duit dan belajar
Salam gais. Saya tengah tertekan belajar ni. Aku ada 12 topik nak habiskan dalam masa sehari. Semalam saya baru habiskan 22 topik untuk exam tadi. Dan lusa saya dah malas nak sebut dah. Jangan kata kenapa study last minit. Sebab kelas saya baru habis beberapa hari lepas.
Then tengah2 saya stress ni, saya terbaca post pasal tak cukup makan tu. Alahai lagi haru rasanya.
Saya ni, ayah kerja jadi kuli orang je. Tapi kadang2 saya tak tahu mana ayah saya dapat bagi duit kat saya banyak2.
Masa saya sekolah dulu, saya malu nak mintak duit dengan ayah, sebab saya da ada biasiswa. Ala zaman tu rm50 sebulan je dapat. Cukup la buat beli jajan. Tapi ayah saya masih bagi duit poket rm50 sebulan sebab saya duk asrama jauh dari rumah.
Bila duk jauh ni, semua benda saya kena beli pakai duit sendiri. Kadang2 jeles tengok member2. seluar kecik pun ayah beli. Saya ni, baju sekolah pun kena tempah pakai duit sendiri mana yanh ada. So bila duit buat beli benda2 besar, cepat la habis.
Pernah sekali saya mintak duit extra masa biasiswa dah habis. Ayah saya tanya tak cukup ke rm100 sebulan? Memang sejak tu saya belajar manage duit. Selagi ayah saya tak tanya ada duit ke tak, selagi yu saya memang tak akan mintak. Duk asrama kan, relek la kalau beg duit kosong. Boleh makan lagi.
Tapi bila dah masuk uni ni saya tak dapat da segala bentuk pinjaman atau biasiswa. Jadi terpaksa la tebalkan suara dan muka untuk mintak ayah duit extra. Nak kerja? Hurm.. ni tak kerja pun tak habis baca buku.
Alhamdulillah, walaupun saya pernah jugak xda duit, lima ringgit je dalam akaun, dan semua duit extra ayah bagi semua dah habis. Tapi bila kerisauan aku tu saya simpan je, Allah turunkan rezeki melalui kawan2.
Kadang2 saya cuba amalkan konsep rezeki berganda. Kalau ada sikit, saya sedekah je semua yang ada. Saya yakin Allah akan gandakan rezeki saya dari pelbagai sudut. Dan kalau saya ada lebih, saya belanja balik kawan2 saya.
Pastu kadang2 saya ada sedara mara yang senang. Bila dia tau saya nak pakai banyak duit masa belajar ni, ada je la yang hulur zakat kat saya. Sebab derang tau je kan.. budak2 nak belajar sekarang, semua nak pakai duit.
Ramai kawan2 saya kata saya kuat. Tabah bagai. Sebab kebanyakan kawan2 sealiran saya ni orang senang. Tak ramai yang ada masalah berat. Tapi siapa tahu. Saya selalu menangis sorang2. Ni nak habiskan baca semua ni pun menagis lagi ceruk meja. Haha.
Lepas2 baca post saya ni, doa2kan la saya boleh jawab exam dengan baik dan tepat. Mana tahu, dengan doa kalian saya lulus cemerlang. Insyaallah saya berjaya nanti boleh berbakti kat negara pulak. Hehe.. kbai..
– sistur