Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau confession disiarkan.
Saya terbaca post ‘bapa mertuaku’ (https://iiumc.com/ayah-mertuaku/). Teringin nak berkongsi. Kerisauan yang sama… Semoga pembaca dapat bantu bagi nasihat kepada saya.
Seperti confessor tersebut, ayah mertua saya juga ada merawat orang sakit. Cuma mungkin bagi saya sikit2 saja. Atau mungkin saya memang tak tahu sepenuhnya…
Lebih 4 tahun kahwin, baru saya tau tentang keluarga mertua. Kedua-duanya. Husband cuba ceritakan. Tapi saya tak begitu faham sebab dia lebih berkias. Berbanding explain secara jelas.
Mak kepada ibu mertua, adalah bekas bidan kampung. Dan tahun lepas, saya dapat tau yang rupanya nenek ada belajar ilmu dari seorang bidan kampung yang lama.
Mengikut kata MIL, masa dia kecil, budak2 mmg gerun dengan bidan tu.
Kata husband, neneknya ada ‘pembantu’ dan husband cuba untuk buang belaan tu, tapi in turn, husband kerap sakit dan macam2 jenis masalah timbul.
Masa saya mengandungkan anak kedua (3 bulan), husband ada bermimpi akan makhluk yang merampas anak perempuan dar iatas dukung dia, dan masukkan anak tu ke dalam lumpur.
Makhluk tu sebuntukan nama anak tersebut pada husband. Selepas beberapa bulan, saya selamat melahirkan anak perempuan dan saya berikan nama A…
Then, husband ceritakan kepada saya, nama yang makhluk tu sebuntukan sama dengan nama yang saya bagi.
Katanya nenek dia sekarang mencari ‘pewaris’ dan tengah cari anak @ cucu perempuan… Targetnya adalah MIL. Dan secara tak langsung, anak saya…
Ada beberapa mimpi yang husband dapat melibatkan MIL dan semuanya jadi kenyataan. Antaranya, cubaan nenek nak serah cincin emas berbatu pada MIL.
Husband pesan awal pada MIL, kalau ada nenek cuba bagi cincin tu, jangan terima. And bila MIL balik ke kampung, memang nenek pujuk MIL untuk ambil cincin tu. Dan kemudian serah kepada saya @ biras.
Tahun lepas, husband di diagnos ada masalah mental. Dia ada halusinasi, nampak macam2 binatang dan tak boleh ada di tempat sesak…
So baru2 ni, keadaan dia semakin teruk… Ada satu hari dia mengamuk, minta saya panggilkan parent dia… Punca asal dia stress adalah sebab salah faham antara kami.
Pada malam tu, FIL cuba rawat husband. Katanya ada orang yang ‘kirim’ sesuatu untuk timbulkan pecah belah antara kami.
Jadinya, husband berubah jadi baran… Masa tu saya tak ceritakan lagi tentang penyakit mental husband since husband minta sorokkan. Katanya parents dia dah tua dan takut sakit sebab susah hati.
Next day, mertua datang lagi, temankan kami di rumah. Lebih jelas sebab MIL nampak kelainan pada husband. And malam tu, husband tiba2 mengamuk semula.
Sebelum dia mengamuk, dia sempat bagitau saya dia nak pergi hospital, so bila saya ambilkan ubat, cuba suap dia makan, dia tepis sampai ubat jatuh…
FIL masuk campur, ada baca2 cuba sedarkan husband, then tiba2 husband membalas dengan bersilat dan kilas tangan FIL.
Malam tu saya cari ustaz, minta bantuan… Then berterus terang dengan mertua masalah mental husband.
Masa berubat dengan ustaz, ustaz tu ada sebut tentang husband juga ada menuntut, tapi tak habis. Katanya belajar silat.
Masa sesi rawata , husband muntah2 kemudian tertidur… Tiba2 husband bangun dan bersilat. Dan kemudian, ustaz tu bertanya, kamu ni dari mana? Panglima dari mana?
Selesai berubat, ustaz bagi saya surah untuk diamal dan di baca untuk suami. Mulanya ustaz minta FIL, kemudian tiba2 dia minta saya buatkan… saya fikir lebih afdal FIL sebab dia juga berubat dan sangat menjaga solat.
Beberapa hari kemudian, husband makin pulih. Kemudian dia ceritakan kepada saya, dia tak mahu lagi berubat dengan ustaz… saya pujuk mohon penjelasan memandangkan ustaz ni dengan jelas membaca ayat2 al quran…
Kemudian husband ceritakan kpada saya, bahawa ustaz ni bersahabat… saya naif, memang tak faham maksud bersahabat tu apa dalam perubatan tradisional.
Husband menjawab, mengatakan bersahabat bermaksud menggunakan perantara untuk mendapatkan maklumat tentang gangguan kpada husband.
Dan punca kepada dia bangun bersilat semasa sesi rawatan tersebut, adalah kerana saka dari keluarga FIL bertembung dengan ‘sahabat’ ustaz tersebut. Panglima yang disebutkan oleh ustaz tu adalah saka keluarga FIL sendiri!
Saya speechless. Rupanya FIL merawat anak2 saya, ada kaitan dengan saka keluarga. saya sangka sepenuhnya bacaan Al quran… Begitu juga ustaz, rupanya guna kaedah yang sama seperti FIL (seperti yang husband nyatakan).
Saya pada mulanya, tak mau percaya kata husband, tapi dia sebutkan, ‘Orang yang pernah tersalah langkah macam dia, tau benda2 ni. Tak mahu ulang’…
Beberapa minggu lepas, ustaz ada beritahu pada mak saya. FIL terlalu banyak menuntut ilmu yang salah…
Yang menjadi kerisauan saya sekarang, anak2 saya… FIL selalu menyebut tentang panglima bila merawat anak2 saya bila tak sihat. Dan cucu mertua saya cumalah anak saya.
Saya confuse. Tak tau apa yang saya patut percaya. Husband anggap dia betul2 ada masalah mental, tapi MIL kata bukan. Hanya gangguan. FIL melibatkan pendamping, ustaz juga bersahabat.
Mohon pandangan kalau ada info dari husband yang mungkin saya salah faham atau dari segi istilah sahabat itu sendiri.
Adakah salah jika bersahabat dan macam mana saya nak pastikan perawat adalah yang betul yang tidak ada sahabat @ pendamping?
Terima kasih.
– Me (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit