Doktor dan Solat

Assalamualaikum semua. Perkenalkan aku seorang doktor di timur tanah air. Sudahpun melepasi tahap housemanship (doktor pelatih) lebih kurang dua tahun lalu. Terdetik nak share pengalaman bila terbaca confessions seorang doktor pelatih tentang solat bertajuk ‘AKU JAUH DARINYA’ (https://iiumc.com/aku-jauh-daripadanya/).

Sebagai doktor pelatih (house officer –HO) memang tak nafikan, masa untuk solat sangat semput. Berkejar2 ke sana-sini kerja memang takkan habis. Tapi solat mesti diutamakan. Sepanjang houseman aku sendiri pernah tinggal solat beberapa kali (darurat) dan memang kebiasaan solat takkan pada awal waktu. Ya , memang kita sedia maklum kerja doktor ni kadang ade je waktu tak sempat solat sebab masa nak pergi solat tu lah tetiba patient collapse, nak beranak, fetal distress, bleeding dalam operation dan banyak lagi benda yang kita kena utamakan nyawa mereka. Dan kena pulak kes macam ni pulak datang serentak pada waktu solat yang pendek macam maghrib dan subuh kan?

Apapun kalau dalam keadaan darurat begini solat yang tertinggal ni mesti qadha. Kerja doktor memang begini especially bila kita berkhidmat di hospital kerajaan. Kerja memang penat bila terpaksa bekerja 6 hari seminggu berbekal satu hari off. Kadang ada yang keluar sebelum subuh dan balik lewat malam dan ade yang balik pukul 1 -2 pagi especially bila tagging kan? Patient sentiasa ramai dan kerja seakan tak pernah nak habis. Say Big No to tidur dulu bila balik rumah lewat malam. Penat macam mana pon balik kerja mesti solat dulu sebelum tidur. Housemanship aku di tempat yang agak busy, tapi aku belajar beberapa tips masa houseman iaitu :

1-Doa

Doa banyak2 agar Allah luangkan masa utk bagi kita solat, InsyaALLAH akan ada masa utk kita solat. Masa adalah makhluk Allah, perlu kita berdoa agar Allah tundukkan masa agar kita dapat solat. Dan bila aku amalkan ini memang mujarab. Seolah2 Allah bagi masa utk kita solat. Bukan hanya berdoa pada Allah agar diberi masa utk solat, tapi aku berdoa pada Allah agar Allah bagi masa pada aku untuk berikan masa agar dpt luangkan baca Al –Kahfi setiap jumaat masa housemanship dan Allah tetap bagi masa utk aku baca al kahfi walaupon kadang sibuk. Bila ada masa je jgn bertangguh, bagitahu kawan kita nak solat. Solat tak perlu kat surau, kadang dulu aku solat di ward yg sama. Tumpang solat di bilik misi letak beg. Solat tu yang penting kita dpt melaksanakan pada waktunya, bukan hanya di surau.

2-Peranan MO (Medical officer)

Kita para MO tetap boleh bantu sedikit sebanyak untuk para HO sekalian menunaikan kewajipan seorang muslim. Aku ceritakan pengalaman masa housemanship, seriously aku sgt suka akan MO yg ambil berat tentang solat para HO. Ade MO yang mengingatkan tentang solat para HO dan bagi masa utk ktrg solat. Sebelum round ade MO akan bagi wassap dalam grup, suruh HO solat siap2 sebelum dia dtg round(walaupun bukan sentiasa). Kadang sempat solat dulu kadang tak sempat solat sebelum round. Ade yang jenis bila tahu aku tak sempat solat lagi sebab sibuk sangat2, cepat2 bagi masa aku untuk solat kejap.

Tapi as HO, memang aku ingat MO yang mcm ni dan sampai hari ni aku doakan utk kebaikan diorang. Aku bawa nama diorang dalam doa, yang single aku doakan dia kawen dan yang sambung belajar aku doakan diorang lepas exam. Ade antaranya yg aku doakan dengar khabarnya dah kawen dan sedang pregnant pon, ade jugak yang sedang sambung pakar. Kadang certain HO tak kisah sgt dapat makan ke tak, tapi ade yang sangat2 kisah sempat solat ke tak. Aku taw kerja MO pon busy tapi kita sama2 bantu takat mana yang boleh. Bukan bermakna jadi Mo sentiasa boleh sembahyang awal waktu sentiasa dan tak busy langsung, tapi waktu kritikal dia kurang sikit berbanding mujahadah nak solat masa HO.

3-Peranan kawan

Kawan2 sesama houseman perlu saling bantu membantu. Best kan bila kita dalam satu group yang suka tolong menolong. Kawan2 macam ni lah yang akan jadi selamanya rapat even korang dah jadi MO dan dicampak merata2, kenangan manis tu sentiasa ada. Sepanjang housemanship sgt bersyukur dapat kawan yang sgt membantu. Kawan yang akan cover kerja korang kejap sementara korang pergi solat atau makan. Kalau kawan kau mntak tolong cover sebab dia memang terkejar2 nak solat sebelum habis waktu, cubalah tolong takat mampu dan janganlah berkira. Dan kita yang pergi solat janganlah ambil kesempatan solat+ rehat lama2 pulak. Jangan ‘lipak’ kawan2 okay!

4-Hospital mesra ibadah

Environment ni tak dituju kepada pesakit sahaja, tetapi merangkumi juga untuk semua staff. Bila ramai staff yang sedar akan perkara ni, sedikit sebanyak suasana ni dpt membantu kita senang untuk solat. Contoh di hospital aku dulu, ramai surgeon sangat menitikberatkan solat. Contoh kalau kes operation yang panjang tapi takde complication dan surgeon yang masuk ade beberapa orang so diorang akan ambik shift utk bertukar2 pergi solat. Tapi ni biasa utk assistant surgeon je la, yg main surgeon biasa kena bertahan sikit. Dan even houseman macam aku pernah disuruh keluar utk solat dan lepas tu masuk balik utk assist dia lagi. Thank you, thank you, thank you.

So, point di atas semua adalah utk semua lapisan staff kesihatan dan masyarakat. Semua ade peranan dan boleh bagi saham akhirat utk mencipta satu environment yang baik. Buat semua houseman di luar sana, ambillah peluang belajar sebanyak yang mungkin semasa dalam waktu housemanship. Jangan manja. Bila jadi Mo nanti percayalah tanggungjawab lagi berat dan beban lagi besar sebenarnya. Nanti bila jadi Mo baru kita faham perasaan jadi seorang Mo. Banyak benda yang kita perlu tanggungjawab dan kadang2 rasa kecewa dengan diri sendiri bila banyak benda masih tak tahu.

Masa houseman walaupon sibuk tetap ceria bila ade kawan sekeliling yg sgt membantu. Segala kenangan pahit manis masa houseman akan kita rindu bila dah jadi MO. Doakan yang baik2 utk semua yang pernah berbuat baik pada kita sama ada MO, nurse, specialist atau sesiapa sahaja. Maaf jika ade terkasar bahasa dan terkhilaf. Moga bermanfaat buat semua.

– TIA

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *