Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah ini. Diharap apa yang aku bakal coretkan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua.
Hari raya tahun ini lain daripada tahun-tahun sebelumnya. Aku dah 4 tahun kahwin. Tapi tahun inilah hari raya yang paling *tenang* terutama buat suami aku.
Aku tahu suami aku lega sebab doanya dimakbulkan. Dia dah berbulan-bulan bergaduh dengan bapanya. Ini bukan kali pertama mereka bertengkar, tapi kami berharap situasi ini takkan berlaku lagi selepas ini.
Suami aku anak sulung. Maknya meninggal dunia beberapa bulan sebelum kami bernikah kerana kanser. Dia jaga maknya bersungguh-sungguh termasuk membersihkan luka pembedahan dan menukar lampin bila perlu. Tak pernah missed lawat maknya di hospital, walaupun waktu lunch hour didia berulang-alik dari office ke hospital. Memang anak yang baik!
Sayangnya kebaikan yang dia ada disalah gunakan oleh bapanya. 2 tahun sebelum kami kahwin, bapanya ajak dia kerja di cyber cafe. Kononnya cyber cafe tu bisnes kongsi dengan bekas pekerja bapa suami aku (perempuan bernama Z). Tapi disebabkan bapanya dah kena *blacklist* maka nama suami turut digunakan dalam bisnes tersebut.
Suami aku memang niat nak tolong bapa dia dalam bisnes tu. Hari-hari lepas balik kerja pukul 6, lepas Maghrib terus gerak ke Cyber cafe dan bekerja sampai pukul 1 pagi. Niat dia nak tolong bapanya bayar duit rumah dan dalam masa yang nak kumpul duit untuk kami kahwin. Tapi dalam masa yang sama, bapa suami suruh rahsiakan bisnes tersebut daripada pengetahuan maknya sebab takut mak salah faham dengan bisnes partner – Z.
Dalam tempoh dua tahun cyber cafe dibuka, macam-macam bisnes lain bapa suami buat. Dia memang sangat gopoh dan berani buat pinjaman termasuk dengan SME sebanyak 50 ribu dan menyewa blok sebelah kedai sebab nak tambah PC. Dia juga beli kereta syarikat *kononnya* untuk elak bayar tax.
Suami beberapa kali cuba membantah keputusan bapa dia tapi disebabkan bapa dia ni keras kepala, tak boleh terima pendapat orang lain, dia dilekehkan dengan ayat – "kau mana reti berniaga".
Dipendekkan cerita, hujung tahun 2011 tiba-tiba cyber cafe tutup. Suami aku asalnya terkejut sebab bapa dia tak beritahu sebab utama cafe tu ditutup. Bila jumpa dengan pekerja part time baru tahu yang bil elektrik cyber cafe banyak tak bayar. Sewa kedai lebih 5 bulan tak bayar dan yang paling tak faham, bil Internet pun tak bayar! Macam mana bisnes nak jalan?
Bila keadaan makin meruncing, bapa suami suruh dia buat pinjaman sana sini untuk bayar balik hutang-hutang supaya bisnes cyber cafe dapat diteruskan. Elok je aku guna duit saving kahwin bayar habis duit motor, bapa dia suruh gadaikan balik (untuk kali keempat!) Bonus suami lepas kerja 3 tahun dekat 3k yang kami nak guna untuk duit kahwin pun terpaksa dilaburkan. Suami juga disuruh pinjam duit kawan-kawan dan hampir pinjam dengan bos tempat kerja 5 ribu, tapi suami tipu bapa dia kata bos tak kasi. Huhu.
Walaupun dah habiskan dekat 8 ribu, bisnes masih tak mampu survive. Ditambah masa tu penyakit maknya semakin kritikal dan akhirnya dia meninggal dunia bulan April 2012.
Selepas kami bernikah, suami ikut berpindah KL dengan aku. Gaji suami aku awal-awal tak banyak tapi dia masih tolong bayarkan kereta keluarga yang digunakan untuk hantar adik dia sekolah dan seorang lagi belajar di kolej. Kadang-kadang kalau ada duit lebih memang suami akan hulur sebab lepas cyber cafe tutup, bapa dia masih takde income tetap. Pelbagai bisnes dia buat tapi kebanyakan hanya bertahan beberapa bulan saja.
Banyak kali juga dalam tempoh perkahwinan kami bapa dia cuba pujuk suami tolong dia untuk buat macam-macam. Pernah dia suruh suami belikan motor untuk adik ipar untuk guna pergi kolej. Konon nak bayar separuh dengan elaun adik ipar. Tapi lepas bincang dengan aku, suami tangguhkan permintaan tersebut sebab tahu mereka tak mampu. Kad bank dan Duit elaun adik ipar sebenarnya dipegang oleh bapa mereka, sampai adik ipar hanya dapat belanja rm50 dan terpaksa makan lauk ikan bilis goreng sebab duit tak cukup.
Selain tu, bila bapa suami tak dapat duit daripada suami dia akan mengamuk dan maki-maki dalam telefon. Tak bagi duit top up pun, dia paksa suami balik kampung sebab dia kata bila kahwin kami hidup lagi susah. Sebenarnya kami taklah susah sangat. Cuma suami terpaksa berhati-hati dengan permintaan bapa dia, takut perkara lama berulang lagi.
Tahun lepas tiba-tiba kami dapat pengkhabaran yang tak baik. Adik ipar telefon sampaikan berita. Ingatkan dia yang nak kahwin, rupa-rupanya bapa mereka. Menangis adik ipar sebab dia harap dia dapat kahwin dulu. Tapi bapa mereka yang takde duit, masih terumbang-ambing cari bisnes yang tak pernah jadi, berkahwin dengan bisnes partner – Z.
Aku awal-awal dah bagi amaran kepada suami yang Z tu berskandal dengan bapa dia. Tapi dia tak percaya. Walhal masa di cyber cafe, banyak kali dia nampak mereka duduk berdua di tingkat atas cafe. Suami memang benci perempuan tu sebab dia antara orang yang terbabit buat pinjaman sana-sini sampai bisnes lingkup.
Suami menentang perkahwinan mereka dan memang tak nak balik kampung kalau perempuan tu ada. Itu kali pertama suami gaduh dengan bapa dia berbulan-bulan. Mereka baik balik bila satu hari tiba-tiba terserempak di kubur arwah maknya.
Pergaduhan kali kedua terjadi bila satu malam tiba-tiba adik ipar menangis telefon abangnya pukul 12 tengah malam. Dalam masa yang sama bapa mereka maki-maki dengan panggilan anjing, b*b* terhadap suami aku. Suami aku *blur* kenapa tiba-tiba bapa dia mengamuk macam orang gila. Rupa-rupanya sebab adik ipar tak nak bagi *nama* untuk digunakan pada bisnes baru bapa mereka.
Sejak hal bisnes lingkup, suami aku memang dah bagi amaran kepada adiknya, jangan sesekali bagi nama kalau bapa mereka nak buat bisnes baru. Sebab pengalaman suami kena telefon lawyer minta lunaskan bayaran dan hutang yang perlu dibayar bertahun-tahun, dia tak nak adiknya kena hadap perkara yang sama.
Tapi bapa mereka kecil hati sebab dia rasa anak-anak dah tak percayakan dia lagi. Dalam umur lebih 50 tahun sebenarnya dia dah tak mampu nak mulakan bisnes baru. Kawan-kawan dia ramai yang dah lari sama ada sebab berhutang dengannya atau dia yang berhutang dengan mereka. Ditambah dia ada isteri baru untuk diberi nafkah dan semestinya dia tak mampu.
Beberapa bulan suami bergaduh lagi dengan bapanya sampai adik dia bertunang pun dia tak balik. Dia sedih sebab bapa mereka tak pernah nak berubah. Masih pentingkan diri sendiri dan sama-sama ego untuk minta maaf.
Hinggalah malam raya lepas, tiba-tiba moyang suami sebelah mak meninggal dunia. Kami tergesa-gesa balik dan nak tak nak suami terserempak dengan bapanya. Mereka langsung berpelukan bila jenazah moyang sedang diuruskan.
Esoknya hari raya alhamdulillah mereka dapat beraya bersama. Bapa suami seronok dapat bermain dengan cucu-cucu, ambil gambar keluarga dan semestinya tanpa kehadiran Z. (kalau ada mungkin jadi lain.)
Suami aku pun bijak tak berbual hal-hal sensitif dengan bapanya. Sedaya upaya dia elak berborak hal-hal yang dah lepas. Mereka hanya borak-borak kosong tentang keletah anak-anak kami. Rasanya itulah jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan. Huhu.
Aku tahu suami aku lega sangat doanya dah dimakbulkan. Rasanya sepanjang Ramadan lepas dia banyak kali menangis sebab rindukan keluarga dan tak putus-putus berdoa hubungan mereka kembali ok dan alhamdulillah, doanya dimakbulkan Allah.
-Mdm D
– Madam D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Panjang nau. X larat nk baca
Laki dia bergaduh ngan bapaknya sebab bapaknya menghabiskan duit. Sekarang dah baik.
X nmpk point yg membina. Huhu. Mungkin sbb baca first n last perenggan je kot.
bapa mcm tu memang kena hati2..buat baik berpada2..buat jahat jgn sekali..nk tlg sekadarnya shja..boleh berkorban tp jgn smpai trkorban dgn sia2
A