Saya harap admin dapat muat naik sedikit sebanyak cerita ttg pengalaman hidup saya ini sebagai pengajaran kepada pembaca di luar sana.
Aku terpanggil untuk menulis di sini setelah terkesan dengan beberapa confession sebelum ini.Aku ambil kata-kata semangat daripada komen-komen oleh pembaca.
(aku lagi suka menulis dalam gaya semua orang faham)
Aku tak deny masa kecil ibu aku antara orang paling kuat dan tabah yang aku pernah jumpa.Boleh hidup tanpa ayah (meninggal dunia) dan membesarkan kami adik beradik.Aku percaya doa ibu yang buat aku berjaya dari zaman sekolah rendah sampailah masuk universiti.
Kalau orang lain semakin hari semakin berjaya,tetapi aku terbalik.Daripada keputusan 5A,8A,9A dan pointer 3.5 ke atas.Akhirnya pada tahun ketiga keputusan jatuh merudum sampai dibuang universiti.Ok fine.Aku tukar universiti,pun benda sama masih berlaku.
Aku tak ada masalah belajar,tapi aku ada masalah dengan ber'Tuhan'.Benda ini bukan dibuat-buat atau sbb frust dan sebagainya.Ini masalah aku ada dari kecil sebenarnya.Aku selalu confuse siapalah Tuhan sebenarnya.Setiap benda baik yang aku dapat,contohnya result exam aku tak pernah anggap itu daripada Tuhan.Keluarga?
Keluarga aku dari kampung,jadi suasana kampung yang islaminya indah pastilah sedikit sebanyak mempengaruhi sesebuah keluarga.So,keluarga boleh dikatakan penuh islamik surrounding dan adat melayu.Somehow,deep inside aku dah rebel dari kecil cuma tak obvious.
Nak dijadikan cerita,aku ambil keputusan utk rotate gaya hidup aku 360.Dadah,biseksual,atheis itu benda biasa.
Sampai lah sekarang umur aku dah menginjak masuk 26 tahun,Tuhan (agaknya) dah mula tunjuk sedikit demi sedikit akibat dari sifat menentang aku.
Kena buang kerja,homeless,buang family.
Saoalannya apa aku patut buat sekarang dengan hidup aku?Ada jalan kembali ke arah yang betul atau tidak? Sebab aku dah jauhhhhhh sangat dari norma hidup manusia biasa.
Terima kasih.
– Pengembara Hidup