Harini masuk raya ketiga. Raya pada tahun ini bagiku sama sahaja seperti raya di tahun2 sebelumnya. Raya di rumah, ziarah rumah pakcik2 dan makcik2 ku yang jaraknya sekangkang kera sahaja daripada rumahku.
Arwah atuk dan nenek kedua2 belah ibu dan ayahku sudah lama meninggal dunia. Jadi, tiada lagi ‘balik kampung’, cuma ziarah menziarahi sahaja.
Alkisahnya, pagi tadi ibuku bertanya, “kaklong, duit raya dah bagi belum?”
Dah masuk 2 tahun aku bekerja, jadi memberi duit raya sudah menjadi ‘kewajipan’ bagiku.
Tapi sebenarnya aku pelik, dah lama aku pelik. Duit raya tu wajib ke? Kalau tak bagi duit raya berdosa?
Aku masih bujang. Belum ada apa2 komitmen yang banyak. Alhamdulillah, gaji pun boleh dikategorikan sebagai ‘selesa’. Dapat lah buat makan kfc seminggu sekali, kadang2 McD. Aku kerja doktor.
Tapi, bila setiap kali raya, macam berdosa pula kalau salam tak bagi sampul dan duit. Jangan salah faham, bukan tak nak bagi, tapi… tu lahh..
Bayangkan, aku anak sulung. Takda anak2 buah yang kecil2. Jadi duit2 raya ni sebenarnya aku kena bagi dekat sepupu sepapat aku yang lagi muda dari aku mostly tengah study (kolej and sekolah). Yang dah keja, diorang pun wajib bagi duit raya jugak.
Ok, sepupu aku ramai. Adik beradik mak aku ada lapan orang, maklong, makngah, maklang, makteh, makchik, atam, mak uda, maksu.
Purata anak2 makcik aku ni, adik beradik diorang dalam 4-5 orang, lepas tu tolak yang dah bekerja, jumlah total lebih kurang 20 orang. Ini baru belah mak aku, nak kena tambah belah ayah aku lagi. Adalah dalam 40 orang.
Okay, so aku kena sediakan duit raya untuk 40 orang. Kalau dah bagi sorang, kena jugaklah bagi yang lain.
Mak aku suruh aku bagi paling cikai pun at least rm10, tp yang studi kat kolej tu, bagi lah rm20. Sebab diorang lagi banyak nak guna duit. Ni untuk sepupu2 je ye.
Pastu mak aku cakap lagi, “makteh, atam , makchik pun jangan lupa bagi duit raya, sorang rm100 pun jadilaaa..”
Tapi bila pergi beraya rumah diorang masing2 pakat keluar iphone 7, 8, 9, 10, 11, ipad, go pro segala mak nenek yang branded and mahal2.
Henset aku pakai ni pun aku beli 2 tahun lepas sebab henset lama kena curi, harga tak lebih seribu. Sebab aku memang tak minat gajet2 ni lagipun.
Sepupu2 aku pun ramai yang studi dapat elaun, ada yang dapat biasiswa, pastu dapat duit lagi dari mak ayah.
Mak aku beriya nak suruh aku bagi duit raya. Lagi banyak lagi bagus. Sedekah katanya, bagi duit kat orang, rezeki luas. Ye betul, aku faham. Ustazah kat sekolah dulu pun ajar benda yang sama.
Tapi ni nanti aku bagi duit raya ni untuk diorang beli latest iphone? Latest gajet? Bekal duit untuk beli rokok? Ada yang simpan duit nak beli tiket flight nak melancong.
Bagus lagi aku derma or bagi sumbangan, sekarang ni macam2 saluran korang boleh cari nak bagi derma. Banyak dah link2 orang share kat fb and media sos**l yang lain. Kat tv pun banyak bantu orang yang takde duit nak makan, ada yang takde tempat tinggal pun.
Sedekah tu kita bagi duit untuk orang yang memerlukan. Yang takde duit yang mencukupi untuk barang2 keperluan, bukan untuk memenuhi kehendak. Betul kan? Ke aku je yang rasa macam ni?
Sebab aku tengok budaya bagi duit raya dalam masyarakat melayu ni, kalau dulu maybe la orang bagi niat nak sedekah kat orang. Tapi dalam keluarga aku, duit raya tu lebih kepada ‘hadiah’, dan aku wajib bagi.
Sebab kalau orang2 macam aku yang baru kerja ni, baik simpan duit, sedekah untuk yang betul2 memerlukan. Tapi sebab budaya bagi duit raya ni sudah seperti kewajipan, aku rasa terbeban. Aku dah luahkan dah benda ni kat mak aku. Dia dengar je laa.. tak cakap apa2.
Antara faktor lain yang menjadikan duit raya ni dah macam benda wajib ialah sebab dengar orang kata. Kalau tak bagi nanti orang kata macam ni,
“Eh, kerja bagus, gaji besar takkan tak bagi duit raya?”. Kalau bagi nanti orang cakap macam ni pulak “RM5 je ke? Anak maklang bagi RM20.”
Haha. Sekian terima kasih.
*Semua yang aku tulis ni sekadar luahan perasaan tentang situasi hidup dalam keluarga aku yang aku lalui sekarang. Sekadar berkongsi pengalaman. Selamat hari raya semuaaa..
– Melayutulen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit