Hai semua, ni adalah sambungan pada luahan aku setahun lepas,

https://iiumc.com/duit-6/

Sorry tak terjawab soalan2 korang pasal macam mana buat beli rumah banyak2 dan buat homestay dan minta tunjuk ajar.

Honestly aku bukan taknak menulis tapi aku tak ada masa, aku harap sangat korang boleh study sedikit sebanyak dari confession aku dengan cari ilmu daripada individu2 yang selalu share kat fb pasal macam mana nak beli rumah ke apa ke, banyak sangat sebenarnya, korang follow sorang automatic korang akan jumpa yang lain lebih ramai, kalau betul2 minat, korang mesti jumpa.

Aku bukan taknak share fb aku, dah tersasar dari tujuan asal aku kalau aku share fb aku pada korang, kalau korang tahu siapa aku apa guna aku tulis anonymously kan.

Balik pada tujuan asal aku menulis semula selepas setahun, oh ya, 3 unit airbnb aku dah dijadikan sewaan sebab 3 unit tu dari condo yang sama, management condo bertukar dan tak benarkan buat homestay/airbnb dah. Tak untung tak rugi cuma balik modal je, haha itulah aku tak share kerugian, nampak yang indah2 je ya korang.

Buat lah bisnes apa pun, rugi mesti ada cuma kita sanggup atau tak tanggung kerugian tu. Tak ada bisnes yang akan berjalan smooth like butter okay, cuma kena foresee worst implication, dan apa terjadi kat aku belum worst lagi, cuma kacau plan A aku lah yang nak pay off rumah tu cepat.

Jadi aku buat keputusan beli lelong sahaja, makan modal besar sangat memang kacau cash reserve dan simpanan emas, tapi insya Allah baik2 je sebab sebelum aku buat semua ni aku fikir dah masak2.

Sayang sangat2 simpanan terpaksa guna untuk modal rumah lelong, tapi berbaloi, sebab dapat harga yang markdown banyak dr market value, banyak untung boleh buat even sewa per rumah sahaja.

Sorry bukan ini aku nak cerita sebenarnya, back to the real point of aku menulis kat sini, aku harap sangat admin publish confession ni dan thanks kalau admin approve ya.

Mana aku nak mula ya. Okay pasal keluarga mertua skrg duit simpanan betul2 dah nak habis dan mak mertua desak suami utk bina rumah ats tanah pusaka diorang yang ada tu, untuk apa? Untuk buat homestay.

Mula2 aku ingat sebut2 aja main2 la kan sebab memang niche kami airbnb tapi macam serius pula bila setiap kali call benda sama yang diulang

Nak cerita panjang sangat sebab tanah pusaka ni tau la satu geran je nama utama satu orang je yang lain taktau lah by mulut ke apa, tapi semua orang tahu hak masing2 la tanah tu smpai mana. Tak ada lagi yang buat geran pecah tanah tu. Rasanya ni macam kes lot lidi satu owner nama dalm geran tapi tanah pecah beramai2 nama tak ada.

Okay mak mertua suruh buat airbnb tu aku refuse sebab kan status tanah, lagi pula dia mention tanah nak bagi kakak sulung suami, aku okay je bab tu, tapi guna duit dia lah, masalahnya simpanan kami gabung sebab simpanan kami 100% bisnes jadi dia perlukan persetujuan aku utk gunakan duit simpanan tu utk merialisasikan permintaan mak dia tu.

Aku cadangkan utk dia beli tanah pusaka tu dan pegi lah selesaikan proses penama geran tu, tapi mak bapak mertua aku tak mahu sebab tanah tu memang nak bagi anak sulung. Jadi aku suruh suami fikir betul2 karang dari tak ada masalh jadi masalah pula dah ada rumah atas tanah, rumah tu bukan kita punya.

Sampai sekarang suami diam je bila mak ayah dia tanya jadi ke nak buat rumah atas tanah tu utk diorang jalan kan homestay tu. aku takut nanti diorang buat macam homestay diorang income semua kat diorang yang hulur modal ni nganga je lah.

Aku minta suami beli juga tanah tu separuh sebab tanah tu besar juga dalam 10000sqf, diorang memang taknak jual jugak macam mana pun sebab dah janji nak bagi anak sulung, kami nak beli dgn harga ikut value tanah bukan harga anak beranak supaya diorang pun boleh guna duit tu untuk kelangsungan hidup memnadangkan duit pencen pun dah tahap kritikal.

Tak cukup dgn itu mak mertua minta ihsan tambah dapur nak buat dapur basah yang menelan kos aku rasa 30k pun ada kot, aku tak faham nya kenapa kena buat benda tak penting, aku punya rumah pun takda dapur basah kering ke apa,

Aku taktahu mana dia dapat idea nak extend2 dapur ni, walhal duduk rumah tu dah dekat 5 tahun dah baru sekarang dengar dapur tak cukup besar, duduk rumah tu berdua je pun, kalau besarkan dapur lagi besar sangat rumah tu jadinya untuk dua orang. Bukan aku taknak bagi, tapi bagi aku sangat2 tak perlu, kalau keperluan tak apa tapi ni dah jadi kehendak.

Sekarang ada masalah lagi besar yang jadi, tahun lps lagi mak ayah mertua kata kalau kami pergi umrah diorang nak ikut, siap mention ada dah simpan duit nak pergi umrah, jadi kami pun plan utk pergi hujung tahun ni, hujung tahun je kami ada cuti nak pergi dan kos agak mahal bila hujung tahun jadi 2 ke 3 kali ganda dari musim bukan cuti sekolah.

Nak jadi cerita kami dah survey tiket dan bagitahu tarikh nak pergi, btw aku dah pergi beberapa kali dan style aku umrah hotel memang jauh dari masjid nabawi dan di mekah pun tak ambil yang jalan kaki sampai, kena naik shuttle bus dlm 3 ke 10 km dari makkah.

Mak ayah mertua request nak yang dekat2 supaya senang dan takut tak larat kalau ulang alik naik shuttle bus, aku pun okay lah macam tu tapi memang kena ambil pakej, sebab biasa nak book sendiri hotel dekat2 tu jadi mahal untuk musim cuti sekolah. Walaupun dah jadi kos kami 5 beranak daripada bawah 20k sekarang dah jadi hampir 50k untuk kami sendiri.

Jadi kami pun bayar lah deposit untuk 7 orang ni lepas dah capai persetujuan, bukan lah nak minta mak ayah mertua duit, kami pun dah dahululan duit kami utk deposit, baru mak mertua kata pada suami diorang sebenanrnya tak ada duit untuk pergi pun, terkedu aku dengar, maksudnya kami kena tanggung untuk 7 orang.

Aku menangis juga lah sebab sekarang baru nak bagitahu, aku terus terang pada suami kita tak mampu nak byr utk 4 dewasa untuk satu masa, harga dewasa dgn kanak2 lain, memang overbudget dah. sebab plan asal bukan ikut pakej tapi pergi style bagpack.

Menghela nafas panjang aku fikir2 cancel je dulu untuk tahun ni, deposit tu biar je burn dulu sebab memang tak akan mampu untuk aku tanggung 7 orang pakej umrah serentak macam ni.

Menangis mak mentua dengar kami cancel, dia kata dah bagitahu jiran2 family semua tahun ni dia pergi umrah. Aku daripada sedih memang jadi marah sebab dia tak ada common sense yang kami ni tak mampu dan umrah bukan ibadah wajib, wajib lagi mengumpul untuk kerjakan haji.

Disaat duit simpanan pencen diorang pun dah hampir kontang ni aku masih lagi tak faham kenapa kena dahulukan benda2 tak penting dan tak wajib. Aku sedih campur marah sekarang ni, dengan aku sekali ditelan mati emak diluah mati bapak, sampai bila pun aku nak pergi umrah tak dapat sebab aku memang kena fikir untuk belanja diorang sekali,

Mungkin boleh juga pergi tapi aku kena cancel anak2 3 orang ni kena duduk malaysia dulu sementara kami pergi berempat. Takkan nak pergi sorok2 pula ni bukan pergi langkawi sehari dua, paling2 2 minggu biasa kami stay sana.

Aku terfikir dan cadangkan juga kami hantar mak ayah mertua pergi dulu tahun ni tapi diorang taknak, nak pegi juga berempat takut sesat takut jadi apa2 kat sana diorang tak boleh handle, sedih sangat banyak halangan nak buat itu dan ini.

Even sekarang aku nak pergi jalan2 pun suami dipersoal jalan2 ada duit pergi umrah sama2 pkai pakej tak boleh belanja mak ayah. Dilema betul rasanya. Apa pandangan korang dan apa yang korang akan buat kalau kat tempat aku.

Btw family aku dah kerjakan umrah, kami semua memang kumpul sendiri, style abah ibu aku bagpack jugak cuma dah tua2 ni diorang lebih memilih pakej tapi tak ambil pakej peak season la.

Kalau depan aku mak mertua mesti mention seronok kan mak ayah nurfa banyak kali dah pergi umrah haji pun dah, kami ni anak2 taknak belanja pun pergi, aku cuma cakap aku dan abg pun tak pernah belanja mak ayah kami pergi umrah semua duit diorang sendiri pergi, terus diam tak ada mention dah dekat aku, cuma mention pada suami je,

Semua tu aku curi dengar atau curi baca conversation whatsapp suami je lah. Depan2 aku skrg diorang lebih hati2 bercakap tak nak aku tahu.

Kesian jadi suami aku dan aku faham sangat2 situasi dia. Mak ayah mertua memang tak mengharap langsung lah anak2 yang lain sebab diorang ada struggle diorang sndiri katanya. Dilema ditanggung kami berdua ni.

– Nurfa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Rimas nya baca apa lagi yang menghadap perkara mcm ni, aku cadangyabg umrah tu kumpil duit adik beradik sorang sikit untuk tanggung mak bapak diaorang tu, kalau semua kau belanja nanti susah, kat sana pun nak pakai duit jugak belanja

  2. Pada saya apa2 perancangan, aktiviti, nak buat itu ini begitu begini X perlu info pada keluarga mentua, tak yah respon itu ini bila ditanya.tak yah respon cerita itu ini Yang hujung2nya kena kat diri dan keluarga tt juga

  3. 1. Jangan la ikut cadangan diaorg buat rumah atas tanah diaorg. Hujung² nanti kakak dia dpt free tanah dah rumah, korang makan asap. Dah mertua tu nak bagi tanah tu pada anak sulung, dah kenapa korang pulak dipaksa buat rumah situ. Suruh la anak sulung dia… Eh eh..menyirap jer baca.
    2. Ko pegi je umrah keluarga ko sendiri. Kalau mertua nak join, suruh kumpul duit dulu. Payah jadi org tak reti malu semua nak harapkan anak menantu belanja ni. Pencen dia tu kontang ke mana pegi. Bukan belanja korang anak beranak pun kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *