Boleh baca confession ini dulu, (https://iiumc.com/abang-aku-robot-v/).
Terima kasih kerana menyiarkan coretan aku sebelum2 ini…
Aku selamat di ijab qabul kan sekali lafaz oleh suami aku.
Teringat masa angkat nikah qadi ada tanya soalan dekat laki aku. Si Robot ni menjadi saksi. Sepatutnya khutbah nikah lepas tu terus akad. Tapi qadi ni pulak cuba nak test dekat laki aku.
Tanpa segan silu dengan tegas dia sound.
“Saya dah test bakal adik ipar saya ustaz buat kerja ustaz jangan lambat-lambatkan masa”
Terus diam qadi tu. Bapak aku nak aqad kan qadi kata lambat masa padahal bapak aku dah ready. Sebab tu abang aku dah start berbulu dengan qadi tu. Maklum lah orang penting kan.
Masa nak tunggu qadi pun dah lambat setengah jam dia pergi bebel qadi tu sampai terdiam.
Paling best ada orang kariah masjid tanya aku, nak buat majlis nikah ni dah bagitahu belum dekat pengerusi aku cakap dah tiba2 dia kata pengerusi tak tahu pun…
Aku panggil lah si Robot aku dia dah cakap elok dengan orang tua tu. Tapi orang tua tu masih nak tegangkan lagi.
Apa lagi buku bertemu ruas lah.
Aku ingat lagi ayat dari abang aku.
“Aku dah bagitahu kan seminggu majlis dah bagitahu yang kau ni sibuk sangat kenapa kau pengerusi ke!”
Takpe lah lepas ni aku ada majlis akad nikah kita buat dekat gereja. Macam lah masjid ni bapak kau punya.
Mungkin masa tu tengah tegang kot sebab qadi datang lambat keluarga lelaki dah sampai ajk masjid duk bising2 pasal mintak izin buat majlis. Padahal pengerusi ok je.. AJK dia je yang lebih2.
Selesai nikah malam tu dia tak duduk diam balik terus potong bawang terus buat persiapan untuk esok.
Dan dia haramkan aku sentuh apa2 dia suruh relaks je sebab kata dia raja sehari buat macam raja sehari.
Aku rasa sebak bila akad nikah mengalir air mata syukur aku bersalam ayah, ibu dan adik2. Mcm drama pulak tapi si abang aku macam takde reaksi langsung tak tahu lah hati batu ke apa.
Dia lah terpaling sibuk pagi tu. Dia yang bagi tugas dekat keluarga pak saudara aku. Ayah dengan ibu dia bagi tugas sambut tetamu sahaja. Yang lain biar dia uruskan.
Dari persediaan lauk, nasi, air sirap, tambah lauk dia lah terpaling busy. Tapi tu lah dia ni macam takde rushing sangat relaks je. Mungkin dia dah terbiasa kot buat kerja dalam keadaan tekanan.
Kawan2 abang aku datang satu trak, dari anak buah dia sampai kawan pegawai dia datang.
Syukur sangat majlis tu smooth. Dalam lepas asar habis majlis semua balik dia lah duk sibuk kemas semua.
Dari A sampai Z dia lah yang kemaskan. Syukur dia ni tak mengeluh. Yang kelakar. Habis majlis part periuk belanga. Dia suruh aku dengan laki aku tukar pakaian dia suruh aku dengan laki aku basuh periuk.
Habis satu keluarga duk gelak kan aku.
Syukur semua smooth malam dah boleh relaks dah kembali pada asal semua dah setup baik…
Lusa hari nya dia bersiap dia kata nak balik ke sarang. Aku pulak balik esok harinya sebab cuti kahwin aku dah habis.
Ayat dia pesan aku akan ingat bila2,
“Kau jangan lupa taat laki kau. Kalau raya kau tak balik aku dengan abah tak terasa hati sebab kau dah ada laki. Jgn bagi tekanan dekat laki kau paksa balik belah ayah.”
“Kau Akim jangan jaga adik aku elok2 aku tak nak dengar apa2 masalah dari telinga aku, tolong2 lah sikit dia tak jatuh pun standard kalau laki masuk dapur kemas rumah. Aku boleh buat takkan kau tak boleh buat”
Aku bersalam aku nak peluk dia tapi dia macam nak mengelak mungkin dia malu kot. Dah banyak jasa dah si Robot ni dekat aku. Aku harap tuhan panjang kan umur dia dan dia dapat jodoh.
Tapi tu lah girlfriend pun takde dia tu…
Cuma menulis coretan nak ucap. Terima kasih along kerana banyak berkorban dekat angah, along lah abang yang terbaik dekat dunia ni.
Walaupun along ni jenis tegas dari kecil along tak pernah pun naik tangan dekat angah.
Walaupun angah rasa along ni annoying kuat bebel, tapi along lah seorang abang yang bertanggungjawab.
Semoga abang dapat jodoh yang terbaik.
Terima kasih along ku Si Robot..
– Izah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit