Dulu Ikhlas, Kini Terpaksa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tujuan aku tulis cuma bak luahkan rasa terbuku di dada sekian lama.

Secara ringkasnya, aku Hana, umur awal 20an, anak bongsu daripada 13 adik-beradik, sedang berada dalam tahun akhir ijazah sarjana muda. Sejak kebelakangan ini, seringkali aku rasa kalau sape boleh matikan aku, yes you can do that.

First,

Sejak pkp ni, aku hanyak duduk di rumah menghadap kelas online, pada masa yang sama aku jaga mak aku sakit kronik yang tak mampu untuk berjalan dan aku juga uruskan rumah.

Di manakah orang lain? Adik beradik aku separuh ada di kampung berdekatan manakala separuh bekerja di ibu kota. Aku tak pasti di mana stres aku bermula.

Tapi aku bagai nak gila hadap kelas online, kadang2 line tersekat, pada masa yang sama aku serabut nak siapkan tesis ijazah aku atau tepatnya disertasi.

Masa aku tengah kelas online, mak aku menjerit “Hana mana nasi! aku lapar ni tak makan nasi lagi!” dan macam2 lagi jeritan yang aku rasa myakitkan hati.

Fyi, aku bangun pagi then lepas subuh biasanya aku tinggalkan air susu untuk mak dan 7.45 aku mula kelas sampai 9.30 ada break, aku mandikan mak aku then terus ke dapur masak lunch terus then dalam 10.45 aku terus sambung kelas, habis dalam 1.15 macam tu.

Mak aku makan lunch dalam jam 12.30 tengah hari. Bila lambat dapat makanan, dia marah. After that lepas solat semua aku siapkan tutorial kelas, assignment dan disertasi.

Ya aku rasa aku bukan lagi manusia, tapi robot.

Second,

Di rumah, aku ada mak, abang aku dan ayah aku. Kerja rumah dari sapu lantai, basuh baju, basuh pinggan, masak semua aku buat.

Aku stress. Aku dah tolong masak untuk korang, tak boleh ke korang tolong basuh pinggan sendiri. Hati aku sakit. Ayah aku bila makan nasi, tinggal pinggan atas meja, then bersemut habis. Kalau rajin sikit, ayah aku letak pinggan di sinki dan basuh tangan terus blah.

Abang aku pulak, pagi2 sebelum pergi kerja dia masukkan baju dalam mesin basuh then tinggal. Akulah yang uruskan proses sehingga ke almari biliknya. Sekarang aku biarkan baju tu membusuk selagi dia tak jemur sendiri.

Third,

Aku kadang2 tawar hati dengan adik beradik aku yang lain, dan ayah aku juga. Aku betul2 stress nak hadap final year.

Tiap2 malam aku menangis tapi takde siape pun faham aku. Aku rasa semua orang serahkan beban pada aku. Ayah aku pulak selalu kerja jauh2. Bila macam tu aku dan mak aku saja ada di rumah.

Mak aku ni nak mandi saja panggil Hana, nak basuh berak panggil Hana, nak minum air panggil Hana, nak bangun duduk atas kerusi panggil Hana walaupun ayah aku dan abang aku ada. Semuanya Hana.

Ayah dan abang aku pun bila lapar saja Hana. Adik beradik aku yang lain bila balik sembangla nanti nak ajak mak aku duduk rumah dorang tapi tak ajak ajak pun.

Sekadar sembang! Aku sangat2 tak sabar nak balik uni. Ayah aku pulak bila mak aku minta dia mandikan, dia panggil aku suruh uruskan.

Situasi harian aku menyebabkan aku menyalahkan mak aku kenapa lahirkan aku. Kenapa aku perlu jadi anak bongsu dalam keluarga ni? Kenapa aku tak mati masa kecil? Kenapa Allah bagi aku hidup?

Kadang2 aku nangis sebab aku tinggikan suara dekat mak aku, aku cakap aku stress buat kerja ni semua. Mula2 aku ikhlas, lama2 aku rasa terpaksa, aku benci seolah-olah daripada 13 orang adik beradik, hanya aku saja yang hidup.

Tolong bagi ruang aku nak hantar esaimen, aku nak siapkan tutorial, aku nak fokus final year aku, aku kena marah dengan lecturer, takde sape faham aku. Aku fikir nak quit belajar. Kenapa suruh aku belajar cerdik2 kalau jadikan aku robot.

Kepada readers sekalian, tolong ajarkan aku untuk kembali menjadi seorang yang ikhlas.

Doakan aku,

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit