Duit banyak pon pening

Assalamualaikum. Aku anak tunggal. Dari kecik lagi tinggal dengan mama. Tak pernah kenal sape papa. Masak kecik2 kalau tanya mama kenapa aku takda papa, mama cakap papa dah meninggal.

Masa aku umur 15, ada seorang pakcik naik mercedes jemput aku balik sekolah pastu claim dia papa aku. Tapi aku tak ikut lah dia naik kete ke apa. Terus cepat2 aku masuk kawasan sekolah call mama mana. Dah lama2 dalam 2 3 bulan baru aku citer kat mama. Mama terkejut pastu terus marah2 aku cakap jangan percaya mana2 orang yang cakap gitu lagi.

2 minggu lepas tu, mama tukarkan aku sekolah. Setiap kali tanya pasal papa pon mama macam biasa marah2 cuba elak soalan tu sampai lah umur aku sekarang 24.

3 bulan lepas, aku check account bank aku, tiba2 ada duit banyak gila. Aku tanya mama ada masukkan duit ke mama kata takda. Btw, mama aku memang dari dulu tak kerja. So aku pon risau jugak bila dah besar ni terpikir dari mana la mama dapat duit sara aku. Aku pon tak kerja lagi mengganggur sekarang. Malas nak kerja sebab dah biasa hidup senang minta apa semua mama bagi. Bila tengok account duit aku sampai ada 800k, aku jadi takut.

Sampai lah minggu lepas, aku dapat call dari orang yang claim dia papa betul aku. Dia citer semuanya. Ringkasnya, mama papa dah bercerai. Papa cakap papa betul2 menyesal ceraikan mama dulu. Sebab papa kantoi tido dengan perempuan mana2 ntah. Biasa laa, orang laki kalau kaya sikit kalau kurang iman memang otak tak waras sikit. Tapi papa dah move on dah. Dah berumah tangga anak 2 skang. Memang papa lah yang financially support mama dengan aku selama ni.

Papa suruh aku guna la duit tu. Tapi jangan gtau mama. aku pikir nak buat sesuatu lah dengan hidup aku ni kan. Papa kata mintak lagi kalau gak cukup papa bagi. Kalau korang ada 800k dalam account korang, apa yang korang akan buat dengan duit tu?

– Gadis KL

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

278 Comments

  1. Pergh bnyk yeh. Xnak bg aku sket ke? Kalau aku beli rumah @ other assets yg in future bole bg pulangan. Tp opkos 10k buat g holiday dulu hahahhaa jgn lupa sedekah jgk. Bg kt bdk2 maahad pon ok

  2. Takyah beli rumah. Terus terang je kat bapak ko kata nak sebuah rumah hahaha. Ko guna lah sara hidup ko. Makan minum bagai tu. Takyah berjoli sgt. Lambat laun habis gak nanti. Ataupun masuk je asb. Ataupun beli emas. Biar lagi bertambah-tambah duit tu.

  3. Alias Firdaus untungnyaa hidup .. tak kerja tengok tengok dalam bank ada 800k ..

    kalau confessor ni baik hati , bagi laa saya sikit .. takk harap banyak .. dapat 1k pun dahh cukup nak lepaskan majlis tunang nii ..

  4. Yg penting skrg beli rumah dulu. Beli cash rumah murah2 je. Pastu beli keter. Tu yg penting. N then yg selebihnya guna utk tampung perbelanjaan pengajian. Set up bisness online atau pape je. Jangan dijoli duit tu. Guna leklok. Jangan gelap mata nk habiskan sume. N jangan lupa bersedekah jugak bagi yg memerlukan. (Allah mcm mak2 pulak nasihat aku)

    • Farah Mardhiah rm800k tu asenya lam long-term punya kot. Ayah dia mesti bagi tiap2 bulan sebagai nafkah sb dia kata baru check. Kot la cmtu. Sb dia punya parents kan dah bercerai dari kecik so kalau dari kecik duk bank in tiap2 bulan mungkin skrg umo lam 20++ dapat kot 800k tu.

  5. Selalu kita dengar tak de duit buat pening kepala.. ni banyak duit plak… tahniah.. boleh lah buat bisnes, buat kerja amal ke,.. ..yang penting bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi, insya Allah semua akan cukup.

  6. Kau tw, ak slalu angan2 ad duit bnyk..kalo ad duit, bnyk bnda yg ak nk wt cnth nya sedekah anak yatim, asnaf, bantu golongan gelandangan, cari org2 miskin yg btl2 miskin tp xtrima apa2 bantuan, wt umrah haji n pelbagai la..so kau fkr2 kn la..gunakn duit 2 sebaiknya

  7. Beli rumah, sewakan rumah, dapat pendapatan berterusan. Lebih duit tu sambung belajar and pergi round the world. Kalau ada lebih lagi buat la charity ke?

    Jangan biarkan duit mngelabui mata kau. Buat la perkara yang bermakna. Ramai yang tak de duit nak sangat buat perkara diatas.

    Kalau baik hati nak sponsor study aku pun okay gak. Pening ni nak cari duit buat bayar yuran sem depan.

  8. Apa kata kau ajak papa ko tunaikan haji sama2? Pastu ko guna duit tu beli rumah, beli kereta, dan baki ko simpan dalam tabung haji.

    Setahun sekali kutip dividen. Hidup je macam orang biasa… rilek2 je. Cari keje dan lain2.

    Kalau ada yang mintak derma, dermalah sekadarnya. Jangan lupa bayar zakat. :D

  9. Bawak mak pergi tunaikan haji , Bawak mak jalan² , Beli kereta untuk mak , Beli rumah untuk mak , Everything mak dulu then buat modal bisnes.. Selebihnya simpan untuk masa depan

  10. sy ada cadangan…bagi je sume org dalam ni…msti sume dapat..bnyk lak tu..ahaha..tak tak..kalau btul cite awak , rezeki Allah swt la tu..beryukur bnyak2 n gunakan dngan sebaiknya…tambahkan lagi aset buat pelaburan n bersedekah dalam masa sama.harta dunia dapat harta akhirat dapat..tp kalau bukan cite btul , penat je sy taip wak.haha.slmat hr rya.kbai.

  11. Kalau tak tahu sangat nak buat apa, simpan dalam asb rm800k tu, dividen setahun dapat hampir rm60000. Bahagi 12bulan = rm5000 sebulan mcm gaji. At least duit tu tak burn mcmtu je, dan dapat la support hidup you and your mum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *