman aku hantar dah saka kat dia ni. Boss aku ni sememangnya berperangai racist , tapi dia tak memgaku dia racist. Dia cakap dia malaysian. Menyampah sebenarnya tengok muka dia tapi aku bertahan demi anak2., mak dan ayah, dan suami. Banyak kali aku difitnah , tapi aku ni jenis malas nak layan walau benda tu sepatutnya aku patut lawan. Rasa tak ade kekuatan dalaman nak lawan balik, mungkin tak konfiden. Cuma aku selalu ngadu kat suami aku dan anak2 aku. Aku stress sebenanrnya, secara psikologi boss aku tu memang perempuan jahat yang suka jadi batu api, dan suka menambah2. Kadang2 aku sampai berdoa semoga dia sakit teruk dan mati terus.

So aku bgtahu suami dan anak2 aku… Aku memang nak berhenti dan minggu ni. Aku buat solat isthikarah semoga Allah bagi petunjuk kepada aku. Yang membaca kisah aku ni, aku mintak koramg doakanlah untuk aku semoga Allah mudahkan urusan hidup aku, kewangan aku , kesihatan aku, akal fikiranku… Yang mendoakan untuk aku terima kasih dan aku doakan korang dimudahkan urusan dunia dan akhirat.

Jangan lupa doakan aku.. !!

“Aku Noi yang sentiasa bergantung hidup dengan Allah swt.”

– Noi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *