Doa aku dimakbulkan ke?

assalamualaikum. aku nak share satu cerita ni. mungkin boleh buat korang insaf sekejap. hahah

ok macam ni. dulu waktu sekolah menengah aku ni seorang yang gemuk, buruk, muka kusam, jerawat penuh kat muka, berminyak. pendek kata memang hodoh la.

lepastu ada sorang classmate aku ni suka kutuk aku. hina aku. sebab dia cantik, putih, tinggi, kulit muka flawless, glowing, ramai senior2, classmate2 laki, budak2 kelas lain minat kat dia. ramai la suka dia.

perempuan ni suka saja2 buat2 nak sembang dengan aku, tapi sebenarnya saja nak sakitkan hati aku. nak kutuk hina aku. bila sembang2, ada je nak cakap pasal buruk aku.

aku tak berani la nak lawan ke apa. confirm2 la aku kalah. ramai backup dia. aku ni da la ada sorang je kawan. dia je la yang faham aku.

hari2 nak pergi sekolah mesti aku takde semangat, tak suka. aku rasa down gila. tapi aku fikir takpelah kat sekolah orang tak suka aku, aku pergi sekolah nak belajar, bukan nak menggatal dengan laki. tapi bila dia hina kutuk aku, aku selalu doa dalam hati, “semoga satu hari nanti dia rasa apa yang aku rasa. semoga Allah balas apa yang dia buat dekat aku ni.”

jadi,lepas abes sekolah tu, sebelum masuk universiti, aku nekad betul2. aku nak kurus. aku nak cantik. So aku pun start beli produk. semua yang mahal2. sebab takut jugak lagi rosak kulit muka. tapi nak cantik kan? berkorban la. then aku cuba macam2 petua untuk cantik guna bahan semulajadi. pergi bersenam, pergi gym. jaga makan. awal2 tu memang sakit, penat, rasa tak mampu. tapi bila aku rasa macam tu, aku akan ingat perempuan yang suka kutuk dan hina aku tu, aku jadi semangat. aku fikir aku tak nak dihina dikutuk lagi bila masuk uni, lagi semangat membara.

setiap bulan aku nampak perubahan pada diri aku. aku da kurus. kulit aku pon da flawless. aku jadi semangat nak teruskan. sebab tak nak apa yang aku da capai sekarang tak tahan lama. lepas 5 bulan, aku berjayaa !!! tapi aku kene ingat jugak, jangan sombong riak bila da cantik. jadi masa kat uni aku pilih untuk tidak masuk geng perempuan lawa2. masuk geng biasa2 je. sebab aku fobia kot dengan perempuan lawa2 ni. hahaha

ok then masa bulan puasa haritu, aku terjumpa perempuan yang kutuk hina aku ni. selepas lebih kurang 10 tahun meninggalkan alam persekolahan. masa tu kat shopping mall, aku dengan husband and anak2 aku, tengah beli baju raya. tengah pilih2 baju tu, aku ternampak dia, aku cam dia walaupun dia da lain (takkan tak kenal orang jadi penyebab aku berubah macam ni kan, terima kasih banyak2 pada dia jugak). dia dukung baby masa tu. dia nampak berisi, dan tak macam dulu. so aku pun pergi tegur dia. dia tanya aku sapa, aku jawab “aku sipulan la yang buruk gemuk hitam dulu. classmate kau.” pastu dia terdiam, aku nampak air muka berubah. dia tanya macam mana aku boleh cantik macam ni walaupon da kawin. dia cakap dia da kawin jugak lepas abes sekolah dulu. sekarang anak 3. tapi badan tak boleh maintain pun.

sebelum aku minta diri sebab takut tak sempat nak cari kedai makan nak buka puasa. dia minta aku tips nak kurus and cantik. dia bagi aku nombor telefon sekali. tapi sampai sekarang aku tak sempat nak mesej dia. korang rasa patut ke aku mesej dia??

dan sekarang aku terfikir, Allah makbulkan doa aku ke? kadang2 rasa bersalah pulak. huhuhh

– Syifa’

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit