Dugaan Hidup Paling Besar

Assalamualaikum.

Terima kasih sebab siarkan ‘confession’ ni.

Aku dilahirkan seorang lelaki. Berwatakan, gaya dan keterampilan seorang lelaki. Bukan lah seorang yang lembut. Alhamdullilah setakat ni dalam hidup aku banyak aku dah capai tapi ada satu dugaan paling besar dalam hidup aku ni yang sukar diubah – aku bernafsukan lelaki. Aku sedar yang aku adalah seorang yang meminati kaum sejenis semenjak aku di sekolah rendah lagi. Keluarga aku dan sahabat handai aku tak tahu yang aku mcm ni.

Ramai yang berpendapat nafsu ni boleh berubah dan itu cuma hasutan syaitan tapi sebenarnya ya dan tidak. Bagaikan nafsu seorang perempuan terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Mudah orang luar untuk mengatakan orang yang homoseksual ni untuk berubah dan bertaubat. Kami boleh bertaubat dan berubah untuk elakkan dari maksiat dan perbuatan terkutuk tapi untuk mengubah nafsu tu mmg mustahil. Aku ulang MUSTAHIL(melainkan kuasa Allah).

Bagi aku ini adalah ujian paling besar yang Allah bagi untuk orang mcm aku. Aku hilang satu nikmat yang besar di dunia ni iaitu berkahwin dengan wanita. Orang mcm aku adalah haram utk berkahwin sebab akan menyiksa perempuan yang dikahwini. Tapi aku percaya yang Allah itu maha adil dan pasti ada hikmah di sebalik ujian ni. Dengan usia 20-an ni keluarga dah bertanya pasal soal perkahwinan dan jodoh. Bertanya tentang soal perempuan. Ada ‘girlfriend’ tak? Aku memang malu bila persoalan ni ditimbulkan.

Cemburu bila tengok kawan2 ada teman wanita dan isteri. Yang ada anak. Aku memang sukakan kanak2 dan ingin ada anak. Ada wanita yang cuba mendekati aku tapi aku tak mahu cintanya diperolokkan. Mesti dia sedih kalau tahu aku ni mcm mna. Aku memang takda hati dekat dia. TIADA. Bukan sombong tapi memang tak boleh menipu hati ni yang ke arah kaum sejenis. Aku lebih suka tengok lelaki macam mana lelaki suka tengok perempuan. Rasa janggal dan memualkan? Tapi ini yang aku dan org seperti aku alami.

Di zaman jahil aku, aku pernah beberapa kali ada hubungan songsang. Aku memang menyesal dan telah byk kali bertaubat. Semoga Allah maha pengampun menerima taubat manusia seperti aku ni. Sekarang aku single dan tak mahu ad hubungan sonsang lagi. Cukup. Kadang2 aku tertanya2 kenapa aku diuji seperti ini? Kalau diberi peluang aku memang nak mengasihi, mencintai dan menyayangi perempuan sebagai isteri. Kepada lelaki kat luar sana bersyukurlah kalau ada nikmat seperti ni.

Dah banyak kali aku berdoa kpd Allah supaya aku diubah menjadi normal. Tapi Allah tidak memakbulkan doa aku lagi. Mungkin ada hikmah. Jumpa kaunselor dan ustaz? Aku malu dan aku tidak merasakan itu boleh mengubah nafsu ni. Pakar psikiatri? Aku membuat kajian serba sedikit mengenai homoseksual ia bukan lah penyakit.

Aku masih risau. Risau jika aku masih terlanjur(Nauzubillah min zalik). Bayangkan dalam hidupku tiada seks halal(kahwin). Sejauh mana aku boleh bertahan. Risau dengan keluargaku yang meminta aku untuk berkahwin. Risau jika aku menyakiti bakal isteri aku jika berkahwin. Sukar utk memuaskan semua pihak. Aku bagaikan ditengah2 untuk memilih dua jalan. Sukar memang sukar.

Ramai diluar sana yang mencaci golongan seperti ini. Kalau boleh caci lah perbuatan terkutuknya dan bukan atas nafsunya sebab nafsu kami tidak boleh diubah tapi kami boleh mengawal perbuatan kami macam manusia normal. Aku tidak pula menyokong agenda barat utk yang menyokong ‘gay marriage’ sebab dari segi Islam perbuatan liwat itu dilaknat. Aku masih berpegang kepada Al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan kpd hidup ni. Tapi maaf klu ayat diatas agak ‘contradict’. Kita manusia xpernah lepas buat dosa.

Aku ingin menceritakan serba sedikit macam mana gaya hidup aku. Aku lebih suka berkawan dengan lelaki. Bersukan juga aktif. Sembahyang dan kadang2 ada baca Al-Quran. Cuba bayangkan aku duduk serumah dengan lelaki. Begitu tinggi ujianku. Tapi aku bersyukur sebab dapat rakan serumah yang bukan seperti aku dan aku pulak xda la hati kan rakan2 aku tu. Macam laki normal dengan kawan2 perempuan. Kadang2 xda hati pun kan?

Banyak lagi aku nak share pasal dunia homoseksual ni. Ni hanyalah surface. Lebih kompleks dan hitam sehitamnya dunia ni. Aku tak tahu bagaikan tersesat dalam dunia ni. Susah nk keluar. Bukan mudah. Dan banyak orang luar perlu tahu. Supaya paham org2 abnormal mcm kami.

Terima kasih sebab sudi baca.