Hi. Terima kasih admin sebab siarkan confession saya.
Saya ada terbaca kisah housemate pengotor tu, (https://iiumc.com/pengotor/).
Memang tak dinafikan benda ni selalu terjadi dalam masyarakat kita. Lebih memalukan kalau si pengotor tu geng-geng wanita berkerjaya yang cantik lagi ayu.
Aku nak cerita pula pengalaman aku menyewa sebuah rumah yang lebih kurang sama dengan confessor tu. Tapi takde la hardcore sangat.
Kisah ni lebih kurang 3 tahun yang lepas. Aku decide nak cari rumah sewa yang lebih dekat dengan tempat kerja. Cari punya cari jumpalah sebuah rumah di taman perumahan teres yang kelihatan bersih dari luarannya.
Aku pun set masa nak tengok-tengok rumah tu. Tuan rumah tak ada masa nak datang so dia minta sorang akak ni iaitu salah seorang penghuni rumah tu untuk bukakan pintu.
Aku agak rushing juga sebenarnya sebab hari dah nak malam. So aku tengok gitu-gitu je dalam rumah tu. So far aku rasa okay je even ruang tamu macam bersepah sikit.
Silap aku sebab tak tengok betul-betul sampai seluruh rumah. Hanya jenguk sepintas lalu.
Akak tu pulak sangat peramah dan terus-menerus yakinkan aku yang rumah tu sangat okay takda masalah. Aku pun percaya dengan kata-kata dia sampai tak tengok betul-betul segenap ruang rumah tu.
Esoknya aku pun datang semula ke rumah itu untuk serah duit deposit dekat tuan rumah dan letak barang2 aku dengan bantuan mak dan kakak aku. Masa tu barulah aku betul2 ‘teroka’ rumah ni.
Mak aku muka dia dah lain bila mana dia masuk bahagian dapur dan melihat sendiri lalang dan tumbuhan liar dari luar menjalar masuk dari bawah pintu dapur ke dalam rumah.
Boleh bayang tak semak-samun kat luar macam mana? Agaknya sampai tumbuh setinggi manusia pun takda seorang pun nak cabut.
Mak aku start komplen kenapa bilik yang aku nak duduk tu teruk sangat lantai berhabuk macam tak pernah sapu.
Semua ruang dia buat spotcheck dan seolah-olah tak setuju aku nak menyewa di situ. Tapi deposit pun dah serah dan tuan rumah pun dah balik ke rumah dia. Aku cakap aku okay je dan nak teruskan sewa.
After letak barang tu aku terus balik ke kampung sebab esoknya cuti. Lusa nya aku dah start kerja.
Balik je kerja bermulalah aku tinggal di rumah tu. Housemate yang seramai 4 orang ada yang peramah dan ada yang langsung tak bercakap. Mungkin pemalu.
Aku tinggal sebilik dengan seorang yang langsung tak nak berkomunikasi dengan aku. Sebelum aku masuk pun dia dah alih siap-siap almari dia yang sebesar alam tu dan letak di tengah2 antara katil kami.
Mungkin terlalu malu agaknya kalau aku nampak muka dia. Tapi aku dah nampak. Memang cantik, putih bersih wajahnya. Aku pulak jenis introvert. Memang malu la nak tegur dia.
Lantai bilik tu penuh dengan habuk dan rambut-rambut. Aku ambil penyapu dan bersihkan lantai bilik tu. Memang penuh satu penyodok ye dengan habuk dan rambut yang dah bergumpal. Sampah penuh bawah katil dia.
Entah bila hari terakhir dia sapu lantai bilik tu. Aku menyapu time roomate aku kerja malam so alang-alang dia takda aku sapu la sekali lantai di kawasan katil dia.
Aku ternampak cadar dan bantal dia sampai jadi hitam berdaki seolah tak pernah dibasuh.
Kain selimut dan baju-baju hanya dicampakkan sahaja ke atas katil. Tak berkemas. Bau masam dan hapak jangan cakap la. Tapi aku diamkan saja biarlah tu kan katil dia.
Aku ke bilik air untuk mandi. Memang terkejut sangat tengok bilik air tu bila mana di satu sudut dorang longokkan saja sampah sarap sampai penuh berlumut dan berdaki.
Entah berapa lama sampah-sampah tu dibiarkan sahaja di situ. Siap ada ulat lagi. Aku cepat2 mandi dan keluar dari situ dengan perasaan geli-geleman.
Lepas tu aku mula perasan lantai dan dinding dapur penuh dengan kesan minyak yang macam tak pernah dibersihkan. Habis melekit tapak kaki aku.
Masa aku datang tengok-tengok rumah tu haritu aku tak perasan sangat benda-benda ni sebab nak cepat punya pasal. Hanya tengok sepintas lalu. Tandas pun aku tak tengok sangat masa tu.
Aku mula menyesal menyewa di rumah tu dan menyalahkan diri sendiri kenapa tak tengok betul2 semua ruang sebelum setuju nak sewa.
Malam tu perut aku memulas dan buat pertama kalinya aku ke tandas yang berasingan dengan bilik air.
Tandas dia sebijik macam rumah tinggal. Korang pernah tak tengok video live geng paranormal pergi terjah rumah-rumah usang. Haa macam tu la keadaan tandasnya. Dengan lantai berdaki kehitaman, bersawang, jubin pecah-pecah dan berbau.
Aku terpikir macam mana dorang ni semua berak dalam keadaan macam ni. Mungkin kali terakhir tandas itu dicuci semasa era penjajahan Jepun di tanah Melayu.
Lama-lama aku perasan sampah-sarap yang mereka buang di bakul sampah dapur sudah mula penuh. Tapi tak ada seorang pun yang pergi angkut dan buang.
Padahal tong sampah majlis yang berwarna hijau tu elok je terletak di luar rumah. Dorang terus-menerus buang sampah kat situ sampai bertimbun.
Sampai dah tahap tak boleh masuk apa-apa dah, dorang campak pulak sampah² baru di area lantai dapur.
Aku mula terfikir mungkin dalam tempoh sebulan lagi dapur ni akan dibanjiri oleh sampah sarap sampai aku boleh berenang-renang di dalam lautan sampah yang mereka campakkan ini? Huh, seram! Nak suruh aku pulak pergi buang ke?
Aku baru masuk je rumah tu dan aku memang ada bakul sampah khas aku sendiri yang aku letak bawah katil untuk sampah kering seperti plastik dan tisu.
Kalau sisa-sisa makanan aku sendiri pergi buang terus ke dalam tong sampah hijau kat luar rumah tu. Tak nak susahkan sesiapa.
Bahagian sinki pula selepas makan mereka hanya tinggalkan pinggan sampai meninggi dan sisa-sisa makanan hanya dituang terus ke dalam sinki sampai bertakung. Begitulah keadaannya sampai berhari-hari hingga berbau.
Agaknya nak tunggu sinki tu runtuh baru nak kemas. Mungkin mereka akan terus-menerus menimbunkan pinggan sampai meninggi hingga cecah siling dapur?
Aku dah mula overthinking. Sebab dah masuk hari ke berapa dah pun pinggan yang sama kekal di dalam sinki tidak berganjak.
Aku dapat tahu mereka2 ini ada yang sudah menjadi tunangan orang. Entah macam mana ya reaksi bakal suami masing-masing bila dapat tahu perangai sebenar mereka.
Bilik yang aku duduk pun makin lama makin mengeluarkan aroma bau yang kuat lagi-lagi kalau roomate aku ada.
Bau badan bercampur bau tuala, bantal dan cadar yang hapak seperti tak pernah dibasuh. Jika warna bau boleh dilihat, mungkin udara di segenap ruang bilik yang aku duduk itu berwarna hijau agaknya.
Aku hanya mampu bertahan selama seminggu sahaja dan terus keluar dari rumah tu. Aku tak kisah deposit burn pun asalkan aku dah tak duduk dalam suasana macam tu.
Aku tak nak tuduh semua orang di dalam rumah tu pengotor. Mungkin ada antara mereka yang pada asalnya menjaga kebersihan cuma dah penat nak tolong bersihkan last-last terpaksa biar je sebab si pengotor tetap buat perangai yang sama. (Husnudzon)
Kepada wanita-wanita solehah sekalian, tak guna jika wajah cantik manis, kerja bagus, duit banyak kalau bab kebersihan fail. Aku harap mereka cepat sedar dan tak meneruskan tabiat ni bila dah berumah tangga.
Jangan la ‘scam’ bakal suami dengan penampilan bergaya dan wajah yang ayu tapi rumah macam sarang tikus.
Sekian dari saya,
– Soleha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit