Drowned several times

masih segar lagi detik bermakna itu walaupun telah lama berlalu, si gadis takut-takut bertanyakan kepada si ibu;

"ibu, sekolah tahun depan nak pakai tudung labuh boleh?"

si ibu mengangguk saja. tersenyum, tak berkata apa. hatinya cukup bersyukur anaknya menganjak baik, namun terkilan juga kerana bukan dia asbabnya. bukan dia pengacunya.

tahun baru si gadis dengan tudung labuh. umur manis-manis empatbelas. sahabat sekelas ada memuji, ada mengejek dengan kalam yang sama;

"eh dah jadi ustazah tahun ni?"

tapi bagi dia, biarlah. memang itu niatnya. supaya digelar ustazah dan alim. awal lagi niat sudah tersasar, agaknya bagaimana jalan ceritanya nanti?

lima belas, enam belas, tujuh belas umurnya berganti hingga sekarang genap lapan belas. dia sedang jatuh teruk. sama juga keadaannya ketika umurnya yang lepas-lepas, cuma kali ini lebih parah.

solatnya tidak terurus, tawajjuhnya lintangpukang. quran yang dibaca tidak lagi menggetarkan hatinya. bibirnya makin liar mengungkap kalam-kalam jijik yang tidak layak diungkap oleh keturunan nabi adam. nafsu terbebas. jiwa terbabas.

si gadis tidak tahu hikayat apa yang tuhan telah coretkan untuknya. dia tak mahu tahu. masih bertudung labuh, namun hatinya telah lama mati. senyumnya pudar. tawanya lenyap. matanya umpama menyimpan belati dalam setiap tatapan; menikam.

dia mahu berdoa semula, namun tidak jijikkah tuhan dengannya? dia memadam hasrat.

hujung tahun ini niatnya mahu bertemu dengan seorang pria yang pernah tiga tahun lalu bertemu. namun tiga tahun lalu, perjumpaan yang biasa-biasa. kali ini, mahkotanya bakal ditaruh–sama ada diserah ataupun tidak. namun sedangkan dia tidak kuat menahan, apalagi si pria?

mintakan daku hati yang baru sama tuhan. tanyakan samada apakah layak lisanku berdoa?

aku mahu meminta satu–hati yang baru. lekas, sebelum mahkotaku terampas…

– Maryah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. itu hnya untuk yg halal bgmu shja jika pria itu mahukn kamu dia akn halalkn kamu..ingat mahkota itu adalah maruah seseorang..kuatkn imam mu whai si gadis iblis sentiasa mnghasut kaum adam untk melakukn dosa

  2. kau boleh confess sepanjang ni maksudnya kau masih waras dan rasional kan??.. kau boleh fikir pasal tuhan maksudnya kau masih ada Iman kan? jangan hamcurkan masa depan sendiri my dear… itu je aku nak cakap

  3. Imam Ghazali pernah berkata, carilah iman mu di tiga tempat, iaitu dgn bersolat, membaca al quran dan berzikir. Jika tidak juga bertemu, mohonlah kpd Allah supaya diberikan hati yg baru.

    Cuba check blik ketiga-tiga amalan itu, bleh jadi kita ambil ringan dan tidak bersungguh-sungguh melaksanakan amalan itu. Contohnya, mcm tiada thomakninah bila solat. Cuba check dan baiki blik amalan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *