Drama
Aku ni bukan penggemar tengok tv. Cuma yang aku nak highlightkan ni pasal drama melayu yang bersepah kat tv tu. Tv3 contohnya, segala macam drama melayu lembik dia tayang.
Lembik mean.. lelaki perfect. Perempuan perfect..
Perfect mean.
Umur macam kita abis belajar ada company, jadi ceo, jadi pengarah. Anak dato segala bagai. Lelaki perempuan sama je. Yang aku sakit hati..watak watak ni tak adelah hadap gst, kos sara hidup tinggi, bayar kete and so on.
Kenapa nak lari dari realiti? Nak tipu rakyat mesia dengan cita bodoh? Bukan setakat tv3, astro pun sama je.
Suamimu sotong kurita,
Maghribku dibeli mr arrogant,
Suraya kisah punya cinta,
Isteri vs perempuan simpanan,
Cinta mak bidan
Dan macam macam lagi drama melayu yang meloyakan tekak aku.
Kenapa mentaliti pengarah dgn penerbit drama mcm ni.. cerita yang memang lari dari realiti kehidupan.
Drama ni aku tak tengok pun. Tapi bila spouse aku duk tengok. Aku pun jadi menyampah dengan semua drama kosong.. nak tengok csi seminggu sekali pun susah akibat lambakan drama..
Korang suka ke tengok drama?
Ladies…. are u sure?
Boys… ada kaki drama melayu gak ke.. kih kih…
Seriously aku rasa menyampah. NOKTAH
– Black Rhyno