Ditindas Syarikat Melayu

Hi, assalamualaikum. Selamat berpuasa semua. Terima kasih kalau admin siarkan luahan hati aku nie. Aku bukan nak luah apa pun, sekadar untuk mencari pendapat dari kau orang semua yang berpengalaman.

Cerita dia macam nie. Aku seorg isteri. Ditamatkan kontrak kerja bulan 12/2018. So sekarang aku duduk rumah sambil tunggu due date anak kedua aku. Takkan nak mintak kerja dengan perut memboyot macam nie kan? So yang kerja sekarang, hanyalah suami aku sorang je. Sebelum nie suami aku bekerja di syarikat yang hanya gaji rm1050. Tapi dia ditindas sebab dia sorang je lelaki. Jawatan tak besar mana. Hanya office boy.

Tapi dengan jawatan office boy tu, dia disuruh buat kerja yang bukan bidang dia. Bila officemate dia makan, bersepah dekat dapur. Dia kena kemas, sapu sampah, buang sampah. Kena vacuum office seminggu skali. Kalau dia tak buat, kena marah. Even kalau tak bukak radio pun, dia kena marah. Padahal kerani perempuan lain boleh je bukakkan radio. Alasan “orang atasan” laki aku nie lelaki dalam ofis tu, so dia kena buat.

So laki aku nekad nak berhenti kerja. Awai bulan 3 dia dpt kerja baru. Yang mana gaji basic lagi tinggi dari sebelum nie. Alhamdulillah. Maybe rezeki anak kedua kami. Aku pun happy at least dia tak stress hari hari melayan officemate lama dia. Tapi ingatkan dah lepas dari mulut buaya, boleh happy. Lagi derita rupanyaaa. Masa iv, company tu menjanjikan macam-macam. Basic saja rm12++. Campur dia bagi elaun telephone, elaun minyak semua boleh dapat banyak laa.

Tapi, lepas masuk kerja, janji tinggal janji. Laki aku kerja hantar barang. Dia cover area jauh jauh. Kadang makan masa 3, 4 jam. Duit minyak sehari rm40. Pergi sahaja. Balik rm40. So sehari rm80 belum campur nak makan lagi. Mulanya office kata ada elaun minyak. Tapi hampehh.

Bayangkan dia kerja sekarang nie. Dapat gaji, tolak semua keperluan rumah, aku pulak bergadai emas untuk tampung perbelanjaan dia pergi kerja hari ke hari. Elaun minyak yang di janjikan, takde gais. Takdeee. Nie dah masuk bulan ke 3 dia kerja. Masih dijanjikan akan bagi elaun minyak. Tapi masih sama. Takde. Dekat aku dah takde apa nak gadai.

Hari hari laki aku pergi kerja kadang pinjam duit orang. Duit family, duit kawan. Sampaikan barang baby pun takde beli langsung. Nasiblah barang anak sulung masih elok. So boleh guna lagi. Dah la takde bagi elaun minyak, pergi kerja ulang alik 3, 4 jam naik kereta sendiri. Apa claim untuk kereta pun takde. Kalau kereta rosak ke apa, guna la duit sendiri untuk tampung kos baiki kereta.

Ada lagi rupanya company melayu yang tindas orang begini? Aku nak cerita lebih pun, aku taktau detail sangat. So boleh tak cadangkan aapa apa? Bagi kata kata semangat pun dah cukup. Nasib baik sekarang bulan puasa. So boleh jimat dekat makan.

Okay terima kasih.

– Mira

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *