Dugaan Mencari Jodoh Akhir Zaman

Assalamualaikum semua.

Maaflah kalau topik ni terlalu common sangat di sini tapi ini salah satu masalah yang terlalu banyak dewasa ini selain dari masalah mereka-mereka yang sudah berumahtangga.. Masalah kami yang masih belum jumpa jodoh sampai sekarang

Aku sudah berusia hujung 30-an. Kerja, rupa semua biasa sahaja. Kalau kata itu punca tak jumpa jodoh tak tahu la tapi aku perasan kebelakangan ni nak jumpa lelaki yang betul-betul elok tu susahnya la.

Kalau kata tak mahu memilih, masalahnya lelaki yang tak berpelajaran ni kadang nak bercakap pun tak paham. Kita dah terbiasa guna ayat berselang seli dengan bahasa inggeris.

Dia punya tahap tak faham tu sampai “seriously lah like that?” pon dia boleh tak faham acano? Belum full sentence english lagi tu.

Malangnya ramai… diulang ya ramai bukan semua.. Ramai lelaki melayu yang memang tak berpelajaran. Masa sekolah dulu malas belajar dah besar bila perempuan tak pilih sebab tak sekufu dari segi pelajaran terus cop perempuan memilih lelaki begitu begini.

Habis kalau cakap pon tak faham nak in relationship macam mana jang oi?

Ada pulak pelajaran okay, alamak dia malas kerja pulak. Cerita pung pang lebat bagai sekali hidup atas ehsan mak bapak. Kerja sekejap lepas tu berhenti. Konon kerja sendiri sebenarnya tak kerja.

Lepas tu karang tuduh perempuan mata duitan bila tak terima dia. Habis kalau diri sendiri pon tak terjaga kau nak jaga anak bini macam mana? Nampak sangat memang bercita-cita nak jadi biawak hidup. Nauzubillah.

Ada yang rupa okay, pelajaran bagus, kerja pun helok sekali gila s3ks. Dalam otak takde benda lain nak ajak bersenggama je.

Tak pelik la ramai perempuan sekarang yang berani-berani tunjuk diri murah, cerita dengan bangga tidur bebas sana-sini sebab kebanyakan lelaki sekarang memang tak segan silu nak ajak tidur walaupun baru je chat dua tiga patah.

Dah macam kebiasaan pulak padahal dosa besar tu. Ada jugak yang tarbiah kita konon tu benda normal, semua lelaki sekarang nak macam tu. Ah.. Syudahhhh…

Kalau belum kahwin dah biasa makan haram tak mustahil lepas kahwin pun duk pilih benda haram jugak. Mintak simpang la dari jenis manusia bertuhankan nafsu macam ni

Yang paling menyakitkan hati, dan tersangat la ramai, rupa okay, ayat elok, kerja bagus, siap boleh cerita agama sekali bujang tiga da..

Kalau dari awal dia jujur okay jugak ni dah kawan baik-baik, dah kenal hati budi baru nak bagitahu.. Lepas tu kalau kantoi yang dipersalahkan perempuan kononnya penyondol.. Yang lelaki tu seronokla dedua dia dapat lepas tu cabut…

Jangan kata lelaki tak hensem dan kerja tak bagus aku tak try ye.. Aku cuba okay tapi diorang punya tahap insecure, nak tunjuk konon jantan habis nak bercakap pon kasar. Nak mintak nombor mengalahkan ceti mintak hutang. Bila tak bagi tuduh kita cover dari boyfriend?

Ada pulak yang sibuk duk mintak kita picture, dah hantar sekeping dua tapi duk mintak lagi lepas tu asyik sebut ulang-ulang ayat dia tak hensem kerja tak bagus sampai naik penat nak layan.

Aku tak nafikan la ada jugak yang baik tapi lama-lama rasa tak serasi dan lagi elok jadi kawan. Untuk lelaki macam ni memang aku buat kawan dunia akhirat dan sama-sama doakan supaya cepat masing-masing jumpa jodoh

Macam mana la kami yang single ni nak kahwin kalau calon-calon yang kami jumpa terlalu tebal red flag dia? Ramai cakap jangan settle down selagi tak jumpa yang betul.

Dalam ni je dah banyak kisah rumahtangga yang berisiko jika salah pilih pasangan. Tapi macam mana kami nak jumpa yang betul?

Kalau main keluar jumpa lelaki dicop murah, cari dari apps ramai lelaki gersang, orang sekeliling pulak kalau tak terlalu muda, yang sebaya atau lebih tua kebanyakan laki orang

Buntu sangat. Kalian tolong doakan supaya dipermudahkan kami jumpa jodoh yang baik untuk kami dunia akhirat ya?

Dan kami doakan jugak yang sudah berumahtangga dijauhkan dari penyakit akhir zaman dan perkahwinan korang bahagia hingga ke jannah, insyaallah aamiin..

– Masih Bujang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *