Assalammualaikum. Cerita yang aku nak kongsikan adalah apa yang aku lalui sepanjang bulan Ramadhan dan selepas bulan Ramadhan tahun ni.
Aku nak cerita ni bukan nak riak atau bangga, tapi aku nak kongsi betapa manisnya apa yang aku lalui, dan aku berharap sangat-sangat korang pun dapat rasa apa yang aku lalui, aku fikir benda baik yang boleh dijadikan ikutan untuk kebaikan apa salahnya dikongsikan. Lagipun korang bukan dapat kesan pun siapa yang confess ni. Haha
Selama ni aku dengar je kat corong2 radio, kat kaca TV plasma dan media2 massa yang mengatakan nak tengok ibadah kita diterima atau tak semasa bulan Ramadhan tengok diri kita selepas habis bulan Ramadhan.
Sepanjang bulan Ramadhan hari tu aku bertekad nak beribadah sepenuh hati, seperti tak tinggal terawih, baca quran setiap kali lepas solat fardhu, qiamullail setiap malam, solat dhuha dan tak tidur lepas subuh. Sebelum bulan Ramadhan tu pun sebenarnya aku ada jugak qiamullail tapi selalu tinggal, kadang-kadang sebulan tak sampai lima kali aku qiamullail. Ada jugak niat aku nak istiqamah setiap hari tapi punya la susah nak merealisasikan niat aku tu. Tapi disepanjang bulan Ramadhan hari tu terlaksana jugak hasrat aku untuk qiamullail setiap malam sampai la ke 10 malam terakhir Alhamdulillah aku tak pernah miss satu malam pun. Lepas subuh pun aku tak tidur aku buat la apa yang patut, baca buku ke kemas rumah ke kemudian sambung solat dhuha. Dan sampai la ke malam raya pertama aku qiamullail dan seterusnya sampai sekarang aku tak pernah miss. Kadang-kadang kunci jam pukul 4 pagi untuk bangun qiamullail tapi lepas off kan alarm aku tidur balik, nasib terbangun semula pukul 5 pagi, memang rasa malas ya amat nak bangun tapi rasa bersalahnya lagi ya amat kalau termiss satu malam pun. Walau tidur lewat dan penat macam pun malam tu tetap aku akan bangun untuk qiamullail. Alhamdulillah sampai la hari ni aku terus istiqamah.
Betapa manis dan puas hatinya aku rasa bila tak pernah miss qiamullail. Dan doa aku untuk dapat kerja yang best pun dah termakbul. Korang doa kan la ye supaya aku istiqamah. Korang pun jom la buat sekali walaupun bukan dalam bulan Ramadhan kalau hati korang lebih sado dari aku korang buat setiap hari dengan ikhlas selama 30 hari pun insyaAllah korang akan terbiasa dan rasa bersalah ya amat kalau tertinggal walau satu malam pun.
Dan serius aku cakap aku rindu sangat-sangat rasa manisnya beribadah disepanjang bulan Ramadhan hari tu. Seumur hidup aku, aku tak pernah kecapi keindahan berada dibulan Ramadhan macam tahun ni. Rasa nak setiap bulan pun bulan Ramadhan.
-hati yang tenang
– Intan
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit