Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Sedikit pengenalan, aku Donut umur pertengahan 20-an. Merupakan anak bongsu perempuan dari dua beradik dan dibesarkan dalam keluarga sederhana.
Harap semua pembaca sihat dan dimudahkan semua urusan. Sebelum tu terima kasih admin kalau approve confession kali ni.
Tujuan aku coretkan kali ni aku nak minta pendapat atau pandangan dan kata-kata semangat dari pembaca semua. Maaf andai coretan ini panjang atau membosankan.
Aku ceritakan ringkas perihal ibu ayah aku dulu ya. Ayah aku berumur sekitar 80-an dan ibu aku sekitar 60-an. Ayah aku sudah terlantar selama 8 tahun kerana strok dan sakit jantung.
Ibu aku pula menghidap penyakit buah pinggang yang mana, ibu ayah aku memang bergantung penuh dengan aku sebab kakak atas aku dah berkeluarga sendiri dan ada tanggungjawab.
Masalah aku disini ialah baru2 ini aku telah direzekikan dapat kerja sebagai seorang penjawat awam. Sungguh kerja ini aku bercita-cita dari kecil lagi. 7 tahun aku belajar dalam bidang yang sama untuk mencapai cita2 tersebut dan alhamdulillah aku dapat.
Namun aku diberikan penempatan nun jauh dari negeri tempat tinggal aku. Perlu menaiki kapal terbang untuk ulang alik. Pesawat pula ada jadual dia bukan hari2 sebab aku dari negeri pantai timur.
Aku terpaksa menerima takdir ini dengan berat kerana ini rezeki dari Allah untuk aku. Namun dengan keadaan ibu ayah begitu macam mana aku mahu tinggal mereka. Tidak sanggup untuk aku bayangkan tambahan pula ayah selalu kena serangan jantung.
Walaupun dengan berat hati untuk meninggalkan mereka, ibu paksa juga aku pergi untuk lapor diri di negeri berkenaan.
Sampai sahaja aku di negeri berkenaan dan selesai lapor diri aku dapat panggilan ayah aku kritikal masuk icu sehari selepas aku pergi hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu itu.
Alhamdulillah haritu ada tiket untuk aku balik walau harga mencecah RM1k. Dan aku diberikan cuti seminggu oleh bos, aku bersyukur sangat dapat bos yang memahami.
Selepas 1 minggu keadaan ayah masih belum stabil dengan berat hati aku terpaksa pulang semula ke tempat kerja. Disini aku tak dapat fokus aku teringat ibu ayah di kampung. Aku tahu betapa susahnya ibu jika aku tiada bersama. Aku macam tak boleh nak terima keadaan ini.
Hidup aku sekarang dalam keadaan tertekan. Bukan aku tak bersyukur tetapi aku ada tanggungjawab. Aku dah rasa macam nak cederakan diri sebab terlalu tertekan.
Kadang2 aku terfikir untuk hantar surat berhenti dan buat kerja sendiri seperti sebelum ini. Aku dah tak sanggup nak hadap benda ni dan tak boleh nak fikir apa. Aku terlalu buntu dan tak ada jalan keluar.
Oh ya untuk pengetahuan kalian, sebelum aku datang sini aku ada buat rayuan untuk tukar penempatan tetapi tak ada apa2 tindakan.
Aku juga ada bincang dengan bos untuk cuti tanpa gaji atau penangguhan ke apa dia cakap memang tak ada pilihan sebab aku baru dapat penempatan.
Tolong aku wahai pembaca. Aku perlukan pendapat dan semangat dari kalian. Adakah aku perlu letak jawatan?
Aku rasa sungguh berdosa dan bersalah sebab membiarkan ibu ayah sendirian tanpa aku. Mana tanggungjawab aku sebagai seorang anak.
Yang buntu,
– Donut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam..berat sungguh dugaan tu..pandangan sya,dgn niat kerana Allah baliklah jaga org tua selagi diorg masih ada..insy rezki yg lebih baik akn ada dikemudian hari..yakin pada Allah..
Balik berbakti pada kedua org tua itu yg paling baik. Utusan rezeki drp Allah SWT jgn dikhuatirkan. In Shaa Allah akan ada rezeki yg baik yg akan dtg selepas ini. Yg paling penting ibubapa keutamaan kita
Senang jer ni, awak bawa org tua awak duduk sekali dgn awak, pujuk elok2 supaya org tua awak ikut tinggal sekali, citer masalah awak jika mereka berjauhan dgn awak apa akan terjadi, mohon pd Allah dgn keputusan yg terbaik utk keluarga dan masa depan awak,jgn pikir benda2 yg pelik2, kembalilah kpd Allah..selalu zikir, selawat dan berserah pdNya..solat jgn tinggal ya…jgn ambik keputusan terburu2…kembali kpdNya .tq