Doakan Aku

Nama aku Rara. Dah 1 tahun 6 bulan dah aku kerja kat company sekarang. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah, aku happy dengan kerja aku sekarang walaupun company aku kerja takdelah besar mana tapi in term of benefit dan salary memang berbaloi. Tapi masalah yang aku hadapi kat tempat kerja sekarang ialah kerja aku sekarang boleh dikatakan takde career development. Actually office aku ni Hong Kong company yang specialized dalam payment gateway industries in which they create their own software and sell to others. Jawatan aku dalam office ni ialah payment operation executive.

Sejujurnya aku suka kerja aku sekarang sebab tak stress, kerja pun tak pernah bawak ke rumah, colleagues yang memahami dan management yang okay. Tipulah cakap takde masalah langsung cuma minor problem jelah. Tapi yang buat aku takut ialah masa depan aku. CAREER DEVELOPMENT. Mostly kawan aku cakap kerja aku takde career development which is susah untuk aku cari kerja baru dan aku mengaku jugak kot pasal benda ni sebab aku takde belajar apa apa software macam SAP ke ORACLE ke ( p/s: aku graduan accounting).

Sebab operation office aku pakai software sendiri yang aku sendiri tak tahu apa effect dia kat career development aku. Aku banyak apply job sebab sampai bila aku nak stay di comfort zone tapi satu pun tak sangkut. And yang paling terkilan salah satu sebab diorang tak berani nak accept aku sebab current gaji aku sekarang. So, most company assume aku expect nak lebih pada tu. Gaji aku kerja sekarang termasuk benefit bersih dalam RM3,700++ which is quite a lot for my first job. Tapi setiap kali aku pergi interview aku hanya minta 2.8k sebab aku nak sangat ada career development tapi aku still tak dapat atas alasan gaji aku sekarang dan experience aku. Mungkin orang cakap aku patut minta rendah lagi tapi aku stay kl sorang sorang jauh dari family aku dan aku anak sulung dari 9 beradik , so komitmen aku tinggi.

Mula mula aku tak kisah pasal benda ni sebab for me duit lagi penting tapi lama kelamaan aku start pressure bila fikir masa depan aku dan member member yang start advise aku suruh cari proper job. Pressure ni buat aku rasa low self esteem, malas nak jumpa kawan, suka sorang sorang sebab aku start bandingkan diri aku dengan orang lain yang career development power power, ada masa depan cerah tapi aku tak nampak masa depan aku. Tapi aku tahu aku tak boleh layan perasaan ni sebab banyak lagi benda yang aku kena fikir. So, aku start cari part time job and Alhamdulillah aku dapat job as admin assistant kat satu associate ni yang handle professional event.

Sebenarnya, kawan aku yang recommend aku kat mak dia sebab mak dia perlukan pekerja part time untuk buat admin work. Sekarang dah tiga bulan aku kerja part time dan banyak yang aku belajar dari bos aku. Tipulah aku cakap tak penat buat dua kerja tapi aku tahu aku tak boleh mengalah hanya kerana aku tak dapat kerja yang boleh menjamin masa depan aku lagi. Apa yang aku harapkan sekarang ni supaya aku dapat pengalaman yang boleh bantu aku cari kerja baru. Aku harap korang doakanlah aku dapat kerja baru supaya apa yang aku buat ni tak sia sia dan sorrylah kalau penulisan aku ni susah nak faham, sebab dah lama tak buat karangan.

Akhir sekali, kalau ada yang nak bagi kata kata semangat dan kritikan yang membina, dipersilakan. Nanti aku baca sebab aku memang perlukan semangat untuk terus kuat dan positive untuk hadapi semua ni. Thanks sebab baca :)

– Rara

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *