Assalamualaikum semua.
Korang pernah dengar tak? Kalau kita nak kan seseorang tu jadi jodoh kita, kita kena doa dia dari sekarang. Itu apa yang ustazah aku pesan la. Nak dijadikan cerita, aku pun follow la pesanan ustazah aku tu sebab aku sangat suka dengan personaliti ustazah tu. Tiap kali ustazah bagi nasihat, semuanya sampai ke dalam.
Okay berbalik kepada tujuan aku tulis ni, aku sebenarnya ade masukkan nama seseorang dalam doa aku. Setiap kali lepas solat, nama dia tak pernah aku lupa untuk sebut. Tak kira solat wajib atau sunat. Okay sebelum aku cerita lebih lanjut, elok rasanya kalau aku story dulu ‘dia’ tu siapa. Dia tu kawan sekolah rendah aku. Kami sekelas. Aku dengan dia boleh dikatakan agak rapat. Kiranya dia lelaki yang paling aku rapat.
Dia tu agak soleh sikit. Means yang suka hafal al quran camtu la. Sepanjang kami berkawan, dia tak pernah cakap benda buruk pasal aku. Setiap hari kami akan beborak pasal politik especially. Sebab ayah dia ahli politik. Satu hari tu, waktu tu kami busy nak cari sekolah menengah. Kebetulan dia ada ajak aku masuk sekolah sekali dengan dia. Aku pun on je lah.
Tapi satu hari tu, aku ingat lagi. Pagi tu waktu lepas perhimpunan, dia bagi aku satu borang. Korang tau tu borang apa? Jeng jeng jeng!!! Borang masuk sekolah tahfiz. Aku terkejut gila haa. Dia ajak aku masuk sana. Sekolah tahfiz tu dekat pahang. Dia suruh mak dia ambilkan dua. Untuk dia dengan aku. Waktu tu aku dah rasa serba salah nak tolak sebab mak dia dah jauh jauh pergi ambilkan untuk kami.
Aku pun cakap la yang aku tak banyak hafal surah. Tak macam dia yang waktu tu dah hafal dekat 10 surah dan juzuk. Dia cakap dekat aku, takpe lah kita usaha la sama sama. Aku pun speechless nak jawab apa. At last aku cakap nanti aku tanya mak abah aku dulu. Okay the bad part is, aku dengan bodohnya pergi buang surat tu dalam tong sampah sebab aku memang tak boleh pergi sekolah macam tu. Yes, aku mengaku memang salah aku buat macam tu.
Kebetulan dia ternampak borang tu dalam tong sampah. Dia bawak borang tu jumpa aku then tanya kenapa aku buang. Aku nampak muka dia kecewa. Mungkin dia rasa aku tak hargai niat dia. Bukan macam tu, aku sangat sangat hargai niat baik dia tu. Tapi tu lah masa tu tak matured lagi. Buat keputusan tak fikir. At last dia marah aku. Bukan marah tapi menjauhkan diri. Waktu balik, aku ada minta maaf tapi dia pergi macam tu je. Mungkin dia kecewa. Lepas pada tu, kami dah tak bertegur sapa. Semua orang pelik tengok kami dah tak bercakap.
Lepas tu, kami semua buat haluan masing masing. Dia ke sekolah tahfiz aku ke sekolah harian biasa. Tapi still satu negeri. Lepas jumpa dengan ustazah yang aku cerita tadi, lepas dengar nasihat dia, nama ‘dia’ tak pernah putus dalam doa aku. Setiap hari aku doa agar dia jodoh aku.
And now, aku student second year di ipta. Aku cuba contact dia balik dekat ig. Aku dm dia. Bagi salam. Itupun kawan aku yang tuliskan. Esoknya, dia reply salam aku. Then aku pun mula chat dia. Malangnya dia tak kenal aku sebab ig aku takde dp and aku private. Dia tye aku siapa, kawan lama dia yang mana? Aku pun give up. Aku cakap takpe lah tak kenal. But, tiba tiba ade sorang prmpuan ni nak follow aku. Aku tak approve. Then dia try dm aku. Aku approve dm dia tu.
Dia tanya aku direct macam mana aku kenal ‘dia’ tu. Aku just cakap dia tu kawan sekolah rendah aku. Then, lelaki tu dm aku minta maaf sebab tak perasan itu aku. And guess what dia cakap apa pada aku??
“Jap, tak nak ada salah faham, nah.”
Korang tau tu apa??? Kad kahwin. Dia dengan perempuan yg dm aku tadi tu
Waktu tu Allah je tahu perasaan aku. Depan kawan kawan aku, aku menangis. Yes, memang diorang tak pernah tengok aku nangis sebab aku ni kiranya agak kasar juga.
Aku dah tak fikir perasaan malu pada diorang, yang pasti perasaan aku hancur waktu tu. Dia sendiri yang ajak aku pergi majlis kahwin dia tu. Bulan ogos ni. Aku 50 50 nak pergi. Entah lah. Kalau aku boleh lupakan dia masa tu, in shaa Allah aku pergi.
So, moral of the story, orang yang kita selalu doa tu belum tentu doakan kita balik and belum tentu dia jodoh kita. So, korang yang pernah doakan someone tu, jangan letakkan harapan yang tinggi okay? Biasa biasa je. Okay tu je dari aku. Harap kisah aku ni dapat jadi iktibar untuk kita semua. Tq pada yg sudi baca kisah aku. Bye.
– Areys
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit