dosa sebelum kahwin
Salam semua. Aku kenal dengan pasangan aku dah dekat 6 tahun n hubungan kami mula serius sejak aku sem 5 n dalam tengah tahun ni aku habis belajar. Umur dia 27 n dah ada kerja tetap.memang rancang untuk berkahwin tapi tunggu aku habis study dlu. Tapi itu bukan isu nya. Isunya sekarang ni, pasangan aku tu selalu ajak aku buat ringan2. Pernah juga dia minta aku bagi dara aku sebelum kahwin tapi memang tak la aku nak bagi kan.Kalau keluar mesti dia cuba2 nak sentuh aku pegang tangan aku. Kadang2 aku elak n kadang2 aku biarkan saja. Bila dia call, selalu dia nak cakap benda yang berunsur seks. Aku selalu marah n cakap aku fed up dengan perangai dia macam tu sebab aku takut. Yela dosa sedia ada da banyak nak tambah dengan dosa maksiat. Tapi kadang2 aku rela je apa dia buat.arghhh berdosanya aku. Huhu. Aku lemah iman pon senipis sayap nyamuk.Tapi bila aku sedar, aku nasihat, dia cakap okay nak berubah tapi esoknya buat lagi. Malam tadi kemuncak aku marah dia n aku nasihat aku ada bgtau dia yg pasal laki baik utk perempuan baik n vice versa. Alih2 dia cakap aku perli dia n aku ni ustazah plak.
Jadi kat sini, aku nak minta pendapat semua apa yang perlu aku buat. Aku sayang sangat dekat dia n tapi aku tak nak sayang orang yang salah aku tak nak buang masa aku sebab aku pon bukannya budak2 lagi. Aku tau aku pon bukan baik sangat tapi cuma nak yang terbaik lepas kahwin nanti. Aku takut hilang keberkatan selepas kahwin. Istikharah n doa tu aku faham, aku perlukan juga nasihat dari semua. Tolong nasihat aku.
– flower horn