Duduk Berasingan II

Assalamualaikum semua, merujuk kepada confession saya sebelum ini dibawah tajuk “duduk berasingan” (https://iiumc.com/duduk-berasingan/).

Saya telah baca setiap komen dan alhamdulillah bagi setiap doa dan cadangan yang diberikan, terima kasih semua moga Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Tujuan saya membuat coretan kedua sebab ingin menjelaskan beberapa perkara:-

1) Saya sesungguhnya bukan mawar fizo – aduhai jauh sangat perginya, saya pun tak tau apa masalah mereka kecuali melalui media sosial dikatakan ibu mertua duduk sekali, tapi percayalah para pembaca sekalian, isu mertua dengan menantu perempuan bukan isu terpencil ianya perlu difahami para suami dengan pendekatan yang tidak berbagi agar setiap hak dan perasaan keduanya terjaga.

2) Saya amat-amat faham akan tanggungjawab suami saya untuk menjaga ibunya serta tanggungjawab saya sendiri, saya tiada masalah untuk menjaga beliau dan tiada masalah untuk suami tumpukan perhatian pada ibu beliau tapi itulah saya cuma hendakkan hak saya di rumah sendiri , rumah yang saya beli hasil kerja berbelas tahun, sekarang saya dah tak rasa pun itu rumah saya .

3) Macam mana la saya tak rasa itu bukan rumah saya, apabila setiap keputusan seperti beli barang keperluan, samada hendak beli perabot , barang eletrik saya tidak dimaklumkan, tahu tahu ada terjojol dalam rumah, aduhai, sudahnya rumah saya sekarang penuh dengan sofa, katil dan beberapa buah peti ais, dapur gas memasak.

Mungkin mertua, suami dan adik beradik yang lainnya merasakan walaupun duit rumah saya yang bayar tetapi mereka menolong saya untuk bayar duit eletrik, air serta telefon jadi mereka ada hak ke atas rumah tu? saya tak tahu tapi dari segi kelakuan memang itu pemahaman mereka. (Saya bersyukur berkenaan tolong bayarkan duit utiliti yang lain tapi…). Jangan tanya pula tanggungjawab suami, dia uruskan bayaran kereta , duit pengasuh anak-anak dan hutang kredit, jadi tiada masalah untuk saya tumpukan berkenaan hutang rumah dan keperluan lain.

4). Keluarga saya duduk di Selangor, akan hanya datang melawat saya di Perak, dua kali setahun, kebiasannya minggu terakhir raya, ibubapa adikberadik saya akan datang menziarahi , jadi pada ketika itu saya akan bersungguh-sungguh masak dan kemas rumah sebaiknya untuk terima kunjungan mereka, tapi Mertua saya, saya tak pasti dia tak suka ke atau tak biasa ada orang lain selain ahli keluarga dia dirumah itu, kalau dia tahu sahaja keluarga saya nak datang mesti dia kelam kabut call anak menantu besan2 dia juga datang bersesama pada masa keluarga saya dari selangor dijangka sampai.

Jadi juadah dan rumah yang saya kemas sebaiknya untuk makayah adik beradik saya jadi simpang peranang dek kehadiran ahli keluarga suami saya. Saya cuma perlukan satu hari tersebut untuk ahli keluarga saya terutama mak ayah saya untuk beri mereka makan sedap-sedap untuk rasa selesa dirumah saya dapat baring-baring depan tv, lunjur kaki berborak-borak tapi kalau dah ramai-ramai dirumah macam mana mereka nak rasa selesa. Sudahnya keluarga saya setiap tahun hanya duduk sejam dua dan mereka akan pulang sebab mungkin rasakan tak manis lama-lama dirumah orang, walaupun rumah anak sendiri.

Jangan pula kata saya berkira dengan family suami sebab sepanjang mereka ada kunci pendua, mereka boleh sukahati makan apa saja dirumah saya, buka peti ais dan saya setiap kali masak kalau masakan tu istimewa sedikit saya akan panggil dan jamu, jadi tak ada isu lansung pun. Saya cuma hendakkan 1 hari saja itu dalam setahun untuk keluarga saya yang datang jauh dari selangor. :(, tapi tidak difahami oleh mertua dan keluarga beliau.

5) Saya ada baca komen menyatakan ada sebab orang tua risau kalau asyik lihat anak menantu cuti, mc, saudara yang berkenaan, cuti campur mc saya ada dekat 50 hari saya tanpa adanya E.L kecuali cuti yang dipohon atau MC sebab tak sihat yang jarang itulah yang akan ditanya bak polis penyiasat pencen tak ada kerja sedangkan anak menantu beliau yang tak kerja lansung tak pula dibebelnya.

6) Kenapa tak luahkan pada suami, saya sudah luahkan, saya juga rajin share di whtsapp mana-mana artikel yang berkaitan dengan isu saya, tapi suami pilih untuk tak bincang, dia diam sahaja. Ada juga tanya kenapa luah disini, saya dah tak tahu nak luah pada siapa, tak kan nak cerita pada makayah saya adik beradik saya, kawan-kawan saya?!! Disini, saya anynomous, tidak dikenali, semua nama dan negeri berkaitan juga bukan nama dan negeri yang sebenar. Kenapa tak luah di KRT tanya pengomen yang lain, maaf saya agak bias, saya rasa page KRT pembaca dan pengomennya mengerikan, saya rasa pengomen mereka yang follow page iium confession ni lebih boleh diterima pendapat mereka.

7) Saya juga terima dengan hati yang terbuka berkenaan pendapat saya sensitif kena bertolak ansur dengan mertua, ya saya terima, saya akan cuba perbaiki diri saya, setakat komen pasal hal dapur, cara masak, saya akan masuk telinga kiri keluar telinga kanan tanpa timbulkan konflik. Ikutkan saya tak pernah melawan pun, paling-paling saya rasa nak meletop saya masuk bilik cepat-cepat.

Tapi itulah, hak saya dirumah, saya tak minta banyak sedikit saja, adik beradik suami kalau nak datang pilih la masa yang sesuai, tak perlu la hari hari bertunggu bertangga dirumah, nak beli barang rumah maklumkan la saya jika tak, tak la rumah saya dah macam kedai perabot alat letrik sekarang ni, kalau dah tahu family saya yang jarang datang tu ada nak datang, walaupun mak yang ajak, tak payahla datang dengan bawak mak mertua masing-masing, walaupun saya dah jamu semua masak raya untuk mereka sebelumnya..sighhhhh.

Ok itulah saja luahan saya, sekian kalinya, saya tegaskan , ini bukan isu saya tak suka suami jaga mak jalankan tanggungjawab, bagi saya setiap anak baik lelaki atau perempuan ada hak dan tanggungjawab untuk jaga makayah.

Saya luahkan disini sebab saya suka komen-komen yang menasihati dan jangan risau saya sedar saya juga ada salah silapnya. Selain berdoa dan mengadu pada ALLAH SWT, saya hendak luahkan untuk lepaskan apa yang terbuku sebab rasanya saya dah tahap depresi.

Selepas ini tak akan ada part 3 ya, dont worry. Segala komen membina dan doa untuk permudahkan urusan saya saya dahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Wassalam.

– Ayunadira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *