Duit keluar macam air :(

aku seorang pelajar salah sebuah ipta dekat shah alam. bulan depan masuk sem 3. masa sem 2 ni aku banyak sangat pakai duit. duduk tengah bandar ni takde benda murah. makan tenghari pun RM5 – 7. makan malam lagi. aku tak amik ptptn, segala belanja pakai duit mak ayah. mak ayah aku tegur kenapa banyak habis duit. mak aku bagi duit secara mingguan. seminggu dalam RM100- RM150. Setiap minggu aku try nak simpan dalam RM20 tapi tak berjaya. duit yang diorang bagi aku guna untuk makan minum, shopping & keluar dengan kawan. biasa lah duduk kolej, bila keluar naik kereta sewa kenalah share duitnya. sewa kereta sorang RM10 minyak sorang RM5. Bila keluar of course lah makan, paling kurang RM10, tengok wayang, etc. Aku jarang sangat shopping. maksudnya kalau shopping pun mungkin sebulan sekali. tu pun beli baju sehelai dgn make up. total dalam RM50 ke RM80.
aku harap sem depan aku dapat save duit sikit. sebabnya sem lepas aku pakai semua duit belanja yang mak ayah bagi & duit dalam akaun simpanan yang aku urus sendiri(duit gaji masa kerja cuti sem1) aku risau sebab yelah saving sendiri dah takde. takkan nak mintak duit mak ayah je :( aku nak jugak simpan duit tapi tak tahu mcm mana. tak tahu nak jimat mcm mana dah :(

Tolong aku bagi tips cara macam mana nak save duit. takkan tak nak kelaur dengan kawan2, nak ikat perut mak aku tak bagi. dia pesan walau apa pun kau jangan ikat perut. makan penting. bagi tenaga untuk belajar.

thank you :)
-IA

– IA

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

165 Comments

  1. dik. kalau dah selalu keluar dengan kereta sewa. makan 2 kali sehari. tengok wayang. memang xdan jimat dik.

    akak dah kerja pun berkira2 kalau nak tengok wayang.

    kurangkankeluar. banyak habiskan waktu kat uni ja. jimat banyak dik.

  2. Save duit. Tapi makan jangan skip. Macam saya dulu, sarapan makan kurma+susu kambing. Petang tu baru makan nasi. Malam tu cicah biskut/roti. Ada duit lebih, makan lah malam tu kat kedai.

    Saya ni jarang sangat keluar dengan kawan kawan. Selalu kedekut dengan diri sendiri. Bawa botol air selalu ke kedai makan. Dah hujung hujung sem baru nak bermewah sikit.

    Tapi taktaulah awak macam mana. Mungkin boleh try method kawan kawan yang confess dalam page ni.

    Misalnya, banyakkan sedeqah, baca surah Al Waqiah selalu, solat dhuha, solat sunat dua rakaat sebelum subuh.

    WallahuA’lam. Just sharing.

  3. Haih. Aku pernah satu sem tu sekali pun tak pernah tgok wayang. Zaman skrg ni sume laju. Hari ni kluar wayang esok2 lusa boleh download dah. Chill.
    Kluar bjimba jauh skli. Ada food fest. Fuh telan air liur je.
    So ape aku buat ialah aku carik alternatif kegembiraan aku. Aku pegi sungai. Aku pegi taman layang2 aku pegi tempat yg tak payah spent duit. Itu cara aku menyekat diri. Tp aku bagi kau solution buat duit.
    Kau meniaga la amek upah ke.
    Aku pandai menjahit sesikit. So aku amek upah jahit. Dpt la cukup tak pakai duit mak ayah. Member aku runner makanan. Ada lagi aku tgok org promote kat portal carik part timer jaga booth la packing barang la jaga anak org la taip thesis la editing la. Pandai2 la kau carik peluang jana pendapatan. At least duit tu kau buat jimba sesikit tak la sagat duit poket mak ayah bagi. Lagi satu tak payah turut kan sgt ajakan member sanasini..

  4. Well..pakai public transport instead of sewa kereta.. try kurangkan kluar ngan kwn2.. or kuar time nk reward urself je.. itu yg sy buat dulu.. :) i believe there will be some balance of ur pocket money if u try this.. good luck!

  5. Tak payah keluar every week pergi shopping complex and tengok wayang, pegi la beriadah ke ape ke or buat aktiviti xpayah guna duit. Student every month shopping baju, memang susah la nk simpan duit. Kawal nafsu berbelanja, insya allah everything will be fine. Reward diri sekali sekala ok la. All the best.

  6. try upah part ‘mkn rm5 – 7 skli mkn’, kan klu mkn tghari nasik lauk amik nasi dgn telur dh la sosej ke, klu kata tkot tk kenyang amik la nasik byk2.. klu kata tk sedap amik la kuah byk2.. sedap bukan tang lauk, tang masakan tu so amik kuah pun dah ok.. air plk air kosong dh lar, nti balik umh sewa bancuh sendiri minum la satu jag pun.. mlm nasik bujang dh la.. mintak nasik lebih klu tk kenyang.. blh kot nak seribu daya tak nak seribu dalih.. saya yg dulu kat u pun mcm tu jgk smpi mak ngah cafe tu mcm meluat dh amik nasi byk2 mcm nk pecah polistrin tpi amik telur or sosej je tiap2 hari sama haahhaah (pandangan saya je ni)

  7. kalau dah lifestyle mcm tu mmg x pyh citer la..kita zaman study 1 sem nk tgk wyg 1 kali pun belom tentu…even dah keje pun bajet belanja fix 150 per week..balance gaji simpan tempat lain..sebulan skali je reward diri sendiri..tu pun not more than 150 per skali reward..sopping baju bajan tu bila perlu sahaja..bukan every month..ni story akak2 yang dh keje

  8. aku dah lame sgt x tengok wayang. haha. cube usha kedai makan yg murah. oder ice kosong utk air. tgk wayang setahun sekali. shoping time raye je. ok dh kowt haha

  9. sng je..mgkin sb adik sntiasa brada dlm keadaan zon slesa sb tu tfkir utk tgk wyg ap sume tu..cuba mtk parents bg rm100 je sminggu..lbh rm50 tu mtk parents pegangkn or bg spe2 pgang yg btkn adk xmmpu nk korek duit tu balik..kompom bila rm100 dlm genggamn ckup2 jer,mcm2 idea dtg dlm kpala n nk survive ngn rm100 tu..bila kita dlm keadaan tdesak tu lah idea dtg cmne nk save cost..cuba2

  10. Tk perlu ler p shopping , tgk wayang kalau rasa duit tu mcm air . awakk still student . act like ur student . belajar sungguh2 . nanti dh keje dh ada duit sendiri . beli laa apa nk. belanja laa apa nk .

  11. Yang ko pegi tengok wayang, beli mekap, keluar shopping tu sape suruh.

    Zaman sekarang tengah kemarau dik. Kalau nak sangat tengok wayang tunggu la 2-3 minggu lepas cerita keluar. Lepastu ko sedut la movie tu dekat internet. Duduk diam2 tengok wayang dalam bilik sambil makan popcorn.

  12. Bezakan keperluan dan kehendak . Utamakan keperluan dahulu . Dah settle pasal keperluan, baru boleh beri komitmen kepada kehendak .

    Ukur baju di badan sendiri ~

  13. Kurangkan keluar, sebulan sekali cukuplah, kurang lebih baik. Cakap dengan member, diorang mesti faham. Nak tgok movie? Download je. Nak feel wayang sikit, tgok dalam bilik, tutup lampu. Hadkan penggunaan duit untuk makan. Sehari mesti jangan lebih berapa RM untuk makan, sedikit sebanyak dapat latih kita untuk disiplin. Basuh baju pun pakai tangan je. Oklah tu tak pinjam PTPTN, kalau pinjam, lagi senang duit nak habis sbb tinggal pi ATM je.

    **Zaman student mmg kena tahan sikit nafsu nak habiskan duit ni, banyak je godaan.

  14. Dikk..ape kate adik bezakn kehendak n keperluan..mngkin mmbantu..asenyer shoping kluar kwn2 n semua tue kehendak jer..makan n mnum kprluan..so utamakn kprluan yer…kehendak tue..satu sem skali pon da ckup..xder nyer merana klau xshoping sbulan skali..ingt sesal dahulu pndapatan..sesal kemudian xder guna..dlm kdaan kita negara kita skang nie..saving adlah sngt pnting!! All da best yer

  15. Cara saya simpan duit mudah. Dari dulu saya catat segala perbelanjaan dalam buku. Seminggu sekali/ sebulan sekali saya semak perbelanjaan. Dari situ saya tengok aliran keluar duit saya.

    Btw, banyak tu seminggu 150 ringgit. Duit tu cukup untuk makan sebulan dan saya boleh simpan 50 ringgit sebulan.

  16. Boleh ja nak kluar dgn kawan… Guna public transport. Bila nak shopping bagai ukur baju kat bdn sendiri. Time student kita buat cara student. Kalo boleh limit g bersuka ria sebulan skali or dua kali.. (wyg etc) jgn nanti bila dh kja, takdir mak or ayah xsmpat merasa time kita sng, bru menyesal. Aku dah besaq2 ni, tau mcm mana mak ayh susah nk skolahkan aku dulu…menyesal x terkata sbb bnyak sgt buat hal.

  17. aku yang dapat elaun rm800 sebulan ni pun dok simpan.. tak cukup dik kalau boros camni.. ak sanggup seludup periuk nasi semata2 nak jimat.. lantakla nak kata apepun..

  18. Dh kejenye asik hangout, berwayang bagai mmg duit tu xcukup la cite nye. Rm 150 tu leh guna untk 2 mggu expenses kalau btl2 guna untk mkn minum. Saya study dlu bkira2 nk tgok wyang, nk hangout bgai sbb tkut duit xcukup dikemudian hari.

  19. Adik.akak dulu pun belajar. Bukan nak kecam tau. Tapi akak tak shopping, tak beli mekap, tengok wayang langsung tak pernah masa belajar. Makan nasi sekali sehari.mlm makan roti je. Or, kalau malam makan nasi, siang tu makan la buah ke…roti ke..camtu la akak jimat dik.

    Even dah kerja, gaji ribu riban…akak tak shopping mana. Time makan sedap hebat tu, makan lah. Hari2 lain makan sgt biasa2. Rajin2 puasa isnin khamis juga dik. Baca ni jangan nangis lak. Set priority dlm hidup kita…

    • Setuju… mcm ni juga sy buat ms study dlu. selalulah puasa.. bykkan bersedekah. P masuk usrah kt area uni bila weekend, tayah kerap sgt outing.. belajar berjimat, mak ayah susah cari duit..

  20. Sah junior uitm..hu..jgn keluar sgt, siyes sbb keluar byk gila duit pkai..lepak la kt tasik sek 7 ke or mna2 tmpt yg x spend duit..saya duk luar ni pn jrang gila keluar..n kalo bole buat akaun asb or tabung haji ke, at least ko susah nk kluar duit kalo letak situ..kalo tabung haji ko dh ckup 1300 bole dftar haji dh..adik2 saya dftar sume jangka g haji lg 50 tahun, baik dftar cepat..

  21. Nak kaya kena ‘keluar’ duit..cuba dalam seminggu tu..peruntukan duit untuk sedekah..dhuha jangan tinggal..pengalaman saya :)

  22. Manfaatkan komen-komen kat sini. Belajar dari sekarang urus duit. Kalau dak, dikhuatiri BERMASALAH bila dah ada hidup sendiri nanti. Kebiasaan hari ni tak mustahil berlanjutan.

  23. Sorry to say la dik, sis pun belajar tgh bandar jugak. Duduk umah sewa dgn member. Sume duit ptptn sis, ayah yg manage kan. Ayah bg rm50 je seminggu. Pandai2 la hang nak buat apa dgn duit belanja tu. Alhamdulillah, still ada la saving walaupun sikit.

    Nasihat sis, jgn disebabkan kawan hidup bermewah, adik pun nak ikut lifestyle diaorg. Be yourself. Kalau nak award kan diri punn, award kan dgn benda yg berfaedah. .

  24. Rsanya tuan dia da tau da problem tu,tpi,diri sndri x dpt control,pandai2 lah fkir,bnda ni kcil ja halnya,UBAH CARA hidup,that’s all, ok,kipidap ya,i know YUKANDUIT, peace

  25. Senang cter… bnda yg x pnting tolak buang ke tepi… wayang bgai tue xpyhla… shopping tue klu rsa de kperluan bru beli… bljaq bjimat… mean bnda yg x pnting atau kurang pnting … buang dr senarai atau hold trus… nk kluaq ngn mber² pn xkn stiap mggu kluaq… then niatkn dlm hti nk simpan duit. Mcm aku… bla dpt duit rm5 yg sekeping tue… aku akn smpan… if dpt 2 keping dlm shari..2 keping jgk aku akn msukkn dlm tabung…

  26. Mungkin kurgkan kua kot.. Sy pon klu duit kurg mmg melepek kat bilik.. Tp klu xde duit pon sy still jln gak.. Xkua duit sgt pon.. Sbb naik bus U je p mall.. Smpi mall window shopping smbil mkn eskem mcD.. Pnt jln, balik.. Itulah sedikit tips yg xberapa nk cerdik dri sy

  27. Nk jimat? Jgn ler outing selalu kalau outing pon pakai la public tranport lebih jimat dan murah… shopping x payah la.. pilih salah satu sahaja bila keluar… samada shopping atau tgk wayang etc2.. makan plak bnyk je bley jimat.. nasik budget pon ade.. wayang plak kalau nk tgk saanagt cari la yg tiket murah.. early bird student price ladies day etc. 100 to150 to mewaah dah tu kalau takat utk sara hidup as student.. yg penting nk buat apa ukur baju di badan sendiri… x yah nak kejar hipster2 sangat…. mak aqk pon ckp kan.. yg penting jgn ikat perot.. so shoping outing tgk wayang tu x penting la diik oi!!

    Kalau nk jugak gaya hidup cengitu juga… cari la extra money… buat kerje part time.. buat bussiness ke… jgn ikut sgt nafsu… tu yg lesu…

  28. Ne maw ckp..law suda taw sesak, yg keluar memanjang tu npa? Cba la krg kn keluar, tgk wyg ka apa ka.. Jimat la duit sket.. Ne maw jimat tp asik keluar.. Apa ka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *