Saya terdetik hati nak kongsi cerita macam ni jugak https://iiumc.com/mak-kami cumanya takdelah seteruk macam ni.
Kehidupan saya membesar pun dengan keadaan sederhana tapi mak ayah kami tak pernah menyuruh kami bekerja semasa belajar di sekolah, semasa belajar di uni paling teruk pun buat pinjaman untuk yuran universiti jadi memang tak guna duit ibu ayah.
Cumanya mak saya ni terlampau mata duitan dan ayah juga seorang penganggur tapi setiap bulan ada income masuk walaupun duduk rumah goyang kaki je.
Cuma income bulanan tu tak mencukupi untuk sara seluruh keluarga dan menyebabkan mak terpaksa bekerja untuk membantu menampung keluarga dan kami untuk membesar.
Jadi nak kata susah tu bagi saya tak, pergi sekolah pun ada kenderaan, makan cukup cuma tak mewah biasa2 je, cuma untuk lebih2 tu tak ada lah dan saya pun tak pernah minta apa2 dari parents dari kecik,
Sebab saya pernah kena tampar berkali-kali masa umur 5 tahun hanya minta belikan selipar untuk raya.
Jadi selepas itu saya memang tak pernah minta apa-apa, kalau nak sesuatu saya akan kumpul duit sendiri dan saya terima sahaja, saya faham susah nak tanggung family.
Ibu saya ni agak mata duitan, dia agak berkira tapi saya faham sebab ibu saya yang banyak sumbang duit untuk keluarga terutama sekali pada kakak saya, anak sulung.
Jadi semua bende kakak saya mahukan ibu akan turuti, tapi ibu selalu merenget pada saya, dia banyak habiskan duit untuk kakak, bla.. bla.. bla… dia rasa terbeban sebab kakak selalu minta duit minta belikan macam-macam and yada yada.
Kerana itu saya tak pernah minta-minta pada ibu atau pun ayah. Sebab ayah pun takde duit hanya cukup2 saja.
Masa kakak kawin pun ibu ayah saya bantu dalam beberapa ribu sambil tu merenget pada saya lah macam biasa.
Ibu selalu pesan pada saya, bila dah habis belajar bantu dia, sebab dia banyak berkorban untuk anak-anak, ye saya nampak, mungkin pada kakak banyak dia berkorban, tapi takpe saya pun kesian sebab saya nampak keluhan ibu saya ni.
Tapi kakak tak sedar, kakak saya kawin awal even before habis belajar dia dah kawin dan ada anak before tamat belajar, menyebabkan dia hanya menjadi suri rumah.
Jadi ibu saya ni complaint pada saya, dia penat-penat tanggung kakak saya belajar last2 jadi suri rumah, satu sen pun tak pernah hulur pada dia dan tak dapat apa-apa lepas bela sampai besar panjang.
Jadi disebabkan itu semua tanggungjawab saya tanggung after saya habis degree dan bekerja.
Tapi gaji saya takdelah banyak mana, right after saya dapat first gaji, ibu suruh saya amik kereta baru sebab dia selalu merenget, saya pinjam kereta ayah untuk bekerja, ayah ada dua kereta jadi saya pinjam satu.
Tapi ibu ayah saya berkira sikit katanya dia penat bayar (dia bayar half saja) dia sayang kereta tu, jadi dia suruh saya beli kereta lain.
Saya pun amiklah kereta baru tapi since kereta saya tu kereta baru dan agak mahal sikit dari kereta kesayangan dia, dia nak pakai kereta baru saya tu. Saya pun takpe bagi je cuma ada dua kereta yang saya perlu tanggung which is agak sakit sebenarnya.
Tapi ibu ayah tak pernah faham saya, mestilah setiap bulan saya bagi parents saya duit tapi tak banyak sebab ada banyak commitment, dua kereta dan juga rumah sewa, dan juga kumpul duit kawin sebab saya dah plan nak kawin,
Tapi ibu saya pesan, guna duit sendiri dia dah takde duit jadi pandai2 lah nak kawin.
Saya memang tak pernah terfikir pun nak dia sumbang apa-apa sebab taknak susahkan. Ayah pulak tak pernah kisah saya nak kawin ke tak, sebab kalau saya nak kawin pun dia rasa satu beban untuk dia juga.
Ibu selalu perli pada saya yang kakak tak pernah bagi dia duit sesen pun dia susah payah besarkan anak-anak tapi tak kenang jasa katanya, jadi saya faham lah apa perlu buatkan.
Saya bagi duit tapi tak banyak sangat, tapi bagi dia still tak cukup. Setiap bulan merenget pada saya itu tak cukup ini tak cukup, kena bayar duit kutu, bayar hutang pada kawannya beli pinggan mangkuk, duit saya bagi sikit, dia perlukan banyak duit.
Tapi yang saya nampak perbelanjaan sangat boros, setiap hari ada je barang online sampai, baju supplement, macam-macam ada yang bukan keperluanlah banyak. Katanya kalau saya bagi dia duit macam gaji dia sebulan baru cukup.
Saya sampai kena ikat perut sebab saya kalau boleh nak senangkan ibu, nak happykan ibu taknak jadi macam kakak kawin lepas tu abaikan terus family.
Berat saya turun 6kg dalam masa sebulan sebab penat bekerja dan kurang makan kena catu makan. Makin lama berat saya makin menurun sampai ayah saya pernah tegur sakit ke?
Saya ni kurus je orangnya paling berat pun 48kg je, jadi kalau dah menurun banyak tu sebulan memang macam orang hisap dadahlah. Tapi nak buat macam mana.
Ouh ibu juga tak bagi saya kawin awal sebab dia takut jadi macam kakak tinggalkan terus tanggungjawab anak ke ibu dia.
Setiap kali saya call ibu tanya kabar dia selalu merenget pasal duit dan kata-kata saya paling terkilan adalah,
“ibu korbankan banyak bende nak besarkan anak-anak ini yang ibu dapat, ibu korbankan kerja ibu sebab mengandungkan kamu, masa depan ibu sumber kewangan ibu, hidup ibu susah lepas dapat kamu, tapi tak pernah hargai”
“ibu korbankan masa depan ibu demi anak2, mengharapkan anak2 lah boleh jadi masa depan terbaik ibu tapi hampas semua, kalau ibu berkerja hospital senang hidup ibu tapi salah ibu sebab kawin dengan ayah kamu pun ibu rasa menyesal”
jadi kata-kata dia buat saya rasa macam menyesal lahir dekat dunia ni haha. Ayah pula selalu cakap “janganlah harap dekat anak-anak tu, selalu anak memang jadi macam tu kacang lupakan kulit, buang je mak ayah bila dah besar.”
Ibu ayah selalu cerita hidup diorang sangat senang selalu melancong, bercuti, berzimba, menjoli before ada anak-anak, lepas ada anak hidup diorang susah.
Dia selalu pressure saya untuk kejar masa depan yang dia mahukan, dia nak anak-anak dia jadi macam apa yang dia nak so that hidup ibu dah tak susah. Tapi saya tak pernah luahkan kesusahan saya pada ibu tak pernah sekali pun sebab saya rasa ibu dah berkorban macam macam.
Tapi jujur saya cakap, saya rasa beban agak besar. Saya tak pernah belanja apa-apa untuk diri saya atau belikan sesuatu yang berharga atau apa yang saya nak untuk diri saya, sebab saya rasa saya perlu berkorban semua tu dari kecik sampai sekarang.
Saya pun dah berkorban macam-macam impian saya, masa muda saya (which is saya tak pernah berseronok atau menjoli dengan kawan2 sejak dari sekolah sampai sekarang, tak pernah sebab ibu tak suka baginya tak ada faedah dan membazir) even perkahwinan saya, saya tangguh (yang ni saya paling kecewa).
Tapi ibu tak pernah nampak semua tu… bagi dia apa yang saya buat dan bagi semua tu masih tak cukup, saya penat bila dia selalu merenget “tak cukup” saya penat.
Kalau nak cerita dekat sini bende yang saya dah berkorban memang tak cukup page lah. Saya tak dapat ceritakan semua.
Kalau cakap pasal masakan, saya dah lama tak rasa masakan ibu, ibu stop masak masa umur saya 7 tahun umur kakak 10 tahun sebab katanya dah boleh masak sendiri, makan sendiri.
Jadi dari umur tu sampai sekarang sayalah yang ke dapur even balik rumah mak ayah bila cuti kerja pun masak sendiri je.
Bayangkan balik rumah mak ayah sampai dalam pukul 10 malam after drive berjam-jam, saya tak makan dari pagi, disuruhnya masak sendiri sebab ibu ayah memang tak masak dekat rumah,
Ibu memang tak pernah pergi dapur dah, jadi gagah lah saya masak after sampai tu sejujurnya saya rindu masakan ibu, saya dah lupa dah rasa dia macam mana.
Cuma saya nak cakap pada ibu bapa dari pihak anak, tolonglah jangan korbankan masa depan kamu untuk orang lain atau anak2 dan letak masa depan/harapan kamu pada anak2.
Sebab itu agak membebankan dan agak menyedihkan untuk kami, kami tak pernah minta pun kamu-kamu korbankan kebahagiaan kamu, dengan mengharapkan kebahagiaan kami adalah kebahagiaan kamu. Hidup kamu, kamu punya dan hidup kami, kami punya.
Berilah peluang pada anak2 kamu untuk membina masa depan dan kebahagiaan mereka sendiri. Betul ibu dan ayahlah yang bersusah payah membesarkan anak-anak, tapi bukan ke itu memang tanggungjawab mak ayah, takkanlah lahir2 je kami terus bekerja cari duit sendiri.
Dan betul bila anak-anak dah besar ibubapa pulak tanggungjawab anak untuk balas jasa mereka. Cuma saya nak jugak diberi peluang untuk saya jadi seperti anak-anak muda yang tahu macam mana nak enjoy kehidupan dan buat apa yang saya nak.
Saya tahu batas, baik buruk semua tu. Cuma sekali je saya nak rasa macam mana perasaan bergantung pada orang sebab saya penat asyik menjadi tongkat untuk diri sendiri. Berilah peluang untuk kita pilih jalan hidup kita sendiri.
– Papercut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hmm.. kesian jugak kat awk nk tanggung mcm2, kna kuat fizikal n mental.. satu je, apa2 hal awk kna jaga kesihatan awk, jaga mkn n jgn terlalu stress.. klaw awk yg “collapse” nt, sapa yg susah, klaw semua d sekeliling awk tu amk berat tentang awk x pe jugak.. mami nasihatkn, sbelom awk bayar commitments n bantu family awk, simpan sebhgian gaji awk tu di tempat lain, asb or tbg hji ke, n angggap duit tu xde.. klaw satu hari awk sgt perlukn dt, bole lah guna, tp kna ‘berhemah’ jugak, sbb dt bkn senang nk kumpul, klaw nk abiskn, skejap je bole.. lg stu, klaw awk nk cari pasangan nt, carilah yg ‘stabil’ ckit ekonomi nya.. bkn nya jd ‘mata duitan’, tp dunia skrg ni semuanya perlukan wang, brg2 semua semakin naik harga, jarang2 yg turun harga, klau pergi pasar pon, tengokla harga brg2 bsh n kering.. xkan awak nk ‘catu’ mkanan sampai tua kot.. mmg la cinta pasangan kita tu, dan rezeki Allah dah tetapkn, tp klaw x kerja or x mnentu, mintak lg kat istri.. klu camtu, nt umpama awk nk kna tanggung ‘bewak idup’ sampai mati.. (na’uzubillah).. so, pepandai la nk urus hidup awk, mse senang, ramai la yg dtg meminta, tp klaw dah susah, takut suma akn melarikan diri plak nt.. wasalam
been there, done that, but after that I try letgo, i tak bayar, i suruh ayah i yg bayar duit rmh, i suruh adik2 i minta duit dekat parents dulu instead of i. so from that i can “manage” my money well and at the same time i “paksa” ayah i untuk jalankan tanggungjawab dia dekat adik2 i. awak bg yg termampu je wak, takde sape nak kesiankan awak inc your parents, so you have to take care of yourself first. jangan fikir orang lain. sound harsh but this is the reality, nk tolong boleh tp berpada2 and limitkan apa yg awak bagi.contoh selama ni awak bayar 400, awak limitkan jd 250 or 200 je..please please, jaga diri..jangan sampai benda ni effect mental and physical awak.
Kesian dekat anak2 ada mak ayah mentaliti mcm ni. Anak tu amanah dgn tanggungjawab. Sendiri yg tak bersedia mental, fizikal, ilmu, dgn kewangan nak ada anak..lepas tu main sentimen agama kena balas jasa mak ayah. Bukan dgn duit sahaja yer boleh balas jasa tu. Anak tu baru nak mula hidup. Sempitnya la haii otak tuu… Hug for you sis.
Mula hari ni belajar jadi tegas. Bentang dgn mak ayah tu kewangan you sis. Tunjuk dpn muka dia list dgn harga sekali semua2 yg you bayar tu. Yg mana negative untuk expenses diri you.. tanya mak balik.. Boleh ke nak pinjam mak balik untuk bayar? Dgn org lembam/totok (maaf la kasar) ni kena main dgn soalan balik untuk bg otak dia rasionalise balik. DIRI SENDIRI KENA JADI TEGAS AND SET THE LIMIT.
Start buat saving sendiri. Saving yg ada buat senyap. Jgn cerita. Kakak yg tak function tu pun stop la berharap. Kalau mak dok meratib penat lelah dia mengandung beranak bagai tu.. Ckp balik.. “saya tak mintak dilahirkan pun.. Sebab mak dgn ayah jgk la saya wujud dkt dunia ni. Mak dgn ayah nak mengungkit.. sila kan..” you pun boleh mengungkit balik semua yg you tak dpt dan korban dari kecik. LUAHKAN SEMUA. Bagitau ayah.. Mak tu patut tanggungan ayah. Bukan anak2. Banyak ayah hutang dgn anak2 jgk. Kalau anak tak redha menjawab la ayah kat sana nanti.
Ni mak ayah kau masih sihat boleh jaga diri sendiri lagi. Kau tunggu tiba2 nanti kalau salah sorang sakit dah tak boleh jaga diri sendiri. Masa tu lagi merana. Dok bertolak2 dgn adik beradik siapa nak jaga mak ayah. Silap2 kau jgk yg mak suruh berenti kerja jaga dia. So start prepare untuk diri sendiri. Sbb at the end.. tak de sapa pun boleh tolong kita nanti.
Last sekali selalu doa Allah bagi kekuatan & kemudahan untuk kau hadap ujian ni. Dan moga Allah bukakkan mata hati mak ayah tu. Ingat.. jaga diri sendiri dulu ya.
Bukan tggungjawab awak pun kena bagi duit kat Mak bapak unless during dh tua terlantar sakit xleh keje.. Tu pun boleh je mntk Zakat kalau betul keadaan mcm tu.. Toksik betul Mak bapak.. Baik awak Kawin cepat Dan duk jauh..biar dyeorang x amik kesempatan lagi