Assalamualaikum.
Thanks admin approve post ni. First of all harap-harap tak kena kecam la kan sebabkan aku kesian kat Afifah Nasir ni . Pada awalnya aku terkejut bila keluar berita AA curang and mengasari wife dia. Bila baca berita online, blog dan seumpamanya aku pada mulanya rasa ”what the hell, bini tengah berpantang ko boleh pegi karoke dengan perempuan lain?” Dalam hal ni aku tak menyebelahi mana-mana pihak sebab bagi aku dua-dua salah. Tapi apa yang aku lebih terkilan bukan pasal AA dan AF tapi lebih kepada cara netizen komen di ruangan post fb,ig dan twitter. Sangat jelas rakyat Malaysia kita masih mempunyai mentaliti kelas ketiga. (jangan kecam aku plak lepasni,baca dulu bawah)
Cuba bayangkan aku baca post-post di fb, twitter dan ig netizen almost 99% yang mencaci maki si Pipah dan Alip ni. Dari komen-komen tersebut banyak yang menghina serta maki mencarut semua ada. I dont mind if rakyat Malaysia nak marah sokong Bella sebab sapeeee je tak marah bila laki pergi karoke dengan perempuan lain kan? It just, pernah tak kita fikir cara kita komen maki mencarut tu semua sebenarnya menunjukkan manners dan taraf mentaliti sebagai Malaysian? If nak marah sekalipun, you dont have to keluarkan kata-kata kesat and mencarut ‘sundal’ right? Apa hak kau nk panggil dia sundal? Apa hak kau nak panggil dia betina jalang? Apa hak kau nak hina dia?
After Alip mengadakan PC dengan Bella dan minta maaf ketika itu, everyone macam dah maafkan alip and bagi kata-kata nasihat. Senang-senang lupa what he did. Baguslah kan, but how about si Pipah ni? You guys still bash, maki mencarut. Bila you guys tak dapat komen di instagram si pipah, you guys attack instagram boyfriend and sisters dia. Im so sad. Why Malaysian macam ni?? (not all, I refer to netizen yang berkenaan sahaja) . Sekalipun orang tu salah, if si Pipah ni salah pun, why nak attack family dia? Nak tahu siapa ‘sick’ sebenarnya? You. You yang komen mencaci maki menyundal what so ever to her family dan his family. And what Anzalna komen yang jadi viral tu, aku pun tak agree Anzalna komen macamtu.
Last night aku tertengok Youtube, video PC si Pipah ni dan lepastu aku usha bahagian komen. YA TUHANNNNNN. Penuh dengan kata hinaan cacian kata si pipah ni tipu la, mintak maaf tak ikhlas la apa la. Bagi aku, PC si pipah ni okay je, dia pun dah mintak maaf sebab benarkan si alip tu pegang tangan dia and boyfriend dia pun tahu pasal karoke tu. So bagi aku tiada istilah curang disitu. Mungkin alip bertepuk sebelah tangan ? Plus, si pipah tu pun tak salahkan Bella ke apa sebab dia faham keadaan Bella. Well netizen semua, korang nak si pipah ni mintak maaf sampai melutut sujud pada korang ke baru korang puas hati? Cukup-cukup la tu buat dosa kering. Kalau pipah tu betul-betul salah pun tu dosa dia dengan Allah. Kita ni tak payah la nak buat dosa dengan si alip ngn si pipah ni. Itu kan hal mereka bertiga?
Cuba la kita ni rakyat Malaysia beradab sopan ketika komen dan jangan buat keputusan dengar sebelah pihak sahaja. Bagi aku, pipah pun ada point. Janganlah salahkan si pipah je. Kalau la korang betul pandai menilai video karoke tu, cuba korang tengok keadaan posisi si pipah dan si alif. Kalau la betul si pipah ni nak menggatal posisi dia sepatutnya berpegangan tangan di sisi alip. As in that video, si pipah berjalan belakang sedikit dari alip. Yes diaorang pegang tangan, and I never say it’s okay for pipah let alip pegang tangan dia. Cuma aku nak tekankan di sini posisi pipah dan alip tu sendiri menggambarkan diorang bukan pasangan romantik. Posisi pipah macam dalam keadaan terpaksa ikut alip. Wallahualam.
Ramai yang komen teruk-teruk dan terdetik jugalah dalam hati ”orang yang menghina pipah ni, orang tu kena mintak maaf dengan pipah sendiri. tapi pipah pun nak ke jumpa orang ni semua,ramai kot! larat ke dia baca dm satu satu kalau semua orang mintak maaf” haha
Aku pun bukan la kenal diorang,jumpa pun tak pernah dan aku tidak ada di tempat kejadian and I dont know what is really happening. But one thing I know, we dont have any right untuk hina si pipah sampai macamtu sekali. She could be right, she could be wrong.
For haters, kau dapat apa kalau caci maki afifah tu kat fb page dia? bukan dia pun upload gambar-gambar tu semua. Tu semua gambar lama and obviously bukan dia, just account fake. So pity you guys, haih semangat komen tapi salah page.
Sekadar pandangan.
– Bukan Kawan Pipah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit