Doktor yang sibuk – 10:18 PM

Doktor yang sibuk

Salam semua, saya merupakan doktor di hospital kerajaan, official doctor..bukan ho. alhamdulillah saya dah 1 tahun setengah dah kerja sebagai doktor disini. Saya ada sukakan seseorang, dia student uia. :)

Akan tetapi nasib tak menyebelahi saya, sebab saya terlalu sibuk mencari rezeki. Saya ada 5 orang adik beradik, adik saya yang bongsu belajar di Jordan ambil perubatan, saya anak ketiga dan merupakan anak lelaki kedua. Saya kerja untuk cari rezeki, jadi doktor hospital kerajaan mana ada boleh jadi kaya lainlah "specialist". Ibu bapa saya dah diambil ilahi tahun lepas, itu yang membuatkan komitmen saya semakin bertambah.

Tanggapan orang doktor tak ada life, inilah life kami. Kenapa suka judge doktor ini membosankan? Kamu sakit cari doktor juga, bukan ini yang saya nak bangkitkan. Sebenarnya disebabkan kesibukan saya sebagai doktor, kekasih saya tinggalkan saya. Wahai wanita, kamu nak lelaki bagaimana ye untuk menjaga kamu? Saya mempunyai komitmen dengan keluarga saya. Hampir separuh dari gaji saya untuk adik dan hal rumah.

Saya sedikit kecewa dengan wanita yang nak lelaki teman 24/7. Saya tak mampu begitu, saya ada komitmen. Saya sangat sayangkan dia tapi dia perlukan lelaki yang sentiasa dengan dia 24/7. Apakan daya, saya cari rezeki untuk hidup kami akan datang. Mana ada jadi doktor terus kaya, jadi doktor mana kaya.. Kalau nak kaya jadi orang bisnes la. :)

Hargailah orang yang bekerja kuat untuk hidupnya dan hidupmu. Kamu tak tahu bagaimana penat mental dan fizikal orang tu, sebenarnya hidup ini kena ikhlas dalam segalanya termasuk mencintai seseorang, kalau setakat nak kawin cepat tapi tak faham akan hidup orang tu tak guna juga. Semoga ada pengajaran.

– Pemuda Perubatan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *