Duit aku hilang. Tercicir dekat cafe rasanya. Hilang RM100. Sedih. Puas pujuk diri supaya rasa Redha. Mungkin Allah ambik RM100 itu untuk ganti dengan dosa2 yang telah aku buat. Tapi, aku tetap rasa sedih. Aku dah cuba cari balik tapi tak jumpa. Secepat itu diambil orang. Tak sampai 15minit selepas aku sedar duit aku hilang.
Tak tahu nak kata apa. Sedih dan cuba Redha sebab salah sendiri hilang, bukan kena curi, tapi pada masa yang sama rasa nak mendoakan orang yang mengambil duit aku ditimpa bala. Kembung perut, accident teruk atau kena panah petir. Berdosa kah aku mengharapkan perkara buruk sebegitu menimpa kepada pengambil duit ku ?
– Mimi