Buntu Dalam Mengejar Kebaikan Sahabat atau Melakar Dosa Sebagai 1steri

Assalamualaikum.. Aku Mira (bukan nama sebenar).. Bukan Mira Tangga bukan Ira Kazar atau sewaktu dengannya.. Mungkin kebetulan aku pilih nama ni mungkin jugak aku nak kaitkan dengan kisah yang aku sedang alami..

Aku tertarik untuk menulis di ruangan ni bukan untuk suka-suka. Bukan juga minta untuk di kecam.

Aku menulis kerana aku mahu masyarakat buka mata dan sedikit sebanyak faham wanita yang pernah dikaitkan dengan suami orangnya bukan semuanya adalah penyondol atau pemusnah rumahtangga orang.

Biarpun tetap nampak buruk di mata orang namun hakikat sebenar hanya diri sendiri dan Allah yang lebih Mengetahui.

Aku mula kisah ni dengan pengenalan bahawa aku adalah seorang isteri kepada seorang suami yang cukup sempurna memberi aku segala-galanya. Aku juga di kurniakan 4 orang anak pengikat kasih sayang kami.

Alhamdulillah.. sepanjang perkahwinan aku terlalu bersyukur dengan kehidupan aku kerana tidak pernah di uji dengan dugaan yang di luar kemampuan kami.

Sudah 12 tahun kami hidup bersama alhamdulillah semuanya dengan izin Allah aku bahagia bersama keluargaku.

Hinggalah suatu hari mungkin benarlah ia adalah satu ujian yang Allah hantar buat ku sebagai menguji kesetiaan ku sebagai seorang isteri dan ibu yang baik.

Aku tewas dalam perasaan yang aku sendiri tidak pasti sejak bila dan kenapa dia perlu hadir dalam kehidupan aku.

Ia bermula apabila tanpa sedar aku mula rapat dengan seorang rakan lelaki di tempat kerja yang juga merupakan bekas jiranku.

Walhal sepanjang hidup aku memang susah nak rapat dengan lelaki kecuali yang betul2 kenal atau yang dah jadi teman lelaki ku.

(Zaman sekolah dulu )salah seorang adalah suamiku.. Dialah teman lelaki terakhir dari zaman sekolah dan bertahun bercinta akhirnya kami di satukan.

Di situlah kekuatan aku di mana aku jenis yang setia dengan seseorang yang aku sayangi.

Aku sendiri tidak pasti mengapa akhirnya Allah datangkan aku dugaan sebegini yang ku kira aku sentiasa kuat dengan hatiku sendiri.

Ternyata hati tu milik Allah. Dia lah yang berhak atas segala-gala kepunyaanNya.

Aku teruskan kisahku kembali dengan rakan rapat di tempat kerjaku. Kami mula rapat apabila setelah sebulan kami tak bertegur sapa.

Kami bergaduh kerana aku bengang dengan sikapnya yang tidak bertanggungjawab dalam kerjanya dan sikap yang di tunjukkan di tempat kerja.

Tapi jenis aku memang tidak pandai meluahkan kemarahan sebaliknya aku tunjukkan dengan tindakan.

Hampir sebulan aku tidak bercakap dengannya. Aku terlalu benci padanya ketika itu. Bagiku dia lelaki yang teruk. Hinggalah suatu hari kami berdamai atas sebab2 kerja yang memang memerlukan kepakaran kami berdua.

Dia memohon maaf dariku. Dan aku seorang yang senang memaafkan andai dia sudah tahu kesalahannya.

Dari situ kami sering berurusan berdua atas kehendak kerja. Tambahan pula dia juga adalah jiranku. Dia dan suamiku juga agak rapat. Sedikit sebanyak memang banyak hal yang aku terkait dengannya.

Tanpa di sangka pulak keakraban kami itu menjadi buah mulut rakan sekerja yang lain. Kata mereka dulu kami bergaduh langsung tak bertegur sapa bila berbaik dah macam belangkas pula.

Aku pun tak sedar semua itu. Yang aku perasaan aku semakin selesa dengannya.

Kini banyak sikap2 dia yang buat aku senang dan rasa tanggapan aku padanya dulu adalah tidak sama sekali.

Dan dia pun seakan tertarik dengan perwatakanku. Katanya aku memiliki ciri-ciri wanita yang tidak pernah dia jumpa sebelum ini walaupun dari isterinya. Walhal sebelum ini jugak dia tidak suka akan sikap aku.

Tapi betul la orang kata bila kita tak mengenal hati budi seseorang kita tidak kenal sikapnya yang sebenar. Aku tak berniat nak kenal lebih dekat pun.

Tapi aku tertarik untuk perbetulkan apa yang ku rasakan tidak betul padanya. Bagi aku ketika tu aku sedar dia lelaki yang baik tapi sering berselindung di sebalik perwatakan buruk dan mulut puakanya. Aku perkenalkan dia Fahim (bukan nama sebenar)

Suatu hari Fahim berikan aku lagu dan minta aku hayati liriknya dalam-dalam. Katanya dia suka lagu tu dan ia tentang dirinya.

Terdetik dalam hatiku mengapa Fahim begitu. Benarkah perasaan dia ketika itu seperti bait-bait dalam lagu tu. Rupanya tak sangka Fahim jatuh cinta pada aku.

Masa tu aku drive balik aku call kawan baikku, aku ceritakan pada dia dan menangis semahu-mahunya. Aku tak sangka Fahim menaruh perasaan padaku.

Aku cuba menjauhkan diri dari Fahim sejak haritu tapi Fahim seakan sentiasa mencari peluang untuk dekat padaku.

Aku ambil keputusan keluar makan untuk bincang hal tu dengannya. Aku tak mahu bincang di tempat kerja hingga orang lain tahu hal itu.

Tapi ku sangkakan hal itu ada jalan penyelesaian rupanya start dari itu hubungan kami bertambah rapat.

Kata Fahim dia tidak pernah mahu rampas aku dari suamiku. Dia tahu aku cukup bahagia dengan keluargaku begitu juga dirinya.

Walaupun dia tidak punyai anak namun aku tahu dia bahagia dengan isterinya. Dia kata dia cuma mahu aku jadi sahabatnya untuk sentiasa dia rasa ada orang yang peduli tentang dia sepertiku.

Dia tahu dia silap dan tak patut jatuh cinta pada aku. Tapi dia cuma tertarik dengan perwatakan aku dan mahu aku membimbing dia ke arah yang lebih baik.

Dia lelaki pertama yang aku rasakan sanggup menangis merayu supaya aku tak menjauhkan diri darinya. Aku buntu ketika itu.

Aku rasa keikhlasan hatinya yang betul-betul mahu aku jadi sahabatnya. Katanya sejak dia kenal aku, aku orang yang banyak merubah sikap dan dirinya. Aku juga nampak semua itu.

Sejak dari kami rapat dia sudah mula solat, berpuasa dan tidak tinggalkan solat jumaat dan mengaji di waktu bekerja.

Katanya sebelum ni tiada orang untuk membimbing dia ke arah itu. Aku nampak benar kesungguhan dia untuk berubah.

Dia sanggup di pulaukan kawan-kawan sekerja apabila asyik pergi solat jumaat walhal dulu mereka sama-sama akan melepak di kedai makan india walaupun di bulan puasa.

Aku sedih mengenangkan sikap masyarakat melayu islam hari ni. Rupanya masih ada sahaja yang mahu menjadi yang lebih baik cuma bila dalam kelompok rakan-rakan lelaki mereka malu untuk melakukan kebaikan itu walaupun ia adalah kewajipan kita sebagai umat islam.

Dari situ aku mula tanamkan diri aku, aku akan cuba bantu dia berubah ke arah lebih baik. Lama-lama aku pun dah tak peduli orang cakapkan pasal kami.

Malah orang sekeliling bawa mulut macam-macam, fitnah kami skandal berdua, selalu keluar berdua, buat maksiat dalam kereta, bercinta hingga nak kahwin.

Memang aku sedih. Tipula kalau aku cakap aku tak rasa apa-apa. Aku tak kuat dengan mulut orang. Banyak kali aku down. Tapi Fahim sangat supportive.

Aku juga sampai nak cerita segala-galanya pada suami aku. Tapi aku tahu semua tu akan memburukkan keadaan. Suami aku akan salah faham dan akan salahkan aku dalam hal ini.

Aku tak mahu sampai rosakkan rumahtangga aku. Aku terlalu sayangkan suami dan anak-anak aku.

Tapi aku tak boleh undur balik sebab aku tak mahu Fahim tiada siapa-siapa di waktu dia perlukan aku sebagai sahabat di tambah tiada orang nak berkawan dengannya lagi sekarang.

Semua orang pulaukan dia. Mereka fikir Fahim guna ilmu hitam guna-gunakan aku. Macam-macam tohmahan mereka lemparkan untuk kami.

Banyak kali kami menangis bersama dengan semua itu. Kami tahu tindakan kami salah. Walau macam mana rapat sekalipun islam tak menghalalkan cara.

Aku isteri orang. Dan Fahim suami orang. Kami tak curang. Malah kami menghormati keluarga masing-masing cuma kami salah dalam bersahabat antara isteri dan suami orang. Kami cuma bersahabat tapi cara kami yang terlalu rapat itu salah. Aku dan Fahim tahu itu salah.

Tapi Fahim tak boleh teruskan niatnya untuk berubah tanpa ada aku. Hanya aku yang selalu mengajar dia mengaji. Yang mengingatkan dia tentang solat. Tentang sikap dan perlakuan dia. Aku orang yang menegur cara dia melayan isterinya.

Sesekali dia cerita pasal isterinya yang tiada perasaan hormat padanya sejak dari berkahwin lagi.

Aku yang banyak nasihatkan dia bahawa semua salah tu berpunca dari dia sebagai ketua keluarga. Aku yang suruh dia perbetulkan diri dia dulu nanti kemudian baru boleh menegur dan membimbing isterinya.

Perbetulkan dari sebesar-besar amalan wajib hinggalah sekecilnya yang sunat. Barulah boleh perbetulkan yang tak betul dalam keluarga dia tu.

Dari situ aku mula nampak banyak perubahan dia dan isterinya. Aku turut gembira dengan semua itu.

Aku rasa terlalu panjang penulisan aku ni. Mungkin aku akan sambungnya di kemudian hari. Terima kasih untuk yang sudi membaca kisahku..

Aku bukan malaikat. Aku wanita keji. Isteri yang tidak baik. Yang melakukan dosa ini di belakang suami. Namun aku buntu apa yang harus dan apa yang tidak perlu aku lakukan.

Perlukah aku berhenti sampai sini dan biarkan Fahim dengan kehidupannya sendiri.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *