Duit Bulanan kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum.

Maaf dan saya harap pertanyaan saya nie dapat jawapan.

Saya baru habis belajar dan alhamdulillah buat setakat ini saya sudah bekerja. Atau kata lainnya ada pendapatan bulanan walaupun ni hanya kerja kontrak dan gajinya tidak lah setinggi mana. Sejak kebelakangan ni, saya banyak disedarkan tentang pentingnya asingkan gaji bulanan untuk dihulurkan kepada ibu bapa. Sebelum ni, saya tak pernah hulurkan duit tetapi sekali sekala ada juga saya belanja makan dan belikan apa2 bila saya balik kampung.

Saya malu nak berikan duit secara terus kepada ibu bapa saya sebab kuantitinya tak lah sebanyak mana. Malah, ayah saya sendiri kerap tanya, “ada duit tak ni?” sebab dia tahu status kewangan saya. Tapi kalaupun saya tak ada duit, saya tak pernah minta dak sentiasa jawab “ada.. dont worry”.

Baru2 ni saya dapat kesedaran, yang saya kena hulurkan jugak tak kira nilainya berapa. Paling kurang untuk lebih diberkati. Jadi, beberapa bulan lepas saya mula masukkan duit sedikit ke dalam akaun ibu bapa saya tanpa pengetahuan mereka. Sebabnya, saya malu dan rasa rendah diri sedangkan adik2 saya yang lain mampu beri lebih banyak nilainya berbanding saya. Persoalannya, adakah dengan sembunyikan pemberian tu, saya tak dapat doa keberkatan ibu bapa? Perlu ke saya beritahu kepada mereka setiap kali saya masukkan duit?

Ya. Ini persoalan ringan dan mudah. Tapi ribuan terima kasih seandainya persoalan saya ni dijawab. (:

-along