Salam, pertama sekali saya nak bagitau saya bukan pelajar IIUM. Tapi rasanya page ni je yang paling best nak share confession. Ni cerita berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Bermula lah al kisah cerita ini ketika aku sedang menaiki train on the way ke satu tempat dengan member. Dalam train tu memang aku pum-pang-pum-pang sembang dengan member. Time tengah syok borak tu rupanya ada seorang pakcik ni sedang memerhati kami. Pak cik tu pun tegur kami, “anak nak pergi mana ni?”. Aku pun jawab, “nak pergi ******* ada urusan sikit kat situ”. Dari gaya pakcik berkopiah ni nampak macam datang dari jauh, bawak banyak barang dan pegang tongkat orang sakit kak. kesian aku tengoki. Aku pun tegur la pakcik tu, “pakcik dari mana ni?” dia balas dia kata dia dari Johor, datang KL sebab nak buat rawatan kat hospital. Dia tanya aku belajar ke kerja dah ni? aku pun cakap “berlajar lagi”. “belajar apa?” pakcik tu tanya. aku pun kata belajar dalam jurusan penerbangan (tak boleh cakap specific, bahaya haha). “oh, pilot ke?” tanya pakcik tu. “eh bukan pakcik” aku gelak malu. “anak ni dah handsome dah, rupa pun ada, nampak sesuai jadi pilot”. time tu aku punya kembang takyah cakap la hahaha. tapi memang aku ada pasang niat nak jadi pilot satu hari nanti kalau ada rezeki. “anak ni tinggal dengan keluarga ke?”, aku jawab “aah, tinggal dengan mak”. pakcik tu cakap, “untung anak ni masih ada mak”. syahdu hati ni bila pakcik tu cakap macam ni. aku diam sambil senyum. pakcik tu cakap “doa ibu ni bagus, lebih bagus dari doa 11 malaikat” (aku tak pasti kesahihan benda ni tapi pernah juga try search kat google tak jumpa pula). kalau ibu tadah berdoa, Allah akan makbulkan doa ibu sebab doa ibu ni sangat hebat”. pakcik tu nasihat kan “anak jaga lah ibu bapa kalau masih ada, rezeki kamu takkan putus. pahala pun berlipat ganda”. aku hanya mampu senyum. aku tanya pakcik tu “pakcik turun KL sorang2 ni macam mana?”. dia cakap dia naik bas pagi, pastu lepas checkup tadi sekarang dia on the way nak pegi stesen bas nak balik JB. aku tanya anak pakcik mana? dia kata anak dia belajar kat Jordan. dalam hati aku bagus pakcik ni, mungkin anak dia belajar pasal agama kat sana. pastu bila train tu pun berhenti kat stesen aku nak turun. aku salam pakcik tu minta diri. sambil aku berjalan, aku terfikir pasal benda yang pakcik tu cakap. sedikit sebanyak betul juga apa yang pakcik tu sampaikan. sebenarnya banyak lagi pakcik tu sembang pasal ibubapa dengan kami, tapi kalau nak tulis semua payah la so aku cerita important part je la. haha. oh by the way, benda ni berlaku berbulan lepas. baru terfikir nak tulis hari ni
Sekarang ni aku ada persoalan terhadap anak-anak yang dah besar panjang seabad dengan aku. bila kali terakhir kau salam cium tangan mak bapak korang? paling busuk pun rasanya time raya, betul tak? (aku tak maksudkan semua orang, jangan kecam pula nanti). bila pula last time korang cakap “i love you” dekat parents korang? pernah tak korang terfikir bertapa mudahnya nak cakap i love you dekat boyfriend girlfriend berbanding dengan nak cakap benda ni kat parents masing-masing? perasaan segan tu mesti ada kan? bayangkan kalau hari ini ditakdirkan untuk Allah tarik nyawa mereka, bertapa kesal nya korang sebab tak sempat nak buat benda-benda macam ni, pasti benda ni akan menghantui kamu semua nanti. saran saya ialah, kurang kan ego dalam diri masing-masing. ibu bapa tu yang jaga kau masa kecik, takda nak malu-malu nya tetibe nak cakap saya sayang mak, saya sayang bapak kat dorang, cium tangan dorang. pesan aku, buatlah sekarang sebelum terlambat.
akhir kata, aku pun sekarang ni dalam proses pemilihan nak jadi pilot. baru selesai interview haritu. masih dalam proses nak tunggu result. di sini aku nak minta jasa baik korang untuk mendoakan aku supaya berjaya dapat kerjaya ini. insyaAllah kalau ada rezeki dapat lah aku jadi pilot.
– John Cena Ramlah Ram
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit