Assalamualaikum. Aku anak tunggal. Dari kecik lagi tinggal dengan mama. Tak pernah kenal sape papa. Masak kecik2 kalau tanya mama kenapa aku takda papa, mama cakap papa dah meninggal.
Masa aku umur 15, ada seorang pakcik naik mercedes jemput aku balik sekolah pastu claim dia papa aku. Tapi aku tak ikut lah dia naik kete ke apa. Terus cepat2 aku masuk kawasan sekolah call mama mana. Dah lama2 dalam 2 3 bulan baru aku citer kat mama. Mama terkejut pastu terus marah2 aku cakap jangan percaya mana2 orang yang cakap gitu lagi.
2 minggu lepas tu, mama tukarkan aku sekolah. Setiap kali tanya pasal papa pon mama macam biasa marah2 cuba elak soalan tu sampai lah umur aku sekarang 24.
3 bulan lepas, aku check account bank aku, tiba2 ada duit banyak gila. Aku tanya mama ada masukkan duit ke mama kata takda. Btw, mama aku memang dari dulu tak kerja. So aku pon risau jugak bila dah besar ni terpikir dari mana la mama dapat duit sara aku. Aku pon tak kerja lagi mengganggur sekarang. Malas nak kerja sebab dah biasa hidup senang minta apa semua mama bagi. Bila tengok account duit aku sampai ada 800k, aku jadi takut.
Sampai lah minggu lepas, aku dapat call dari orang yang claim dia papa betul aku. Dia citer semuanya. Ringkasnya, mama papa dah bercerai. Papa cakap papa betul2 menyesal ceraikan mama dulu. Sebab papa kantoi tido dengan perempuan mana2 ntah. Biasa laa, orang laki kalau kaya sikit kalau kurang iman memang otak tak waras sikit. Tapi papa dah move on dah. Dah berumah tangga anak 2 skang. Memang papa lah yang financially support mama dengan aku selama ni.
Papa suruh aku guna la duit tu. Tapi jangan gtau mama. aku pikir nak buat sesuatu lah dengan hidup aku ni kan. Papa kata mintak lagi kalau gak cukup papa bagi. Kalau korang ada 800k dalam account korang, apa yang korang akan buat dengan duit tu?
– Gadis KL
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Travel around the world!!!
Wahhhh bestnya kalau ada duit banyak tu…
Ok, selain daripada buat amal jariah apa semua tu kan..kalau untuk self satisfaction, aku akan beli rumah biasa2 dulu, cari rumah yang dekat dengan U ke, pastu sewakan kat budak2 U sebab insya Allah penyewa sentiasa ada..pastu guna selebihnya untuk travel dunia, sambil tu buat blog, vlog & buku travelog..dah dapat 2 jenis income daripada situ dah insya Allah..
Tu kalau aku lah..sebab itu adalah impian aku..for my self satisfaction ^_^
beli rumah, beli saham, beli hartanah…buat bisnes.. sebenarnya boleh je ko ckp kat bapak ko nak rumah, nak kete…semua..tapi… mentadbir tak semudah membeli…elok kau belajar, cara2 handle and menten…hati manusia berbolak balik, boleh kata hari ni ayah kau baik, bleh bg brapa je kau nak, tp tibe2 satu hari ayh ko tade? or wife dia tibe tau2, pastu control, and many more… expect the unexpected
Enjoy lar duit tue..klo aku aku kan melancong ke europe n berfoya2 selama 2 tahun.. Baru best hidup.. 800k boleh beli 2 biji rumah je kt kl.. Xbest betol
Asraf Archabean amboiiii yayang nak berfoya-2 yeeee….cerah masa depannn…
Bak sini la skit..nk byr ptptn..
Kelakar jugak baca yg suruh beli rumah byk2.. Kalau kat lembah klang ni, setakat 800k, nak beli sebiji pun xlepas
travel satu dunia.
“Bapak ku curang, aku yang kaye “, tajuk drama slot pukul 7, tb3.
Nurul Syamimi
Beli rumah dgn kereta cash, jln2, derma kt org, pastu baru kawen..haha
Tolong beli Malaysia. Selamatkan kami rakyat marhaen!
Apa kata dik ko sedekahkan pada mereka yang meemrlukan
.
Takpun ko sedekahkan pada akak ko ni haaaa
#tibatibamengakukakak
X perlu beli apa2. Tidur, makan, beribadah, bykkan jalan kaki sorg2 tgk golongan org susah. Seminggu pun cukup.
InshaAllah ilham 2 akan dtg dgn izin Allah. Solat istikharah. Setiap pendapat org 2 utk lebih utk dirinya sendiri bbanding utk org lain.
Ikut pendapat org lain x semestinya sesuai utk diri sendiri. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan adik di dunia dan akhirat. Aminn inshaAllah
Cerita ni sangat mencurigakan.
Penah dengar Akta613?
Secara ringkas,akta 613 untuk mengelakkan aktiviti money-laundering dan terrorist funding.
Jadi,kalau mengikut akta 613 ni.confessor ni confirm bank negara malaysia akan soal selidik.sebab jumlah 800k tu mencuriga untuk dimasukkan dalam akaun dia sebab its against nature confessor.
Melainkan confessor memang seorang penerima trust fund atau ahli perniagaan atau nature of work dia melibatkn pemindahan sejumlah duit yang banyak mcm tu.
Jadi,sepatutnya tak logik boleh tiba2 duit masuk sampai banyak tu confessor tak sedar.melainkan,apa yang jadi tu cuma ralat/error dari pihak bank.
I believe the amount is accumulated from time to time.. not a lumpsum transfer.. thus xkan trigger sekatan under the act..
She said, she just checked her account recently.. all the while just guna duit yg mama dia bagi jer..
Multiple transaction is much more arguable.
Very true indeed Nadzri Sazali.kalau dah berkali2 trasaction.lagi lah nampak pattern money laundering tu.
Fitzry Fotosyntesis ,takkan lama sangat dia tak check account bank.Kalau ikut guideline under this AML/CTF act,trasaction melebihi 50,000 dah akan trigger BNM untuk menyoal.
Katakan ayah confessor masukkn 40,000 sebulan untuk elakkan pertanyaan BNM,20 bulan baru jadi 800k.
Ada ke orang sampai dekat 2tahun tak check account bank?
Lagipun kalau dah sampai 20 bulan ada transaction masuk duit dlm account,confirm BNM akan tanya.
Btul tu
Btl…suami sy pon ckp gitu.
Kalau duit tu ayah dia dah masukkan sedikit2 semenjak dari diorg bercerai? Dan dia pun baru g buat kad bank ke apa ke sbb dah dewasa.. entahlah..
Sy pun pernah dapat call dr BNM utk the 1st transaction yg cecah rm50k.. tanya dr mana duit tu dtg.. nak buat apa dgn duit tu.. etc etc.. tp utk transaction seterusnya dah x pernah dapat call la pulak up till today..
Betul la apa yg korg cakap tu..
Tp sy rasa duit tu dah accumulated utk satu tempoh yg lama.. kalau ye pun bank call.. bank akan call penjaga dia sbb dia masih di bawah umur waktu tu.. yg sy rasa la..
Hmmm..begitu efisyen sekali bnm based on perbincangan ni. Tp bila usd700mil masuk dlm akaun amirul mukminin, bnm pun xdak kuasa nk buat pa. Different law govern those at the top i guess.
Jameel Haroon yasss!
Sebab utama saya terus berhenti dari berada dalam bidang kewangan.
Saya rasa dikhianati dan mengkhianati.
Bukan takat isu dengan PM je.banyak lagi kes yang melibatkn orang berkuasa dilepas pandang.
Euw..bleh confess topik len en amir
Mungkin buku bank dia ng mak dia masa dari.dia kecik lg.bila dh bsr,umo 24 dia g pgg sndiri.duit tu mungkin dari kecik ayh dia masukkn sikit2..tu dari pemahaman sy lah..
Kau nk jd pgarah drama ptg2 tb3 ke dik…
Ok, page ni dah makin lama dah makin macam kisah rumah tangga, bye bye admin.
Hermm soalan menarik..
1) ambil takaful, penama mama awk. RM1million policy mungkin dlm RM300 byr bln2. At least kalau jd apa2 dkt awk & papa awk stop duit sara then mama awk still ada sumber kewangan.
2) masuk dlm tabung haji dlm RM50,000. Terus daftar haji & buat rayuan utk pergi awal. Elok pergi waktu muda & time tgh2 mencari arah ni.
3) Invest… bahagikan investment kpd illiquid, semi liquid & liquid investment. Illiquid, boleh beli studio apartment dkt tmpt yg agak strategik utk buat homestay. Daftar dgn airbnb. Semi liquid & ada risk sikit, boleh invest di unit trust. Liquid, letak di fixed deposit. Pastikan semua shariah compliant ya…
Yg penting, carilah kerja & jgn usik duit tu. Skrg rasa byk tp sbnrnya bila buat semua dkt atas tu x rasa byk pun. Cpt je habis kalau guna.
Kerja pun penting utk belajar asam garam kehidupan, jadikan awk lebih matang & mungkin akan berikan gambaran apa yg awk nak capai pd masa depan. Bila dah pasti apa yg awk nak baru keluarkan fixed deposit & unit trust.
bagi dekat kak la dik duit tu… haha
ya ALLAH…aku nk topap 5 hengget pon ssah…sedekah mai 100k
Bagi kat saya la skit.. nak blik mlysia x ckup duit tiket lg nie…
Nak 50k… share la.. haha
bagi kt saya plz.huhu
Next step elok la cari teman hidup n bina fmly yg bhagia..cara terbaik utk balas jasa bapak adalah dgn kita berkeluarga bhagia n succesful..1step try kenal2 bro2 kat sini utk calon2..hehe
Luthtsi Anunah drama tv3 ke apa nih
ni la drama maghrib
Aku nakkk
Meh bg aq sikit confessor…nak merasa gak…
beli jet
buat modal meniaga.
Umo dah 24tahun. Keperluan dahulukan kehendak kemudian.
Meh aku ajar duit tu boleh jadi lebih sejuta malah berjuta dalam 6 bulan hahaha srs k
tnye aku ke? mcm nilah. klau aku dan 800k tu aku pun xtau buat ape. sbb xpernah pgg duit byk centu. tnyelah org lain. najib ke. nizar ke.
Mak Cik Tua
Sis,pm aku.aku bg no acc nt ko derma berapa yg ko ikhlas nak.bagi.hahaha
Do something useful. Pergi study tinggi2 put the money in the investment etc. Jgn cite kat org. Sekarang ramai org suka ambik kesempatan.
Sedekahkan kat acc saya.pm me nanti sy gtau no acc.hahaha gurau2
Yeker bukan akasia? Klu betul bkn.. meh pm aku.. aku consult free..
Pm saya wak…huhuhu
Sedekah,
Invest di tempt yg betul utk masa depan,
Invest di tempat yg betul utk saham akhirat.
Bg kite je la dalam 10k… hahahaha
Kuat tgk drama melayu ni
Bagi aku 100k haha
boring mkn kuih raya terus reka cerita ada RM800k, pdhal RM80 je.. wakakakaka
Tnye buat apa…aku jawab bg kat aku laa…bnda mcm tue pon nk tnye ke…
Apa yg penting dlm hidup?
#pdrm #AMLA #BAFIA mohon tangkap confessor ini sebab buat drama skrip pendek hasil inspirasi tv3 pukul 7 petang…
buat amal jariah dik.. join mana2 badan amal.. untung2 bole jadi saham akhirat..
Syzwan Ismail Ahmad HuzaifahHazirah HairudinFarah Nasiha
Harap admin lebih selective dlm memilih confession..
Sabariah Hashim logik ke wei citer camni cam bertuah sangat je dapat 800k tetibe
Ini semua tipu. Dia bnyak tgok cerita tv3 pukul 7. Kalau x pun dia sebenarnya masuk dalam liar game. Tugasan dia dia kena curi duit opponent dia.
Lagipun 800k terlampau bnyak. Boleh buat rumah. X munasabah. Kbai
Fuh
Untung ar 800k tu Maria Abdullah
Membongak je
bukan x nak percaya.. hmm.. tp klaw nk saya percaya bg la duit raya dlu kat saya.. check, credit card, bank transfer are accepted.. huks.. :P