Doa dan ikhtilat. – 3:01 AM

Doa dan ikhtilat.

Assalamualaikum IIUM C-BM.

Saya harap admin sudi post kan kisah yang saya nak kongsikan. Thanks in advance ye admin.

Since that, dalam minggu ni ramai juga yg confess tentang isu terlanjur, dan ramai yang bagi tips tentang penjagaan ikhtilat- saya pun nak jugaklah kongsi kisah yang mungkin boleh sedikit kekuatan dan semangat untuk sesiapa yang sedang diuji dan berjuang dengan nafsu.

First of all, semoga saya dilindungi dari sifat riak atau ujub dari perkongsian ini, insyaaAllah.

Little bit about me, saya sister, alhamdulillah baru shj grad, latar belakang family dan agama yang biasa2 je.

Cerita saya mungkin sedikit berterabur, harapnya saya dapat sampaikan mesej2 penting dengan jayanya.

Ok, isu terlanjur dan budaya seks bebas dikalangan mahasiswa mahasiswi ni sebenarnya bukan perkara baru. Jangan terkejut ye semua. Isu ni dah bermula sejak zaman 70-80an lagi (berdasarkan pembacaan saya). Sayangnya tak ramai pihak yg acknowledge isu ni dan study kesan sosial terhadap masyarakat kita sekarang.

Masa saya umur 10 atau 11 tahun yang lepas, saya sangat suka baca majalah remaja (majalah yg setiap tahun hasilkan retis2 dewi remaja tu). Banyak artikel tentang kes terlanjur dalam kalangan mahasiswi mahasiswa yang saya baca. Bayangkan, masa tu saya berumur 10 tahun lagi, saya terfikir tentang masa depan saya. saya tekad tak nak melalui jalan hitam yg mereka lalui. dari situ, saya selalu berharap dan berdoa agar Allah pelihara diri saya dan orang2 yang saya sayang. itu doa saya 15 tahun yang dulu. alhamdulillah, saya bersyukur sangat, doa 15 tahun yang dulu memang melindungi saya sampai kini.

saya ni manusia biasa, pernah jugalah bercinta. Mungkin Allah nak uji saya, orang yg pertama hadir menguji hati saya ialah seseorang lelaki yg hampir mengajak saya ke arah zina. Ya Allah… andai saya tak pernah berdoa suatu masa dulu, mungkin senang-senang je saya jatuh dan kalah dengan nafsu. Jadi, sisters… doalah… doa agar Allah jagakan kita. doa agar Allah jaga hati kita dari tipu daya dunia, dari tipu daya hawa nafsu.

Antara sebab lain yang menguatkan jiwa saya ialah, mak saya. Mak saya bekerja dikalangan askar2 tapi mak saya bukanlah seorang askar. Masa saya bersekolah menengah, mak saya ada bercerita tentang beberapa askar yang gatal yg cuba menggoda mak saya, mengajak mak saya buat perkara terlarang; tapi mak saya dengan tegas menjaga kehormatannya sebagai isteri, dan ingat mengenai kami adik-beradik. Mak saya sangat banyak beri nasihat jangan itu jangan ini dengan mana-mana lelaki, hatta dengan ayah sendiri.

Antara sebab lain yg buat saya kuat dalam melawan tipu daya nafsu/ cinta yg menipu adalah kerana contoh yang baik dari mak saya. Dan saya juga nak jadi contoh yang baik untuk adik2 perempuan saya InsyaaAllah. Semoga Allah tunaikan salah satu impian saya ini.

Next, is about ikhtilat. Saya ni dari sekolah harian biasa je. Jadi ramai kawan2 saya adalah dikalangan lelaki dan perempuan. Masa sekolah kan, manalah belajar pasal ikhilat ni. Saya kenal istilah ikhtilat ni dekat uia. uia lah tempat yg sangat banyak mendidik saya dalam menjaga ikhtilat. Kalau dulu masa sekolah, masa mula-mula masuk uia, tak ada rasa malu sangat nak berborak sesama lelaki suka suka hati. Tapi alhamdulillah, sebelum saya grad, saya berjaya faham konsep ikhtilat dan amalkannya. Memang sangat membantu saya dalam menjaga diri sendiri dari yg tak sepatutnya.

Cuba kita fikir2… Kalau kita tak jaga maruah diri kita, macam mana anak2 kita pula nanti? kalau diikutkan artikel-artikel yg saya dah baca, bila sekali kita dah terjerumus, bakal anak2 kita ada potensi yg besar untuk mengulangi perkara yang sama. fikirlah beribu kali sebelum terjebak. ingat Allah, ingat mak ayah. ingat kisah nabi kita. lelaki yang baik takkan sesekali menyentuh wanita yg tidak sepatutnya.

– sis f.

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *