Duit sara diri dan belajar – 2:40 PM

Duit sara diri dan belajar

Assalamualaikum.

Saya sebenarnya baru je grad untuk degree dan plan nak sambung master. Saya ada masalah financial untuk support personal allowance. Untuk tuition dan hostel fees, saya plan nak minta MyBrain tetapi tak tahu lah buka lagi ke tak. So, saya nak minta tolong 3 perkara:

1. Boleh share sesiapa yang perlukan dropship agent di sini? Sebab sementara cuti ni saya nak kerja dropship agent. Saya ada komitmen di rumah, so tak dapat nak keluar untuk kerja.

2. Ada sesiapa boleh share cara untuk support tuition fees dan hostel fees semasa belajar master? Saya plan nak buat part time job area Kuantan nanti. Weekends maybe. Research saya more kepada lab setting, so agak susah nak buat weekdays sebab once dah mula hands on, tak boleh tinggal.

3. Biasanya library IIUM Kuantan ambil part time kerja tak? Kalau ada, saya nak apply.

Saya tak layak untuk apply academic trainee iium sebab CGPA tak lepas. Research saya tiada grant, jadi saya mesti plan financial saya betul2. Plan untuk kerja memang ada, tetapi since saya dah ada perjanjian dengan JPA, agak sukar nak masuk hospital sekarang. Placement dalam kerajaan dah saturated. Saya minat nak buat lesen farmasi dalam bahagian industry tetapi kena bayar rm110k (kalau kantoi). So saya ingat, after dapat master dan lesen baru nak apply balik industry atau BPFK.

Terima kasih membaca. Harapnya ada yang sudi menolong saya. Sorry in advanced if penulisan saya ini agak tak organized.

– Bakal IIUM PG Student

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *