Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita aku yang tak seberapa ini. Maaf jika penulisan aku agak sukar difahami atau ayat aku sedikit berterabur kerana aku kurang mahir berkarang.
Aku perkenalkan namaku sebagai Izzad (bukan nama sebenar), berumur 30 tahun. Aku seorang banker namun pertengahan Mac tahun ini aku telah dibuang kerja atas sebab2 tertentu. Pada awal tahun 2018, aku merancang untuk bertunang dengan teman wanitaku Wawa (bukan nama sebenar) tapi hubungan kami terputus ditengah jalan setelah setahun bercinta.
Aku sering melalukan istikarah dan mendapat petunjuk bahawa Wawa bukanlah jodoh aku. Sebulan selepas kami putus, Wawa telah bertunang dengan orang lain. Hati aku retak seribu apabila mendapat tahu berita ini daripada temanku. Namun, aku percaya Allah telah merancang yang terbaik buat aku dan aku redha.
Pada October 2018, aku mengambil keputusan untuk join salah satu website mencari jodoh kerana aku nekad untuk berkahwin. Akan tetapi, aku tidak menjumpai wanita idamanku sehinggalah pada Disember aku berkenalan dengan seorang gadis.
Orangnya cantik putih gebu menepati ideal type aku, namanya Alin (bukan nama sebenar), berumur 24 tahun dan masih lagi belajar di salah satu IPTA di Selangor. Aku menyatakan hasratku bahawa aku serius untuk mengenali dan mengahwininya. Hampir sebulan lebih kami berkenalan. Aku memberitahu Alin ingin bertemunya bersama ibu aku.
Dipendekkan cerita, pada Februari 2019 aku ke Selangor bersama ibu dan buat pertama kalinya kami akan bertemu. Aku decide untuk bertemu Alin dahulu sebelum membawanya bertemu dengan ibu kerana katanya Alin dia agak segan memandangkan ini pertemuan kami untuk kali pertama. Perwatakan Alin sangat sopan, lembut bicaranya dan dia agak cantik kalau nk dibandingkan dengan aku yang biasa2 ni.
Sepanjang kami berkenalan Alin tidak pernah menanyakan pekerjaan aku malah aku sendiri memberitahunya aku cuma bekerja sebagai seorang kerani pejabat. Aku pernah bertanya kepada Alin adakah dia tidak kesah jika aku bekerja sebagai kerani?
Alin berkata dia tidak kesah asalkan aku rajin bekerja. Daripada mata kasar, aku lihat Alin berasal dari keluarga yang agak berada kerana cara dan pemakaiannya namun bila aku bertanya Alin cuma berkata keluarga hanya biasa2 sahaja.
Pada hari pertama keluar bersamanya, Alin nekad untuk bayar makanan tengahari kami namun aku menolak. Pada keesokannya aku membawa Alin bertemu dengan ibu dan Alin merupakan perempuan pertama aku bawa berjumpa dengan ibu malah ibu aku juga menyukainya yang petah melayan dan pandai mengambil hati ibu.
Sebelum menghantar Alin pulang ke kolejnya, kami singgah untuk makan dan Alin membayar makan malam kami kerana katanya aku sudah bayar untuk lunch kami semalam. Aku agak segan sebenarnya kerana sepanjang aku dengan Wawa, aku lah yang selalu bayar makanan/tiket wayang kami setiap kali bertemu dan aku tidak lah kesah sangat.
Aku memberitahu ibu dan Alin bahawa aku akan meminangnya dalam masa terdekat. Seminggu kemudian aku pergi ke rumah Alin untuk bertemu kedua orang tuanya dan ternyata sangkaanku tepat keluarga Alin agak berada jika nak dibandingkan dengan aku yang berasal dari kampung sahaja.
Keluarganya sangat baik dan merendah diri. Keluarga Alin tidak bersetuju untuk kami berkahwin pada tahun ini kerana Alin masih lagi belajar dan mereka suruh aku meminangnya dahulu pada April dan berkahwin pada tahun depan sesudah Alin tamat belajar.
Tetapi perancangan aku tidak menjadi apabila aku telah dibuang kerja pada Mac. Aku menjadi buntu dan hilang arah tuju. Aku mengambil keputusan untuk tinggalkan Alin walaupon aku masih sayangkan dia. Aku menghilangkan diri selama 4 bulan lebih tanpa memberitahu Alin.
Sepanjang aku menghilangkan diri, Alin tidak pernah berhenti wassap bertanyakan kepada aku kenapa aku tiba2 menghilangkan diri atau aku ada masalah lain sehingga aku mengabaikannya. Alin tak pernah lupa bertanya khabar, pesan kepada aku jangan tinggal solat setiap hari. Namun aku tidak membalas kesemua wassapnya kerana aku tidak tahu apa perlu aku buat.
Aku tahu Alin sedih dengan perbuatan aku, aku pernah berjanji kepadanya untuk tidak meninggalkan dia seperti bekas kekasihnya yang lepas. Alin pernah bercerita kepada aku bahawa dia telah ditinggalkan oleh bekas kekasih 3 tahun lepas kerana dia telah dicurangi, semenjak itu Alin mengalami kemurungan dan terpaksa extend belajar.
2 minggu lepas aku mengambil keputusan untuk wassap Alin dan meminta maaf kepadanya bahawa aku tidak berniat untuk mempermainkan hatinya dan aku memberitahunya dia terlalu baik untuk aku, sejujurnya Alin lebih layak dengan orang yang jauh lebih baik daripada aku. Tapi aku tidak memberitahunya sebab aku menghilangkan diri.
Namun dia tidak membalas wassap aku. Aku tahu Alin terluka dan buat kali ke 2 dia telah dikecewakan lagi kerana aku tidak dapat memegang janji2 aku untuk mengahwininya. Beberapa hari kemudian Alin membalas wassap aku agak panjang, antara ayat yang buat aku terganggu sampai sekarang ialah,
“3 tahun saya tunggu kehadiran awak dan i thought you’re the one. Awak janji tak kan tinggalkan saya tapi awak mungkiri. Saya nak jawab apa dengan kawan2 saya semua dah kenal awak. Saya malu. Sakit yang 3 tahun lepas tak hilang lagi. Saya mungkin boleh maafkan awak tapi saya tak akan lupa apa yang orang buat dekat saya”. Sejujurnya aku menangis bila membaca wassap Alin dan aku terkelu.
Walaupon kami hanya berkenalan selama 3 bulan lebih, aku sangat sayangkan Alin. Aku decide untuk block Alin di FB kerana post2 sedih yang di share olehnya menganggu aku seolah2 ditujukan kepada aku. Tapi aku masih follow dia di Instagram dan tidak memblock nombornya di wassap.
Pada minggu lepas, aku ternampak post kawan Alin di FB bahawa Alin telah dimasukkan ke hospital kerana badannya lemah. Aku diberitahu oleh kawannya bahawa Alin sudah lama tidak makan kerana hilang selera makan. Adik Alin memberitahuku bahawa Alin selalu menangis setiap malam dan mengambil keputusan untuk extend belajar.
Alin perlukan waktu untuk pulih kerana emosinya terganggu. Aku lah punca Alin menjadi sedih dan sakit, aku menyesal kerana perlakukan Alin seperti ini walaupon aku tahu dia masih trauma kerana 3 tahun lepas.
Aku decide untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Alin tetapi dia telah deactivate FB dan Instagramnya, block aku di wassap. Aku cuba menghubunginya namun nombor aku juga diblock. Kawan Alin dan adiknya juga telah block aku di media social. Nombor ibu dan ayah Alin juga telah lama aku delete. Ibu aku memarahi dan membenci aku kerana perbuatan aku ini.
Aku buntu apa perlu aku lakukan? Hidup aku tak tenang teringatkan Alin. Aku masih lagi menganggur. Aku malu dengan diri aku dan berasa tidak layak untuk Alin apatah lagi dengan keadaan sekarang aku tidak mempunyai apa2 pekerjaan. Aku hampir putus asa. Berdosakah aku?
Sejujurnya aku masih berharap bahawa Alin adalah jodoh aku dan mungkin kami akan bertemu semula suatu hari nanti. Biarlah waktu menentukan segalanya. Doakan kami.
– Izzad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit