Assalamualaikum warga IIUM Confession, aku hanya nak luahkan apa yang terbuku dalam hati.

Aku tak suka burukkan family jadi aku ambil keputusan untuk menulis disini. Tiada siapa tahu, tiada siapa akan diaibkan.

Background family aku mak abah bekerja kerajaan, gred rendah sahaja, abah dan mak buat business pest control sambil bekerja, jadi hidup kami alhamdulillah tak pernah putus duit atau ada masalah duit. Anak cuma 2 sahaja, keperluan asas dan keperluan belajar tak pernah terputus.

Aku berkahwin dengan suami yang backgound ibu nya tak bekerja dan ayahnya bekerja biasa juga, anak 5 orang, selalu tak cukup keperluan dirumah disebabkab ayahnya bergaji kecil, suami dahulu sentiasa tak ada duit belanja sekolah. Senang cerita agak susah kehidupan.

By the way, mak abah ku dan mak pak mertua sama level pembelajaran, semua belajar setakat SRP, berlatarbelakangkan keluarga miskin.

Disini aku nak ceritakan mentaliti family sebelah suami dan mentality sebelah keluargaku.

Aku banyak mengubah mentality suami supaya tak ikut mentality keluarganya. Aku tak kisah di akhir cerita ada yang mahu kecam aku, tapi aku harap ada faedahnya dalam aku menyampaikan cerita ini.

Mentality keluarga aku : macam mana nak tambah duit (income), jangan spend duit kalau tak ada, 80% income untuk simpanan.

Mentality keluarg mertua : duit tak cukup, mari cut down semua benda sehingga ke keperluan asas, bila ada duit jatuh dr langit, belanja untuk kehendak, makan tak cukup fikir nanti2.

Aku tak suka nak sebut taraf b40, m40, t20, bagi aku term ini tak boleh dipakai untuk situasi kewangan melainkan hanya boleh digunapakai untuk ukur nombor gaji seseorang shaja. Mana mungkin income 20k overhead 22k masih dipanggil t20.

Okay aku ceritakan satu2 ya, sebab cerita aku teramatlah panjang.

Alhamdulillah aku study tanpa hutang sebab mak dan abah dah sediakan fund untuk kami belajar, suami study dengan ptptn, which pada aku tiada salahnya, cuma ini semua sebab tiada perancangan awal daripada ibu bapa dia.

Mula2 aku kahwin umur 26, kami sebaya, suami terkejut aku dah ada 3 buah rumah yang aku beli dengan income aku 2500 sahaja,

Aku jadikan rumah2 itu tambahan bilik dan sewakan dengan untung 800 sebulan setiap rumah, tak banyak, tapi memadai sebab aku tak suka rumah bilik terlalu banyak dan sempit.

Suami memang kagum tapi tiada tindakan jadi aku guide dia satu per satu, dan DSR dia aku gunakan untuk membeli 4 buah rumah yang semua sekali kami sewakan mengikut method yang sama, aku juga ada tambahan 5 buah unit yang kami jadikan airbnb.

5 unit ni yang kami hustle setiap hari sekarang boleh dikatakan setiap hari ya kami pergi dan bersihkan sendiri, duit untung kebanyakan hanya disimpan dalam bentuk emas 999 dan duit kecemasan,

Kami tak mewah, dan keluarga aku tahu business seperti ini bagaimana untung ruginya kerana mereka faham apa yang aku lalui,

Aku sentiasa update mereka semasa ke semasa, abah dan mak excited waktu mula2 aku dapat rumah dan sentiasa ikut aku untuk view runah, sekarang suami dah ada mereka jarang dah datang, cuma support aku dari jauh.

Lain pula dengan family mertua aku datang untuk duduk free main swimming pool, boleh tahan kerap juga, aku dah cakap pada suami weekend kita sentiasa ada booking, tapi suami tak tahu nak beritahu family macam mana.

Sampai aku push dia untuk cakap, dan alhamdulillah keluarga mertua tak datang sekerap dulu.

Pernah kami outstation hampir 3 minggu sebab aku mahu setup business baru aku di Turki (tapi business ini tak menjadi pun, alhamdulillah trial dan error yang jadi pelajaran untuk aku),

Family mertua dah cop untuk duduk di salah satu unit airbnb tu, dan kami benarkan, tanpa sesen pun mereka bayar.

Bukan aku mahu berkira tapi itu sumber pendapatan macam mana aku nak jalan kan sebab itu hampir sebulan kan, untuk bulan tu aku pejamkan mata sahaja membayar installment bil api dan air management fee wifi. Nampak kedekut kan, macam tu lah aku di mata mereka, amat kedekut.

Bulanan suami beri sejumlah wang pada ibu mertua, siap ada topup daripada keuntungan business, itupun diminta2 topup lagi kadang2 nak pergi sana nak pergi sini, beli itu dan ini.

Aku sentiasa di push beranak ramai sekarang supaya tua tak perlu susah jaga anak2. Lain pula family aku, tiada desakan untuk tambah anak. Suami aku bersikap feminin dalam hubungan, aku sentiasa jadi kepala dalam hubungan lagi2 melibatkan buat keputusan.

Aku memang tak akan beranak lebih dari kemampuan financial aku, pernah dulu suami iyakan ibu bapanya dengan request cucu ramai dari kami,

Aku terus sembur suami, aku tak nak anak2 aku tak ada duit belanja makan pergi sekolah seperti suami dan adik2 nya minum air paip sahaja di sekolah sebab ayah dan mak mertua tak mampu.

Marah juga suami pada aku, dia kata habis tu nak cakap mak ayah dia salah langkah?

Bukan begitu, aku tak mention tu, tapi silap aku mention keadaan family dia dan jadikan hujah dan weapon untuk aku bangkang dia, aku memang tak berfikir juga kadang2 kalau bercakap time marah, jadi aku minta maaf.

Aku cakap kalau aku jadi kwn mak dan ayah mertua waktu tu tentu aku nasihatkan untuk stop tambah anak, aku dengar memang kesian kalau cerita adik beradik suami aku dulu2, dengan beras tak ada kat rumah, masalah mak dan ayah mertua cuma duit, duit, duit kalau bergaduh.

Mereka tanpa segan silu cerita itu ini sebab sekarang kan dah senang sikit, ada kereta sendiri, nak makan apa dah ada duit sendiri, tapi hakikatnya, itu kelemahan perancangan keluarga dan kewangan pada pandangan aku.

Sampai sekarang adik beradik suami termasuk dia waktu aku kenal memang kedekut pahit,

Duit yang mereka earn tak akan dibelanjakan untuk family, makan2 sedap tak ada, simpanan tak ada, cuma beli motor kereta yang aku nampak, bulanan tak cukup sebab beli kereta dan motor, roadtax minta duit suami pinjam dahulu katanya, setiap tahun benda yang sama.

Suami sangat pemurah kalau family minta duit sampai sekarang pun. Aku ubah suami aku yang kedekut untuk jadi pemurah macam sekarang sebab dia ada pendapatan dari business yang aku create untuk dia take part dan bergaji 2 sumber seperti sekarang,

Duit gaji simpan, duit business tampung keperluan kami, memang hidup kami hustle betul, habis kerja, check unit kami, ambil kunci, hantar kunci, kalau tak sempat memang kami terpaksa bayar hourly maid untuk settlekan kerja kami.

Berjalan makan angin keluar negara walaupun thailand tersangatlah luxury untuk family suami walaupun style aku adalah bagpacking, memang dipandang ada duit sentiasa,

Walhal aku hanya guna tak sampai 1k untuk kesana bermalam 2 malam atau 3 malam, baik ini bukan aku mahu memandang rendah,

Tapi definisi luxurious mereka berbeza dengan family aku, kereta dan motor diluar kemampuan adalah luxury bagi keluarga kami, kerana ia tak mendatangkan income, bercuti sekali dalam 3 bulan bajet tak sampai seribu berbanding income 5 angka kami sangat luxury bagi mereka,

Tapi untuk ketenangan minda aku buat sebab itu allocation pada aku dan suami memandangkan kami kuat bekerja, untuk release stress dan healing lah kan, untuk meet suami sebagai pasangan romantis tanpa pandang dia seperti business partner sekejap.

Aku pernah nampak status whatsapp salah seorang adik beradik suami bercuti tak ajak mereka, bukan aku tak mahu ajak, tapi aku dah kena, 100% kami tanggung untuk 8 orang dewasa, sehelai RM1 tak ada dihulurkan langsung, siap meminta belanja untuk beli souvenir pd rakan2 mereka.

Aku serik sebab culture family aku, mak akan bayar hotel, abah bayar makan dan transport, bila dah besar aku dan abang akn tanggung semua, tapi tetap abah akan hulur2 juga, tak pernah meminta lebih, sangat2 culture shock aku dibuatnya dengan family suami.

Suami malu sbenarnya dengan family dia berperangai begitu tapi dia most of the time akan berdiam sahaja, start daripada itu aku cuma suruh dia cakap tak ada duit sahaja, supaya mereka tak dibiasakan meminta dan mengharap begitu.

Minggu depan adik suami mahu buat sleepover dengan bff dia di salah satu unit kami, terus aku cakap dia dan kawan2 nya kena bayar, terus diam aku tak tahu lah jadi atau tak, satu malam cuma 200 sahaja,

Aku suruh bayar 150 harga adik beradik, tapi macam tu lah, adik dia mengharap RM0 keluar dari dompet. Haha.

Aku juga ada tengok whatsapp suami baru2 ni, semua whatsapp kebanyakan nya adik beradik dan mak ayah mertua minta tolong duit, yang paling kelakar raya baru ni, sebab suami tiap tahun ada bagi duit raya, dan ramadhan haritu business kami tak berapa okay, aku cut down banyak benda,

Tapi adik beradik suami meminta duit raya tanpa segan silu, dan suami dah bagi pun tanpa aku tahu, aku tak kisah sebab itu duit suami, yang aku kisah dia dah biasa kan keluarganya tanpa segan silu minta duit pada dia.

Tiada duit raya buat aku sebab aku tahu keadaan kewangan dia dan aku tak meminta pun, aku tahu bila dia tak bagi, memang dia tak ada duit, tapi untuk adik beradik dia, kalau minta mesti dapat,

Dah kerja ya semua adik beradik dia cuma belum kahwin, suami seorang sahaja dah berkahwin, dua tiga hari lepas tu mak ayah mertua minta pada dia duit raya.

Mereka berkenaan duit tak pernah minta dalam group family, semua whatsapp suami personal dan suami tak akan beritahu aku sepatah pun, samada malu atau malas aku bercakap tentang family dia kena stop minta duit.

Suami sudah mula suka raya di kampung aku sebab kalau raya di kampung dia, automatik yang ada business ni lah kena tampung semuanya, walhal mereka tak nampak struggle nya kami buat itu dan ini.

Sikit2 persoalan aku tentang suami tak call mak ayah mertua kerap, tak update tentang business kerap, tak bercakap pasal untung rugi kerap dengan family nya sebab tak mahu mereka tahu sebab for sure akan minta lebih,

Dan silap aku selalu update di media sosial dan testimoni guest kami, tapi untuk marketing purpose lah kan, itulah business kami dianggap hanya untung tiada rugi.

Pernah aku buat tak dengar dengan kata2 ibu mertua, sebab apa pun tak ingat, dia kata kita ni nak cari duit sampai bila ya?

Stop2 lah, bukan nak makan mewah sangat, nak hidup mewah sangat, walhal aku masak sangat dengan situasi kewangan ibu dan ayah mertua, ayah mertua baru pencen 2 tahun, duit kwsp 80% sudah habis,

Sekarang tengah attempt beberapa business yang tak pernah menjadi, tahun pertama pencen dihabiskan masa dan duit dengan makan angin, anak nya jadi generasi sndwich, tersepit di tengah between providing kepada family kecil, provide juga pada ibu bapa, iaitu suami aku.

Aku pening dengan situasi ini, situasi suami yang ditelannmati emak diluah mati bapak.

Sepatutnya duit kwsp simpan lah sebab tak ada pencen, tapi dijoli dahulu mengharap anak2 provide setiap bulan, anak 5 tapi yang memberi seprang sahaja, iaitu sumai, yang lain semua ada masalah kewangan sendiri.

Oh lagi satu, aku guide ya semua adik beradik dia untuk join skim lambat kaya aku, iaitu ajar cara buat duit dengan bidang pest control, flip rumah dan beberapa bidang lain juga, tiada satu pun berminat, berminat lah awal2 lepas tu suam2 kuku.

Memang aku tak boleh dah buat apa, penat aku memujuk dan guide tapi memang seorang pun tak berjaya, mungkin aku kena duduk serumah dengan mereka basuh hari2 macam suami aku agaknya.

Gaji 2500,

Kereta 900,

Sewa bilik 450,

Bil api dan air lagi, makan lagi,

Berapa yang tinggal ya agaknya?

Semua ni rhetorical question sahaja untuk aku, setelah aku culcalate aku nak bantu, tiada siapa yang mahu diberi joran, mahu ikannya sahaja.

Kalau adik beradik aku sudah aku lempang seorang demi seorang suruh sedar yang kita ada 30 hari untuk hidup sebulan, tapi mereka berjoli seperti 5 hari sekali dapat gaji.

Hujung2 maggie, tak pun minta duit dengan abang nya. Malam lepas kerja wajib melepak dengan kawan2 tak ada rasa nak hustle, katanya tak ada life kalau malam pun kerja.

Medsos follow cerita artis dan artis sahaja, sangat mementalkan, baju raya mesti nak sama macam artis ya. Harga berapa tak kisah, janji dapat bergaya. Parah betul.

Btw untuk pembaca, kalau anda terasa atau tak bersetuju tak apa, sebab aku dah lama question mentality aku yang satu ni, bukan family keluarga mertua sahaja yang macam ini,

Kawan2 aku juga ramai yang begini mungkin termasuk pembaca2 disini juga, cuma aku tak kisah sebab dia tak affect hidup aku, aku kisah sebab ini keluarga mertua kini sebahagian hidup aku.

Aku pilih suami, sebab dia ada kesunnguhan dan sangat2 menerima cara aku, cuma dia tak tahu cara mulakan financial awareness begini dari mana,

Dia serba boleh dalam semua benda, termasuk bina cabinet dan buat cabinet from scratch, disitulah aku jumpa dia dan aku tak pernah beritahu rumah yang dia pasang cabinet tu rumah aku,

Sehinggalah aku berkahwin dengan dia, dan aku tak tahu menahu mentality keluarganya begini yang aku ceritakan diatas.

Suami sangat bagus dalam buat gig job, aku pula tak reti gig job dan tak pandai sebenarnya, jadi aku pilih yang aku boleh tanggung risikonya, suami bergaji 1800 waktu berjumpa dengan aku,

Dan aku push untuk demand sebab position dia sebagai experienced architect, dan kepakaran dia ada 2 orang sahaja dalam company tu, aku minta dia pindah company lain bila demand tak diluluskan boss dia,

Dia pindah dan boss dia panggil dia semula dengan gaji 4000 sekarang. Puas hati dengan demand, walaupun sangat jauh rendah dari aku sekarang asalkan orang yang aku sayang tak ditindas kemahiran nya dengan gaji tak setimpal.

Permulaan perkahwinan sangat lah struggle dengan dia memandang aku sebagai perempuan gila duit walaupun yang dia nampak hanyalah aku hustle siang malam, berkat aku tak pernah minta sesen pun dari poket dia, dia akhirnya faham aku.

Goal nya bukan duit tapi bebas daripada bebanan duit, bebanan hutang, bebanan kerisauan di hari tua tentang duit, semua ni disebabkan aku nak attain financial freedom, dan aku sentiasa guide dia untuk faham goal aku.

Suami bukan seorang leader, memang follower dari mula, jadi aku akan tuliskan atas kertas semua plan aku, aku berjaya pay off sebuah rumah dalam masa 3 tahun ya,

Aku buat dan aku tunjuk dan aku guide, itulah penyebab suami setuju dengan aku dan benarkan aku guna nama dia ats loan rumah yang lain.

Sungguh, kesemua rumah ini bukan harta melainkan komitmen dan hutang sahaja, by umur kami 35 aku dah berjanji dengan suami at least 7 buah rumah kami hanya lah income bukan lagi hutang,

Suami nampak dan percaya dengan statistik daripada aku, dan follow the flow termasuklah stop production anak, cukuplah 3 yang aku sanggup berkomitmen meluang masa dan tenaga tanpa ada keculasan agama, emosi dan wellbeing mereka sebagai manusia.

Tulisan ini bercampur2 aku minta maaf, tapi memang aku perlu tulis sebab aku tak suka cerita the bad side to anyone, people read, people judge and people talk, aku juga perlu luahkan,

Jadi itu pentingnya aku tulis anonymously supaya semua ni habis disini, aku juga pernah luahkan disini beberapa tahun yang lalu.

Jadi aku sangat suka platform ni sebab aku boleh membaca pandangan pembaca di ruangan komen, aku berterima kasih kepada semua yang sudi ambil masa untuk baca berfikir dan tinggalkan buah fikiran disini.

Terima kasih banyak ya.

– Nurfa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. sis, can you guide and ‘basuh’ saya juga? terinspirasi dengan your post. saya dh nak masuk 30an, nak beli rumah tapi asyik rasa taklepas.. i don’t care dengan apa orang kata as long as the result is there.

    • Eh sy baru prsan boleh comment anonymously sini, tujuan org beli rumah lain2 awak, sya mmg nak buat pelaburan bukan untuk duduk, dan saya beli tempat yang strategik untuk buat homestay/airbnb, kalau awak nak beli untuk duduk, mmg akan dilema sikit sbb harga, tempat, type rumah (landed/condo) dan awak akn fikir betul ke aku nak settle down sini. Senangnya nasihat untuk yang nak beli first house, beli yang installment tak tinggi dalam 20% gaji, yang dekat dgn tempat kerja, yang kecil je. Nanti kalau nak beli rumah lain, sewakan rumah yg sedia ada.

      Kalau awak nak buat homestay, tempat strategik sgt lah perlu, kalau boleh pakai duit cash (kumpul, ikat perut, disiplin) untuk furnish homestay, jangan mark up loan. Duit rumah yang buat homestay semua masuk acc business (buat ssm dan buka acc bank perniagaan) duit yang masuk kena ada keluar, masuk duit homestay, keluar duit bayar bank sahaja, yg lebih tahan diri daripada pakai. Jangan biarkan bank kosong, next beli rumah submit statement bank perniagaan dgn slip gaji, boleh beli rumah seterusnya. Harap membantu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *