Hi semua. First time hantar confession dekat sini. Tak tau nak luah pada siapa sebab selalu terbaca dosa mengaibkan suami.
Tapi hati dan mental ni nak cari tempat untuk meluah je. Harap jangan kecam ye.
Saya ibu anak 5. Anak yang 2 atas sekolah rendah, tadika sorang dan 2 lagi twin yang masih susu dan berlampin.
“Masalah” mula bila ayah suami diagnos sakit berbahaya dan dia refuse untuk rawatan susulan.
Maka bermula la episod berulang alik ke kampung untuk “melawat” sebab jangkaan hayat tak lama.
Saya duduk di selatan dan PJJ dengan suami yang bekerja di KL. Hujung minggu suami akan balik.
Saya ni suri rumah tangga yang uruskan anak sorang diri. Family semua jauh, jadi sakit ke apa bawa anak ke klinik memang urus sendiri.
Bila ayah mentua sakit ni 3 kali dah balik kg tahun ni (pantai timur) yang perjalanan makan masa sampai 8 jam.
Tiap kali balik saya penat, sebab jadi menantu perempuan ni bukan boleh duduk saja-saja segan dan saya kesian pada mak mentua buat kerja rumah sorang.
Jadi saya tak dapat berehat sepanjang di kg. (mentua dan ipar duai semua baik alhamdulillah).
Saya ada suarakan pada suami penat tapi alasan dia risau nanti entah bila dapat jumpa lagi ayahnya.
Minggu ni suami tak balik jumpa saya tapi balik jumpa ayahnya. Maka saya sorang la yang bertungkus lumus jaga anak.
Siapa yang jadi suri rumah sepenuh masa tahu la penat macam mana.
Saya stress dan berkecil hati dengan suami. Sedangkan adik beradik lain ada 2 orang yang dekat dengan rumah mentua dan ada 2 orang yang duduk bersama.
Bukanlah saya tiada hati perut untuk memisahkan anak dan ayah tapi saya harapkan hujung untuk berehat walaupun tak boleh rehat mana pun.
Saya tak boleh nak luahkan pada sesiapa untuk menjaga nama baik suami.
Tiap kali solat saya doa semoga Allah lapangkan dada saya untuk terima keadaan ini. Tapi hati ni masih sakit.
Dosakah saya berkecil hati dengan suami?
– AZR (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Puan, sy fhm keadaan puan yg surirumah sepenuh masa. Yang merasai je tahu bagaimana. Cuma sy doakan puan diberi kemudahan, diubat segala duka lara dariNya, yang memegang hati/ membolak balik kan hati setiap manusia. Puan cerita yg ayah mertua tidak mahu meneruskan apa2 rawatan, jadi dlm tempoh ni, banyakkan bersabar puan, ingatlah, ujian ini akan berlalu. Berilah peluang sementara waktu yg ada ni pd suami puan, utk dia berbakti pd ayahnya semampunya. Tak salah kalau hnya dia sorg shj yg balik kg. naik flight lg cepat sampai memandang hnya dia seorang yg balik. Mgkin perhatian suami puan pd puan akan berkurang buat masa sekarang tp keadaan ini hanya sementara sahaja. Allah uji tnda Allah sayang pd puan sekeluarga.
1. Naik flight balik kampung. Suami sahaj balik, puan tak perlu ikut.
2. Puan ambil upah bibik untuk bantu urusan anak anak.
3. Adik beradik suami ambil upah bibik untuk jaga ayah. Adik beradik yang lain tolong pantau.